WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Saturday 14 July 2012

DEFINISI GENRE SASTERA –novel, cerpen dan drama-

Novel
1.     Novel merupakan suatu prosa cereka yang panjang dan kompleks yang menceritakan kisah kehidupan manusia dan kelakuan social mereka.
2.     Tema dan persoalan  dalam novel lebih luas. Maksudnya pengarang mengemukakan satu persoalan utama di samping pelbagai persoalan lain juga.
3.     Watak dalam novel pun lebih banyak jika dibandingkan dengan watak dalam cerpen.
4.     Plot novel lebih kompleks.
5.     Latar tempat dalam novel lebih luas sementara latar masanya lebih panjang.
6.     Genre novel merupakan suatu genre yang popular dalam kalangan pembaca.


Cerpen 
1.     Cerpen merupakan akronim daripada frasa cerita pendek.
2.     Cerpen sering didefinasikan sebagai cerita rekaan yang pendek dan dihasilkan dalam bentuk prosa.
3.     Walaupun dianggap cerita rekaan, maksudnya bukan benar-benar berlaku, namun bukan semua cerpen khayalan belaka. Banyak pengarang yang menggabungkan kisah benar dangan imaginasi mereka untuk menghasilkan cerpen.
4.     Cerpen boleh dibahagikan kepada dua,iaitu:
(a)   Cerpen pendek yang panjangnya antara 500 hingga 2 000 patah perkataan.
(b) Cerpen panjangg yang panjangnya antara 12 000 hingga 15 000 pata perkataan.
5.      Oleh sebab cerpen tidak sepanjang novel,maka pengarang hanya mengemukakan satu tema dan persoalan.
6.     Cerpen terdiri daripada satu plot saja, tiada subplot atau plot sampingan.
7.     Jumlah watak dalam cerpen adalah terhad,lazimnya hanya satu atau dua watak yang diberi perana sebagai protagonis atau antagonis untuk menggerakkan cerita.
8.     Latar dalam cerpen singkat, terhad dan ruang cakupannya tidak luas.


Drama 
1.     Drama ialah cerita tentang kehidupan yang ditulis untuk dilakonkan oleh pelakon-pelakon tertentu supaya dapat ditonton oleh orang ramai.
2.     Drama menggambarkan kehidupan secara mengemukakan konflik dan emosi melalui aksi dan dialog para watak.
3.     Aksi watak dalam persembahan drama sangat penting kerana drama menyuguhkan cerita melalui aksi. Hal ini berbeza daripada cereka yang “menyuguhkan cerita melaui penceritaan”. 
4.     Dalam pementasan drama, aksi dan dialog antara para watak selalunya dibantu melalui susunan prop,kostum, muzik, kesan bunyi, nyanyian atau tarian.