WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Friday 15 February 2013

Tips untuk merancang jadual pelajar

 Merangka jadual harian bagi seseorang pelajar adalah penting kerana dapat mengingatkan pelajar akan setiap tugasan yang perlu disiapkan. adalah sukar untuk otak anda mengingati segala-galanya, namun jadual harian dapat meringankan beban otak anda daripada menghafal setiap aktiviti yang perlu dilakukan.

Antara tips-tips untuk merangka jadual harian ialah :- 
  1. Rancang tugasan yang perlu didahulukan, dan tugasan yang boleh disiapkan kemudian.
    - Buat tugasan yang lebih penting dahulu.
  2. Membina jadual yang menyeronokkan.
    - Jangan hanya mengutamakan kerja sekolah dan mengulang kaji sahaja. Masukkan perkara yang seronok untuk dilakukan dalam jadual.
    - Masukkan waktu untuk berhibur, bermain, melayari internet dan waktu meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
  3. Catukan masa harian dengan menghitung jumlah jam anda berjaga setiap hari di dalamjadual anda.
    - Catu jam tersebut untuk belajar di  sekolah, waktu untuk beriadah, waktu di kelas tambahan dan sebagainya.
  4. Berikan tempoh yang lebih panjang untuk mengulang kaji mata pelajaran yang sukar.
  5. Pamerkan jadual yang anda rancang di atas dinding dan di lokasi yang paling kerap anda lihat.
  6. Anda perlu mematuhi jadual yang dirancangkan dan jangan bertangguh-tangguh untuk melakukan tugasan tersebut.
  7. Anda boleh mengikut budi bicara anda sendiri sekiranya mahu menangguhkan sesuatu tugasan jika ada perkara yang lebih penting yang memerlukan tumpuan anda.
 Rancanglah aktiviti seharian anda dengan lebih baik lagi supaya dapat menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Ingatlah, masa depan kita ditentukan dari masa sekarang.