WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Friday 15 March 2013

Sifat Fizikal Bahan

Pengenalan sifat fizikal bahan
  1. Setiap bahan mempunyai sifat fizikal yang tertentu seperti kekenyalan, keapungan, kegilapan, dan kebolehan menyerap air.
  2. Kekenyalan ialah sifat bahan yang mudah berubah bentuk apabila dikenakan daya dan akan kembali kepada bentuk asal apabila daya dilepaskan. Contohnya getah.
  3. Keapungan ialah sifat bahan sama ada tenggelam atau terapung apabila dimasukkan  ke dalam air.
  4. Bahan yang kurang sifat keapungannya akan tenggelam, manakala bahan yang mempunyai daya keapungan yang lebih akan terapung di permukaan air.
  5. Kegilapan ialah sifat berkilau atau berkilau yang ada pada logam apabila digosok. Contohnya, emas dan perak.


     6.    Kebolehan menyerap air ialah sifat yang menunjukkan sama ada bahan mudah menyerap air atau tidak. Contoh bahan yang mudah menyerap air ialah kertas dan kain.
     7.     Bahan yang tidak menyerap air disebut kalis air. Contohnya, plastik dan getah.

Kebaikan Air Suam

Air suam /air putih / air kosong / air mineral merupakan air yang sangat penting untuk tubuh badan kita. Antara kebaikannya ialah:
-Air suam dapat meningkatkan energi kita apabila keletihan semasa membuat sesuatu aktiviti. Jadi air putih merupakan minuman yang murah dan menyihatkan bagi tubuh badan kita.

-Air suam akan membantu membuang racun-racun yang ada dalam tubuh kita melalui saluran air kencing. Oleh itu, kita digalakkan minum air suam 2-3 liter sehari untuk kesihatan kita.

-Air suam juga bermanfaat untuk menjaga berat badan.Hal ini kerana air suam mampu menahan nafsu makan kita yang berlebihan daripada makanan.

-Air suam juga mampu membuatkan kulit kita lebih kelihatan segar setiap hari. Serta dapat  terhindar dari kulit kusam. Hal ini kerana air tersebut akan membantu memperbaiki sel-sel kulit yang rosak. Kulit itu terdiri dari 70% kandungan air, dan apabila kita tidak cukup banyak mengkonsumsi air, kita akan dapat terkena masalah kulit seperti berjerawat, dan kulit kering. 

-Air suam juga sangat baik untuk kesihatan tulang kita. Hal ini kerana, air suam membantu untuk membina sel-sel tulang kita yang baru.

-Air suam juga turut membantu proses pencernaan makanan yang kita makan dengan baik.

-Air suam juga sangat membantu dalam mencegah sembelit yang sering dialami oleh setiap orang dalam membuang air besar. Jadi, banyaklah minum air suam agar masalah sembelit tidak akan mudah terjadi pada diri kita.

-Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam/air kosong.

-Air suam juga sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Hal ini kerana, air suam dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

-Air suam dapat membantu meningkatkan metabolisma pada badan kita. Hal ini dapat membantu kita yang dalam menjalani masa diet. Banyak orang yang berpendapat, banyak minum air suam akan meredamkan lapar lebih sedikit.

-Otak adalah bahagian yang memerlukan kandungan air 75% dan telah menunjukan bahawa orang yang menderita dehidrasi kronis dapat mengalami masalah neurologis. Seluruh sistem saraf adalah serangkaian syaraf yang dilalui air. Kurang minum air suam dapat mengakibatkan penebalan saluran air, penebalan tersebut ditandai dengan tumbuhnya masalah seperti Attention Deficit Disorder, Chronic Fatigue Syndrome, Kecemasan, Depresi dan bahkan gangguan mental degeneratif seperti Alzheimer.

Our body


Jagalah tubuh badan kita. Minum air suam sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Sayangi diri anda. Terima kasih :)
~Sumber dr Internet ~

Wednesday 13 March 2013

Kehidupan pelajar lepasan SPM

Lebih kurang seminggu lagi mungkin keputusan SPM 2012 akan keluar. Saya, pelajar lepasan SPM 2012 sedang menunggu keputusan SPM. Selepas habis menduduki ujian Biologi SPM lalu (akhir bulan Nov,'last paper'), saya dah bebas...

