WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Friday 6 April 2012

Mutiara Kata


 Berikut adalah beberapa MUTIARA KATA yang boleh memberi semangat dan motivasi kepada kita yang membacanya: … 

Salah satu kunci kejayaan adalah keyakinan diri. Salah satu kunci utama untuk keyakinan diri adalah perancangan dan persiapan.


Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.



Akal ialah anugerah Tuhan kepada makhluknya yang dipilih-Nya, iaitu manusia. Akal tidak diberikan semata-mata. Ia perlu dibimbing.



Manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi mereka gagal untuk merancang.



PENDIDIKAN  merupakan jaminan hidup seseorang bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan yang lebih baik pada masa depan disamping menjadikan kehidupan ini lebih bermakna.



Seorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu lagi kesalahan.



      R A J I N adalah penawar yang paling mujarab.  
      MALAS  adalah racun yang paling berbisa. 
                                "Imam Al-Ghazali"