WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Wednesday, 10 April 2013

Latar Belakang Bahasa Malaysia (3)


SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1. Bahasa Melayu mengalami keadaa pasang surut sejak awal pensejarahannya sebelum dapat meletakkan diri sebagai bahasa kebangsaan. Ia menjadi bahasa komunikasi utama di Alam Melayu sebelum abad ke-15 apabila penjajahan barat telah menghakis kepentingan bahasa Melayu sedikit demi sedikit.

2. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kedudukan bahasa Melayu berubah sehingga akhirnya dapat meletakkan dirinya sebagai bahasa kebangsaan, kemudian menjadi bahasa rasmi negara.

3. Perjuangan untuk menegakkan bahasa Melayu bukan mudah. Pengaruh bahasa Penjajah, terutamanya bahasa Inggerís amat kuat mencengkam dalam kalangan orang Melayu sendiri. Ada kalangan yang berpendidikan Barat menentang usaha mendaulatkan bahasa Melayu ini. Namun semangat nasionalisme tulen dalam kalangan masyarakat negara ini mampu mengatasi semua cabaran sehingga dapat meletakkan kedudukan bahasa Melayu seperti yang ada pada hari ini.

4. Perkembangan bahasa Melayu daripada lingua franca perdangan zaman Islam sehingga kini telah melalui beberapa tahap. Hendrik Kern menyatakan bahawa bahasa Melayu mengalami lima zaman, iaitu:

a. Bahasa Melayu Purba. Dari zaman pratulisan hinggalah zaman Srivijaya pada abad ketujuh. Zaman ini bermula Sejas kedatangan manusia Melayu dari selatan China kira-kira 1500 tahun sebelum masehi.

b. Bahasa Melayu Kuno. Dari abad ketujuh hingga abad ke-15. Zaman ini bermula dengan penemuan beberapa prasasti batu bersurat Srivijaya di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur dan Karang Brahi hinggalah zaman sebelum kedatangan agama Islam ke Alam Melayu.

c. Bahasa Melayu Pertengahan. Dari abad ke-14 hingga abad ke-19. Zaman ini bermula dengan kemsukan agama Islam yang banyak membawa pengaruh kepada bahasa Melayu hinggalah saat para penjajah Inggerís dan Belanda.

d. Bahasa Melayu Peralihan. Dari abad ke-19 hingga abad ke-20. Zaman ini banyak berkisar di sekitar kedudukan bahasa Melayu dalam cengkaman penjajah Barat.

e. Bahasa Melayu Moden. Dari abad ke-20 sehingga kini. Bermula apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggerís dan memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


5. Pendapat lain menyatakan bahawa terdapat lima tahap yang dilalui oleh bahasa Melayu sebagai mencapai kedudukan seperti pada hari ini, iaitu:

a. Tahap 1. Bermula dari zaman kadatangan orang Melayu dari Yunan ke Alam Melayu hingga zaman Kejaraan Srivijaya. Bukti yang kukuh tentang bahasa mereka pada zaman Srivijaya diperoleh daripada empat batu bersurat yang ditemui di Palembang, Jambi dan Pulau Bangka. Bahasa Melayu tertulis dalam huruf Srivijaya yang diperturunkan daripada huruf Hindu (Pallawa).

b. Tahap 2. Zaman Melaka mengalami zaman keagungannya, iaitu pada abad ke-15. Pada ketika itu Melaka menjadi pusat perdangan, bahasa dan kesusasteraan. Perkembangan sangat dipengaruhi agama Islam. Untuk mengembangkan Islam, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar. Bahasa dan kesusasteraan Melayu banyak dipengaruhi Arab dan Parsi.

c. Tahap 3. Zaman usaha membangunkan semula kesusasteraan Melayu di Johor untuk menggantikan kesusasteraan Melayu yang musan apabila Melada ditakluk Portugis pada1511. Sejarah Melayu dikatakan selesai ditulis pada 1616.

d. Tahap 4. Permulaan abad ke-19, iaitu pada zaman Abdullah bin Abdulkadir Munsyi. Beliau mencela dan mengecam bangsa Melayu yang menurutnya tidak mempedulikan bahasa dan kesusasteraannya. Peranan beliau dalam pengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu Amat besar sehingga digelar Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Karyanya menambah perbendaharaan sastera Melayu dan menghidupkan semula sastera Melayu.

e. Tahap 5. Pada abad ke-20, iaitu pada zaman perkembangan bahasa Melayu menuju bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Sumber dari buku STPM BAHASA MELAYU

THANK YOU


Click here for Myspace Layouts