Beberapa hari kemudian saya belajar komputer. Dua hari seminggu. Di sana saya cuma belajar pasal Microsoft Office dan Internet. Memang apa mulanya  saya rasa tidak 'best' tapi saya dapat mengetahui lebih lanjut pasal Microsoft Office ini. Ianya sangat berguna untuk urusan pejabat dan sebagainya. Antara Microsoft Office yang saya belajar ialah Microsoft Word 2010, Microsoft Excel 2010, Microsoft PowerPoint 2010, Microsoft Publisher 2010 dan Microsoft Outlook 2010. Selain daripada itu, saya hanya duduk di rumah, buat kerja rumah, makan, minum, tidur, tengok tv, baca buku (yg belum habis2 dibaca) dan online saja.  Sesudah tamat kelas komputer iaitu awal bulan Febuari, saya sepenuh masa duduk di rumah.~~Boring~~~ Kadang2 ada cuba main gitar tapi ahh...... tak pandai lah pula. Petik2 saja. Memang itulah rutin saya semasa tengah 'bercuti' ni.


Saya ada terpikir nak kerja sementara menunggu keputusan SPM tapi mak saya tak kasi. Dia suruh saya duduk(rehat) saja di rumah sepuas-puasnya. Nantikan saya akan sambung belajar dan mungkin tiada masa untuk berehat.  Walaubagaimanapun, hidup ini mesti diteruskan. Fikirkan positif. ..

Daripada: Rad

DI SINI SAYA ADA SELITKAN TENTANG CIRI2 WANITA SOLEHAH:

  1. Mencintai Allah S.W.T & Rasulullah S.A.W.
  2. Mentaati ke-2 ibu bapa
  3. Mentaati suami 
  4. Menguruskan rumah tangga dgn baik
  5. Berhias utk suami
  6. Berpakaian mengikut ajaran Islam
  7. Menjaga batas pergaulan
  8. Berkawan dgn wanita solehah. 



TERIMA KASIH kerana sudi membaca..
Semoga Bermanfaat.
Assalamualaikum, kawan2 semua. :)

Monday 11 March 2013

Jenis Manusia yang Didoakan Malaikat


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu  kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Dalam kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'amiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata amiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang  melawat orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Wallahu'alam .. ... 

Fikir-fikirkan (FAKTA)


  • Nisbah ahli sains

- Malaysia - 20 ahli sains dengan jumlah 10,000 orang penduduk.
- Singapura - 40 ahli sains dengan jumlah 10,000 orang penduduk.
- Barat (Eropah) - 80 ahli sains dengan jumlah 10,000 orang penduduk.

  • Al-Quran dari kajian sains fizik dari sudut angka (kekal bilangannya)

- Mengandungi 114 surah
- 154 ayat-ayat ganjil dari 27 surah ganjil dan 27 surah genap (27+27 = 54).
- 60 ayat genap dari 30 surah ganjil dan 30 surah genap (30+30 = 60)
- 54 ayat ganjil + 60 ayat genap = 114 surah.
- 57 (27+30) surah ganjil + 57 (27+30) surah genap juga menghasilkan 114 surah.
- Mengandungi 86,430 perkataan dengan sejumlah 323,760 huruf Arab (hijaiiyaah).
- Mengandungi 6,236 ayat.
- Mengandungi 6,236 nombor surah dan ayat ganjil.
- Mengandungi 6,555 jumlah semua nombor dalam surah.
- Grafik daripada susunan ayat dalam surah al-Quran yang terhasil daripada kajian sains fizik membentuk kalimah Allah dan Muhammad dan imej-imej gelombang tersendiri yang unik.
- Mulai diterima oleh Rasulullah SAW pada 15 Ramadan ketika baginda berusia 40 tahun.
- Diturunkan berperingkat selama 22 tahun 2 bulan 22 hari.

sumber utusan online

Pemakanan Ilmuwan Islam (FAKTA)


  1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil secara dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.                                                   
  4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan       keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan, Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW:
     “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Tuesday 5 March 2013

