WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Sunday 20 January 2013

Penyakit AIDS


                AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) merupakan penyakit moden yang disebarkan oleh sejenis virus yang dikenali sebagai HIV (virus kurang daya tahan manusia). Virus AIDS akan menyerang dan melemahkan badan manusia dan akhirnya memusnahkan sistem ketahanan badan sehingga membawa maut akibat jangkitan kuman-kuman lain.

Faktor-faktor yang Menyebabkan Penularan HIV / AIDS

  1. Kegiatan seks yang kurang sihat boleh menggalakkan penularan kuman HIV
     - Sesiapa yang mendapat jangkitan virus AIDS boleh memindahkan kuman AIDS kepada pasangan seksnya melalui hubungan seks.
     - Hubungan seks sejenis (homoseksual) dan hubungan seks dubur mempunyai risiko tinggi menghidap penyakit HIV.
  2. Pemindahan darah yang tercemar dengan virus HIV juga menambahkan kes yang  dijangkiti kuman HIV.
  3. Kuman HIV juga merebak melalui perkongsian alat yang tercemar dengan kuman HIV
    - Penagih dadah mempunyai risiko tinggi dihidapi virus HIV akibat berkongsi menggunakan jarum suntikan kerana darah yang tercemar itu terlekat pada jarum dan ini boleh dipindahkan kepada seseorang lain.
    - Jarum suntikan atau alat penembus kulit yang tercemar dengan virus HIV apabila digunakan untuk tujuan bertindik, bercukur atau berkhatan boleh juga menggalakkan penularan kuman HIV.
  4. Kuman HIV juga boleh merebak melalui jangkitan zuriat
    - Ibu yang dijangkiti kuman HIV juga boleh memindahkan kuman HIV kepada bayi sama ada sebelum, semasa atau sejurus selepas ibu itu bersalin. Ini dikenali sebagai vertical transmission.

Masalah / Sebab-sebab Virus HIV Sukar Dikawal

  1. Belum ada penawar yang berkesan untuk merawati penyakit AIDS.
    - Ubat yang sedia ada cuma mampu memperlahankan keaktifan virus HIV. Pesakit terpaksa menerima rawatan secara berterusan.
    -  Pengalaman dan kepakaran ahli perubatan dalam bidang ini masih terbatas.
  2. Sikap dan nafsu anggota masyarakat menyebabkan penyakit ini sukar dikawal.
    -  Sikap memandang ringan dan enggan mematuhi nasihat yang disiarkan menerusi pelbagai bentuk madia massa. Kedaifan ini menyebabkan ramai yang menjadi mangsa penyakit baru ini.
    -  Amalan pergaulan bebas yang semakin meluas seperti hak dan amalan lelaki berkahwin dengan lelaki di Eropah menybabkan penularan penyakit AIDS.
  3. Kurang kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang bahayanya AIDS.
  4. Tanda-tanda penyakit:
    -  Tanda-tanda penyakit pada peringkat awal (7 – 10 hari) didapati terlalu biasa, iaitu selesema, demam, keletihan, kesakitan sendi atau otot dan cirit birit.
    - Minggu keenam hingga ke minggu 12; badan kita kelihatan normal, tetapi virus terkumpul di badan kita akan mengurangkan daya tahan semula dan seterusnya apabila sudah dikesan secara positif, penyakit ini sudah sampai ke tahap yang sukar dikawal.

Langkah-langkah Pencegahan

  1. Setiap individu haruslah mengelakkan diri daripada hubungan seks yang kurang sihat
    - Elakkan hubungan homoseksual mahupun hubungan biseksual yang cenderung diserang penyakit AIDS.
    - Elakkan hubungan seks denganpelacur kerana risiko penyakit HIV yang tinggi dalam kalangan pelacur.
  2. Kegiatan penerimaan darah dan pemindahan darah hendaklah dilakukan secara selamat
    - Memastikan darah penderma kepada pesakit hemophilia itu tidak tercemar.
    - Tanggungjawab Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengesan darah yang tercemar untuk mengurangkan risiko ini.
  3. Penaguhan dadah haruslah mengelakkan daripada tabiat menyuntik dadah dan berkongsi jarum; alat-alat penebus lain seperti jarum tatu dan akupuntur hendaklah sentiasa dibersihkan daripada virus
  4. Penyelidikan dan penemuan perubatan
    - Bidang virologi dan imunologi pada peringkat antarabangsa haruslah mempercepatkan proses penemuan ubat-ubat AIDS baharu bagi membanteras penyakit yang berbahaya ini.
  5. Kempen pencegahan
    - Kempen mengenai pencegahan penyakit AIDS haruslah dipergiatkan unutk memberi kesedaran yang cukup kepada masyarakat tentang bahayanya penyakit AIDS ini.