WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Wednesday 8 May 2013

Check-list Sebelum Memandu


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Sebelum memandu, pemandu hendaklah memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan. Antara yang perlu di beri perhatian ialah :

1. ENJIN
-Dalam keadaan baik / senantiasa diservis / diselengara.

2. BREK
-Pastikan sistem brek berfungsi dengan baik.

3. LAMPU
-Lampu brek / lampu brek tangan ketiga / lampu isyarat / lampu belakang dalam keadaan baik.

4.PENGELAP CERMIN
-Berfungsi / sempurna.

5. TEKANAN ANGIN TAYAR
-Ikut ukuran / Tayar Berbunga.

6. MINYAK PETROL MENCUKUPI
-Jangan tunggu api amaran. Kadang kala ia berhenti di tengah jalan.

7. SPRING SUSPENSION
-Pastikan dalam keadaan baik.

8. INSURAN & CUKAI JALAN
-Tidak tamat tempoh.


KESELESAAN SEBELUM MEMANDU

1. Mempunyai rehat yang cukup.

2. Jangan menggantung tuala / pakaian pada tingkap kenderraan untuk menghalang cahaya matahari kerana ia akan menghadkan pandangan.

3. Jangan mengambil sebarang minuman alkohol atau ubat yang mendatangkan kesan mengantuk.

4. Pastikan berada dalam kedudukan yang selesa dengan :-
- Menyelaraskan tempat duduk
- Membetulkan kedudukan cermin pandang belakang dan cermin sisi
- Memakai tali pinggang keledar.