47 Nilai-Nilai Murni Amalan Kita


  1. Adil
  2. Amalan Baik
  3. Benar
  4. Beramanah
  5. Berani
  6. Bercita-cita Tinggi
  7. Berdaya Saing
  8. Berfikiran Positif
  9. Berkongsi Untung Nasib
  10. Berlemah-lembut
  11. Bermuafakat
  12. Berpada
  13. Berpengetahuan
  14. Bersimpati
  15. Bersungguh-sungguh
  16. Bertanggungjawab
  17. Berterus Terang
  18. Bertimbang Rasa
  19. Disiplin
  20. Hormat Menghormati
  21. Kasih Sayang
  22. Kebersihan Fizikal dan Mental
  23. Keikhlasan Diri
  24. Kepercayaan Kepada Tuhan
  25. Keserdehanaan
  26. Kesetiaan Kepada Negara dan Pemerintah
  27. Kesyukuran dan Keredhaan
  28. Mematuhi Undang-Undang dan Peraturan
  29. Mencintai Alam Semulajadi
  30. Menghargai Masa
  31. Menghormati Hak Setiap Individu
  32. Menghulur dan Menerima Kemaafan
  33. Menyayangi Diri, Keluarga, Jiran dan Masyarakat
  34. Merendah Diri
  35. Murah Hati
  36. Prihatin
  37. Sabar
  38. Sedia Berkorban untuk Kebaikan Bersama
  39. Semangat Hidup
  40. Semangat Kejiranan
  41. Semangat Kemasyarakatan
  42. Semangat Kerjasama
  43. Suci Hati
  44. Tidak Mengambil Hak Orang Lain
  45. Toleransi
  46. Tolong Menolong
  47. Yakin Diri 

Konsep Nilai dan Budi Bahasa


 1. Nilai dapat kita ertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk menilai, mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap suatu perkara, darjat, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai.

2. Budi bahasa lazimnya merujuk kepada ‘tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia’. Tegasnya setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa, berani, setia,malu, sabar, sopan dan lain-lain.

3. Kedua konsep di atas terangkum di dalam prinsip kelima Rukunnugara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip ini jelas menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga taasusila masing-masing  dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan peribadi dan dalam kehidupan bermasyarakat.

4. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat universal tersebut adalah seperti berikut;-

Amanah
-Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
-Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas.
-Menetukan tiada penyelewengan dalamtugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja.

Tanggungjawab
-Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan.
-Melakuakan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa berhati-hati dan jujur.
-Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan.
-Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi / institusi / awam dalam menjalankan tugas.
-Berrsedia menjaga meruah agama, bangsa dan Negara.

Ikhlas
-Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan daripada sesiapa.
-Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaannya.
-Mengikis sebarang unsur  “kepentingan diri”  dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.

Benar
-Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab.
-Bercakap benar dan menepati janji.
-Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan.
-Bertindak berasaskan profesionalisme.
-Patuh dan setia dalammelaksanakan tugas.
-Sanggup menerima teguran dan nasihat.

Sederhana
-Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugasan.
-Bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkahlaku. 

Tekun 
-Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalamtugas dan kehidupan.
-Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki taraf hidup.
-Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga mencapai tahap cemerlang.

Bersih 
-Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian.
-Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup.
-Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas.
-Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan.
-Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan. 

Berdisiplin 
-Mengetahui kepentingan dan mengutamakan yang lebih penting.
-Menilai tinggi masa dan janji.
-Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang.
-Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.  

Bekerjasama  
-Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja.
-Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama.
-Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama.
-Mengelakkan konflik atau pertembungan berdasarkan peribadi – mengorbankan kepentingan diri bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan Negara. 

Berperibadi Mulia  
-Bermanis muka sepanjang masa.
-Bertmbang rasa dan bertolak-ansur.
-Menghormati sesame insan.
-Sentiasa memulakan ‘pertanyaan’ dengan tujuan untuk menolong. 

Bersyukur   
-Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat.
-Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga mengerakkan untuk lebih berusaha gigih.
-Menghayati budaya kerja yang sopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian).
-Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat.
-Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia.
-Berkhidmat sebagai ibadah.
-Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang banyak kepada masyarakat, Negara dan agama. 

