WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Thursday 19 July 2012

DEFINISI GENRE SASTERA -Prosa Klasik dan Puisi-

Prosa Klasik
1.     Genre prosa klasik merupakan cerita rakyat yang dahulunya disampaikan secara lisan, tetapi kini telah dibukukan.
2.     Cerita rakyat ialah sastera yang berkembang dalam kalangan rakyat dan disebarkan secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi.
3.     Cerita atau sastera rakyat itu lazimnya berkembang dalam kelompok masyarakat yang kecil dan terpencil, misalnya masyarakat nelayan atau petani yang tinggal di kawasan pedalaman.
4.     Oleh itu, sastera rakyat mengandungi ciri-ciri budaya tradisional kumpulan berkenaan.
5.     Sastera rakyat merupakan hak bersama.
6.     Hal inilah yang menyebabkan sastera rakyat mempunyai versi yang banyak kerana berlakunya tokok tambah semasa penyampaian cerita berkenaan.
7.     Bidang yang dicakup oleh prosa klasik agak luas, iaitu daripada sastera hinggalah sastera agama dan undang-undang.
8.     Empat jenis prosa klasik yang sering diketengahkan termasuklah cerita berbingkai,, cerita sejarah, epic Melayu dan epic Hindu.
9.     Dalam karya prosa klasik, terdapat banyak unsur moral dan mesej yang dapat dijadikan panduan hidup.
10.  Karya ini menggunakan gaya bahasa lama, sama ada dari segi penggunaan kata-katanya ataupun struktuk ayatnya. Namun begitu, keragaman bahasa yang mengindahkan karya prosa lama jelas kalihatan.
11.                        Kebanyakan prosa klasik menggunakan teknik naratif( bercerita). Namun demikian, penggunaan dialog yang cukup berkesan dan menghiburkan. 
12.  Prosa klasik menyelitkan puisi tradisional, khususnya pantun.
13.                        Watak-watak prosa klasik biasanya terdiri daripada golongan istana atau yang ada kaitan dengan golongan istana, sesuai dengan keadaan masyarakat feudal yang mengagung-agungkan golongan istana.


   Cerita Berbingkai     
1.   Cerita berbingkai berpusat pada suatu cerita pokok atau cerita induk. Dalam cerita induk itu, terdapat pula satu atau lebih cerita sisipan. Cerita diakhiri dengan cerita pokok atau cerita induk tadi.
2.   Cerita berbingkai dikarang dalam bentuk prosa. Namun demikian, dalam sesetengah karya ada juga dimuatkan puisi tradisional, terutamanya pantun dan syair.
3.   Watak-watak utama dalam cerita berbingkai ialah saudagar, raja, permaisuri dan anak raja di samping watak binatang.


  Mitos 
1.     Mitos ialah cerita rakyat yang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa, tetapi dianggap benar oleh masyarakat yang memilikinya.
2.     Kejadian-kejadian luar biasa dalam mitos dianggap sebagai keramat.
3.     Watak-watak dalam mitos biasanya terdiri daripada dewa-dewa, manusia separuh dewa, jin atau mambang.
4.     Mitos mengandungi cerita-cerita tentang asal-usul sesuatu tempat, benda atau institusi.
5.     Latar masa dan tempat dalam motis tidak jelas.
Legenda
1.     Legenda merupakan cerita tentang seseorang tokoh yang dianggap istimewa. Tokoh legenda biasanya diberi sifat-sifat yang luar biasa seperti sifat kepahlawanan atau kekuatan yang istimewa.
2.     Cerita legenda pada umumnya ada kaitan dengan sejarah sesuatu tempat.
3.     Cerita legenda yang terdapat dalam cerita-cerita sejarah biasanya bertujuan mengkritik golongan bangsawan secara halus.


Epik  
1.     Epik ialah prosa naratif yang memaparkan kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam sejarah.
2.     Tokoh berkenaan pada umumnya dianggap wira oleh sesuatu bangsa.
3.     Wira berkenaan merupakan tokoh penting yang mengagumkan serta cukup masyhur dari segi sejarah.
4.     Latar bagi cerita epik meliputi Negara-negara besar di dunia ini.
5.     Tokoh yang menjadi wira mempunyai sifat-sifat luar biasa, berani, dan gagah perkasa.



Puisi 
1.     Puisi ialah karangan berangkap yang mengutarakan pemikiran dengan bahasa yang indah. 
2.     Penciptaan puisi terikat oleh unsur-unsur irama, rima, penyusunan baris dan rangkap.
3.     Puisi terbahagi kepada dua,iaitu:
(a)  Puisi moden atau ledih dikenali sebagai sajak
(b) Puisi tradisional yang merangkumi pantun, syair, gurindam dan seloka.


