WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Monday, 30 September 2013

Tips PEMANDUAN SEMASA KECEMASAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tips pemanduan di dalam keadaan kecemasan

1. Brek Gagal Berfungsi
Seseorang pemandu menekan injak brek. Tetapi injak brek terus menyentuh lantai, pamkan injak brek dengan segera. Tindakan ini kemungkinan dapat memulihkan tekanan brek. Sekiranya tekanan gagal dipulihkan dan jalan raya selamat, berada dalamgear dan tarikkan brek tangan beransur-ansur. Kalau boleh, tukar kepada gear rendah dengan menggunakan kuasa pemampatan enjin untuk memperlahankan kenderaan.
Sekiranya brek gagal berfungsi ketika berada di atas bukit, bukit curam, atau di mana kenderaan itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain, segera carikan objek untuk digesel-semak di tepi jalan, rel adang, termasuk kereta-kereta yang diletakkan di tepi jalan, kepingan logam yang kemek boleh diperbaiki.
Guna hon dan lampu untuk memberi amaran kepada lain-lain pemandu dan pejalan kaki. Mematikan suis pencucuhan membantu tetapi ia amat membahaya untuk kenderaan bersisitem automatic dan stereng kuasa. Jangan kunci stereng.

2. Kenderaan Terbabas
Belokan yang memdadak, menukar lorong denga tiba-tiba atau membrek dengan kasar boleh menyebabkan sesebuah kenderaan itu terbabas terutama di atas permukaan jalan yang basah.
Sekiranya bahagian belakang kenderaan terbabas, lepaskan pemecut dengan segera dan tekan cekam.
Pusingkan stereng mengikut arah berlawanan di bahagian belakang yang terbabas itu. Pemandu kenderaan berkenaan akan lega apabila kenderaan itu Berjaya di kawal semula. Kemudian luruskan arah stereng dan jangan gunakan brek dalam usaha ini.

3. Pemecut Terlekat
Jika keadaan jalan raya selamat, cuba tarikkan injak pemecut yang terlekat itu dengan hujung kasut anda. Sekiranya keadaan tidak mengizinkan, matikan suis pencuch dan brek untuk memberhentikan kenderaan. Mematikan suis pencucuh boleh menyebabkan sistem stereng kuasa dan brek kuasa gagal berfungi. Kawalan stereng dan brek menjadi masalah. Pegang stereng dengan kuat. Berjaga-jaga supaya stereng tidak terkunci semasa suis pencucuh dimatikan.
Jika kenderaan perlu diberhentikan dengan segera atau keadaan jalan raya tidak selamat, biarkan enjin berjalan dan tukar gear dalam keadaan neutral atau tekan cekam. Berhenti segera dan matikan enjin. Enjin yang dibiarkan berjalan boleh memudaratkan enjin itu sendiri, tetapi keadaan ini lebih baik daripada terlibat dengan kemalangan.

4. Tayar Pecah
Pegang stereng dengan erat. Jangan belok lebih untuk membetulkan arah stereng. Jika tayar belakang yang pecah, bahagian belakang kenderaan akan menjadi tidak stabil iaitu membelok ke kiri dan ke kanan. Brek perlahan-lahan dan berhati-hati. Perbuatan membrek dengan tiba-tiba mungkin menyebabkan kenderaan berpusing dan sukar untuk di kawal.
Naik ke atas bahu jalan perlahan-lahan ke kawasan yang rata dan selamat untuk menukar tayar. Jangan menukar tayar dalam kawasan merbahaya. Sentiasa nyalakan lampu isyarat kecemasan atau alat-alat amaran kecemasan yang lain.

5. Lampu Hadapan Kenderaan Terpadam
Jika kejadian ini berlaku ia menghadkan pandangan, amalkan tindakan memegang stereng untuk meluruskan arah pergerakan kenderaan dan brek segera tanpa menyebabkan kenderaan terbabas. Beransur-ansur naik ke atas bahu jalan dari aliran lalu lintas. Hentikan kenderaan segera sebelum kajadian yang tidak diingini berlaku.
Nyalakan lampu isyarat kecemasan supaya pengguna jalan raya yang lain tahu apa yang sedang berlaku. Digalakkan supaya menggunakan peralatan kecemasan yang lain seperti alat pemantul cahaya untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya yang lain.

