WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Tuesday, 9 April 2013

Pengertian Islam


1. Dari sudut bahasa, perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab, iaitu ‘salima’  bererti selamat sentosa atau  kedamaian. Ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk patuh dan taat. Islam berbeza daripada agama lain yang ada di muka bumi, kerana percatan Islam tidak mempunyai hubung kait sama ada dengan individu tertentu, golongan atau tempat tertentu.

2. Definisi Islam mengikut istilah atau syarak ialah patuh dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga adalah peraturan hidup, peraturan bersifat integral yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W..

3. Definisi Islam dapat difahami ketika Jibril datang bertanya Rasulullah S.A.W. tentang Islam:

Ceritakan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam”, Rasulullah S.A.W. menjawab: “Emgkau mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T., Muhammad ialah hamba dan pesuruh-Nya, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, puasa bulan Ramadan dan menunaikan haji ke Baitullah jika engkau mampu.”

[HR Bukhari]

4. Berdasarkan hadis tersebut dan juga perjalanan kehidupan Rasulullah  S.A.W., maka dapat disimpulkan beberapa perkara yang menjadi dasar utama bagi ajaran Islam. Dasar utama ajaran Islam meliputi aspek berikut:
    a) Akidah. Iaitu konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah S.W.T. dan rasul serta beriman kepada para malaikat, kitab-kitab, hari akhirat, qada’ dan qadar.
    b) Syariah yang terbahagi kepada ibadah dan muamalah. Ibadah ialah  peraturan-peraturan untuk melakukan peribadatan dan ketaatan kepada Allah S.W.T. melalui cara kebaikan kepada manusia dan alam. Manakala, muamalah pula ialah peraturan perhubungan sesama manusia yang meliputi aspek akhlak, politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
    c) Akhlak, iaitu peraturan-peraturan berhubung nilai baik dan buruk antara manusia sesama manusia serta antara manusia dengan alam dan Tuhan.

Sumber dari buku Pengajian Islam 

THANK YOU


Click here for Myspace Layouts