Sajak 
1.     Sajak ialah karangan berangkap yang lebih bebas bentuknya dan tidak terikat pada sesuatu pola khusus, walaupun kadang-kadang bentuknya seakan-akan gurindam atau seloka.
2.     Namun dalam penciptaannya, penyajak masih menitikberatkan aspek rima, rentak, penyusunan baris dan rangkap atau bait.
3.     Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak tidak dihadkan, sebaliknya mengikut isi yang hendak disampaikan.


Pantun 
1.     Pantun ialah sejenis bentuk puisi tradisional.
2.     Pantun merupakan karya yang berangkap tetap. Maksudnya, bilangan baris dalam setiap rangkap atau bait itu sudah ditetapkan, sama ada dua, empat, enam, lapan, sepuluh, dua belah atau empat belas baris dalam serangkap.
3.     Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenali sebagai pantun dua kerat, sementara yang mempunyai empat baris serangkap dikenali sebagai pantun empat kerat, dan begitulah seterunya.
4.     Pantun terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang maksud atau sampiran dan isi.
5.     Dalam pantun enam kerat, pembayang maksud ialah tiga baris pertama dan isi    ialah tiga baris yang berikutnya. Lihat contoh berikut: 
          
      Sarat bermuat ikan cencaru,                             [a] -pembayang
                 Gelama tidak berumpan lagi,                  [b] -pembayang
                             Kail tersangkut di tepi batang;  
  [c] -pembayang
     Sudah dapat orang baru,                                  
  [a] –maksud 
                 Yang lama tidak berkenan lagi,           
   [b] –maksud
                             Ibarat melukut di tepi gantang.    
[c] –maksud    

6.     Jumlah kata dalam setiap baris pantun adalah antara empat hingga lima patah kata sementara jumlah suku katanya pula antara lapan hingga sebelas suku kata bagi setiap baris.
7.     Rima akhir pantun ialah abcabc, iaitu rima akhir pada baris pertama sama dengan rima akhir baris pada baris keempat, sementara rima akhir pada baris kedua sama dengan rima akhir pada baris kelima, dan rima akhir baris ketiga sama dengan rima akhir pada baris keenam.
8.     Pantun menjadi alat pengucapan untuk mengungkap perasaan hiba, sayu,sedi, gembira,rindu,dendam dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu perkara.
9.     Oleh sebab itu, pantun dinamakan mengikut isi pantun berkenaan, misalnya pantun kanak-kanak, pantun orang muda, pantun orang tua, pantun budi, pantun kiasan dan sebagainya.
10.                       Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu sehingga hari ini. 


Syair 
1.     Syair ialah karangan berangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
2.     Setiap baris merupakan maksud kerana syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.
3.     Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana saling berkait dengan rangkap-rangkap lain.
4.     Keseluruhan rangkap syair mengungkapkan sesuatu maksud secara kesatuan.
5.     Setiap baris dalam syair biasanya mengandungi empat patah kata yang berjumlah antara lapan hingga dua belas suku kata.
6.     Rima akhir syair ialah aaaa. Lihat contoh yang berikut:

            Supaya disangka ianya wali,           [a]
            Akan dunia tidakpeduli,                 
  [a]
            Hemahnya itu sangatlah ali,      
     [a]
            Tetapi hatinya ke dunia bertali.    
  [a] 

7.     Syair selalu membawa isi yang berkaitan dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan cerita yang berunsur sejarah atau dongeng.


Gurindam    
1.     Gurindam ialah karangan berangkap yang terdiri daripada dua baris serangkap.
2.     Namun demikian, ada juga gurindam yang lebih bebas dari segi jumlah kata pada setiap rangkap dan rima akhirnya.
3.     Rima akhir gurindam ialah aa
4.     Baris pertama dalam gurindam mengandungi soalan, syarat atau perjanjian, sementara baris kedua pula merupakan jawapan, akibat atau kesimpulannya. Lihat contoh yang berikut: 

            Hendak pandai menghargai masa,  [a] –syarat / perjanjian
            Jangan dinanti esok lusa.                  
 [a] –akibat / kesimpulan  

5.     Isi gurindam berupa nasihat, pengajaran atau kebenaran yang disampaikan dengan bahasa yang lebih padat dan bernas. 


Seloka    
1.     Seloka dapat dirumuskan sebagai gurau senda yang mengungkapkan sindiran yang ditulis dalam bahasa puisi.
2.     Setiap rangkap seloka selalunya terdiri daripada empat baris
3.     Namun begitu, ada juga seloka yang berbentuk bebas yang mengandungi kurang atau lebih daripada empat baris serangkap.
4.     Jumlah kata pada setiap baris tidak tetap dan rima hujungnya bebas.
Isi seloka mengandungi unsur pengajaran dan nasihat yang disampaikan dalam nada mengejek atau menyindir.