6. Kenderaan Terbakar
Biasanya kebakaran pada kenderaan berlaku akibat litar pintas dalam system elektrik. Jangan membuang masa. Hentikan kenderaan dengan segera. Matikan system pencucuh dan keluarkan penumpang yang berada dalam kenderaan itu. Buka bonet dan umpilkan wayar-wayar yang terbakar jika boleh. Wayar-wayar mudah digantikan berbandingkan dengan nilai sebuah kenderaan.
Gunakan alat pemadam api atau tahan kenderaan lain untuk mendapatkan bantuan. Jika tiada alat pemadam api gantian dengan kain atau gebar yang tebal. Jangan di pegang wayar-wayar yang terbakar dengan tangan tanpa alas. Kebakaran berkaitan elektrik adalah serius. Sekiranya api tidak dapat dikawal, hendaklah tinggalkan kenderaan sebelum tangki minyaknya meletup.

7. Terpaksa Berhenti di atas Lebuhraya
Beri isyarat dan susur keluar ke tepi lebuhraya perlahan-lahan. Nyalakan lampu hadapan yang rendah di waktu senja, malam  atau waktu hujan. Nyalakan lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan. Jika kenderaan terhenti dalam arus lintas di selekoh, di puncak bukit atau lain-lain lokasi yang boleh mendatangkan bahaya, keluarkan penumpang jauh dari aliran lalu lintas.
 Jangan halang lampu belakang kenderaan dengan berdiri atau melakukan kerja-kerja lain di belakang kenderaan. Pastikan alat kecemasan diletakkan dalam jarak 5 meter di belakang kenderaan. Angkatkan bonet dan dapatkan bantuan.

8. Menghadapi Sesuatu Kemalangan
Perancangan dan pengetahuan adalah mustahak dalam tindakan mengelak kemalangan dari arah hadapan di mana kemalangan yang paling  dahsyat.
Brek sekuatnya. Had laju yang rendah mengurangkan daya impak. Hala ke arah bahu jalan di sebelah kiri dan keluar dari jalan raya. Bunyikan hon, nyalakan lampu hadapan.
Jika kenderaan di hadapan masih menuju ke arah yang sama,  masuk ke dalam parit atau kawasan lapang di sebelah kiri. Jangan cuba membelok ke sebelah kanan, kerana pemandu kenderaan itu mungkin tersedar dan melanggar kenderaan anda.

9. Kenderaan Terjunam ke dalam Air
Terjunam di dalam air adalah tragedi yang tidak dapat di jangka. Kejadian ini boleh menyebabkan panik. Ada beberapa tip yang telah dibuktikan melalui beberapa ujian. Sesebuah kenderaan dengan tingkap dan pintu tertutup akan melampung selama 3 hingga 5 minit. Cara yang baik untuk keluar ialah melalui tingkap.
Setengah pakar berpendapat supaya membuka tingkap segera dan keluarkan kanak-kanak dahulu. Mereka akan timbul di permukaan air. Ada juga berpendapat supaya membentuk satu rangkaian manusia dan keluar melalui tingkap kenderaan.
Adalah mustahak hanya seorang sahaja mengawal keadaan. Tingkap-tingkap dapat diturunkan dengan mudah, melainkan tingkap kuasa.  Pecahkan kaca tingkap dengan benda yang keras atau di tendang dengan kaki.
Adalah sukar untuk membuka pintu di bawah tekanan air. Baki udara biasanya terkumpul di dalam kenderaan. Jika kenderaan itu terjunam ke hadapan, udara akan terkumpul di bahagian belakang berhampiran bumbung. Tunggu sehingga tekanan menjadi seimbang. Kemudian buka tingkap dan keluar.

10. Kaca Skrin Pecah
Perlahankan kenderaan. Jenguk melalui tingkap dan berhenti di tempat yang selamat. Kalau boleh rentangkan gebar atau kain atas papan pemuka dan letakkan serpihan kaca atas gebar atau kain tersebut.

Buatkan satu lubang pada kaca skrin. Pemandu kenderaan hendaklah melindungi mata dengan cermin mata. Gantikan kaca skrin yang pecah dengan segera. 

Sekian, terima kasih.  :)

THANK YOU


Click here for Myspace Layouts