WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Monday 20 May 2013

Apa yang Seharusnya Dilakukan Jika Terlibat dengan Kemalangan Jalan Raya ?


-Berhentikan kenderaan anda / dilorong kecemasan sekiranya ada.

-Beri bantuan kepada mangsa yang cedera / parah.

-Gunakan penanda ataupun cara lain yang sesuai untuk memberi amaran kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain tentang halangan di tempat kejadian itu.

-Hubungi pihak polis, ambulan atau peronda lebuhraya untuk bantuan kecemasan.

-Tentukan butir-butir seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, insurans dan nombor pendaftaran pihak yang terlibat. Catatkan juga butir-butir yang sama bagi saksi-saksi yang ada. Jika anda mempunyai kamera, ambil gambar kenderaan yang terlibat dan juga kesan-kesan di jalan raya sebelum kenderaan di ubah.

-Ketepikan kenderaan anda ke tempat yang tidak menjadi halangan kepada lalulintas.

-Tetapi sekiranya kemalangan maut berlaku, jangan ubah kedudukan kenderaan ataupun mayat melainkan atas arahan polis..

-Jangan berbincang atau bertengkar tentang kemalangan di tempat kejadian.

-Laporkan kejadian di Balai Polis Trafik dalam masa tempoh 24 jam melainkan atas sebab-sebab tertentu seperti kenderaan teruk. Walau bagaimanapun, pemandu yang mengalami kecederaan parah semestinya membuat laporan kepada Polis sebaik sahaja dia sudah pulih.

-Bawa bersama lesen memandu dan sijil insurans kereta yang terlibat semasa membuat pengaduan kepada Polis.

-Tentukan kenyataan kerosakan pada kenderaan anda dalam pengaduan tersebut, sebutkan sama ada mana-mana pihak yang cedera ataupun melihatkan harta-harta kerajaan.

-Selepas siasatan awal di tempat kejadian, anda dikehendaki membawa kenderaan anda ke 
Balai Polis Trafik untuk siasatan lanjut jika diperlukan oleh pihak Polis.

-Sekiranya kenderaan anda tidak dapat bergerak kerana kerosakan, anda dikehendaki membuat peraturan sendiri supaya kenderaan anda ditarik ke Balai Polis untuk siasatan selanjutnya.

-Kenderaan yang melibatkan kemalangan maut atau dengan harta Kerajaan ataupun disebabkan brek, stering dan sebagainya akan di tahan oleh Polis untuk pemeriksaan oleh pihak JPJ, JKR, PUSPKOM atau KIMIA.

-Anda dilarang  membaiki kenderaan sehingga siasatan telah selesai dijalankan oleh pihak Polis.

-Sekiranya tuan punya kenderaan dalam rawatan / sedang dirawat, saudara mara ataupun rakan-rakannya yang di beri kuasa boleh menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan membawa kenderaan tersebut ke Balai Polis.

-Ambil semula kenderaan anda daripada Balai Polis sebaik sahaja diserahkan secara rasmi oleh pihak Polis.

-Tuan punya kenderaan mempunyai kebebasan untuk memilih mana-mana bengkel untuk memperbaiki kenderaannya setelah siasatan Polis tamat.

-Jangan menandatangani sebarang dokumen daripada mana-mana pihak sebelum membaca dan memahami isi kandungannya.


JIKA KENDERAAN MENGALAMI KEROSAKAN

-Berhenti di lorong kecemasan / di tempat yang selamat.

-Nyalakan lampu isyarat kecemasan

-Arahkan penumpang keluar dan berkumpul di belakang rel penghadang

-Letakkan tanda isyarat segitiga kecemasan di belakang kenderaan sekurang-kurangnya 15 meter di belakang yang rosak.

-Hubungi peronda lebuh raya atau mekanik untuk bantuan kerosakan / tunda kenderaan.

-Sebaik-baiknya berhenti di tempat yang terang jika berlaku kerosakan di waktu malam.


Sumber