Bermuafakat   
-‘Muafakat Membawa Berkat’. Itulah slogan yang harus dipegang oleh setiap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan adanya amalan muafakat sesame manusia, akan mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama terjalin. 

Bertoleransi  
-Sikap toleransi sesame kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. 

Bertimbang Rasa
-Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum.

Bersatu Padu 
-Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat.

Beretika
-Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya ia mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi.

Tidak Mementingkan Diri Sendiri
-Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nilai-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri.

Tiada Perasaan Curiga / Syak Wasangka
-Perasaan curiga / syak wasangka tidak akan mudak wujud dalam setiap individu yang mempunyai nilai-nilai murni.

Budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni amat penting dalam menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni dapat melahirkan satu Bangsa Malaysia yang budiman.

Sekian, salam 1Malaysia.  

Sunday 3 March 2013

Tatabahasa (Kata Ganti Nama)

Kata ganti nama -bentukkata yang tugasnya menjadi pengganti kepada kata nama. Tebahagi kepada dua, iaitu kata ganti nama penunjuk dan kata ganti nama diri. Contoh kata ganti nama penunjuk ialah itu,ini, dan nun. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua, iaitu kata ganti nama diri tanya (siapa, apa dan mana) dan kata ganti nama diri manusia. Kata ganti nama diri manusia dapat dipecahkan lagi kepada ganti nama diri pertama (aku,saya, hamba) , kedua (awak,engkau) dan ketiga (ia, beliau, mereka,Ali).
Di bawah ini ialah kata ganti nama diri manusia:-

1. Kata beliau digunakan untuk orang yang dihormati seperti ibu bapa, pemimpin dan sebagainya.

Contoh:
Salah
Ah Long ditangkap. Beliau pengedar dadah.
Betul
Ah Long ditangkap. Dia pengedar dadah.

2. Kata dia / ia tidak boleh digunakan untuk benda atau binatang. Kata dia / ia digunakan untuk orang.

Contoh:
Salah
Anak kucing itu sakit. Ia perlukan rawatan.
Betul 
Anak kucing itu sakit. Anak kucing itu perlukan rawatan.

3. Semua kata ganti nama diri tidak boleh digandakan atau diulang menjadi kamu-kamu, dan mereka-mereka.

Contoh:
Salah
Mereka-mereka ialah pelajar sekolah itu.
Betul
Mereka ialah pelajar sekolah itu.

4. Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ianya.

Contoh:
Salah
Kalau tidak dirawat denga segera, ianya akan lumpuh.
Betul
Kalau tidak dirawat denga segera, ia / dia akan lumpuh.

TATABAHASA (Kata Nama & Kata Kerja)


Kata Nama

1. Kata Nama Am
-perkataan yang digunakan untuk menyebut orang, binatang, tempat dan benda secara am.

Contoh Kata Nama Am
 
à murid, ular, hospital,pen

2. Kata Nama Khas
 -perkataan yang digunakan untuk menyebut orang, binatang, tempat dan benda secara khas.

 Contoh Kata Nama Khas
 
à Azhar, Pak Belang, Tugu Negara, Proton Saga


Kata Kerja
 -perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.

1. Kata Kerja Transitif
 -perkataan yang digunakan untuk menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh pembuat (subjek) ke atas sesuatu benda (objek).

   i)  Kata Kerja Transitif Aktif
                - digunakan dalam ayat aktif.
                - menerima awalan men- dengan atau tanpa akhiran –kan atau –i.
                Contoh ayat – Adi memetik sekuntum bunga.

   ii)  Kata Kerja Transitif Pasif
                - digunakan dalam ayat pasif.
                - kata kerja jenis ini diperoleh dengan menukarkan ayat berbentuk aktif kepada ayat berbentuk pasif.
                Contoh ayat – Sekuntum bunga dipetik oleh Adi.

 2. Kata Kerja Tak Transitif
 - perkatan yang digunakan untuk menerangkan perbuatan yang dilakukan oleh pembuat (subjek) ke atas dirinya sendiri, tidak kena pada benda atau orang lain.

  i)   Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
                - kata kerja yang mesti diikuti dengan pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
                -Contoh :- Alia menerima sepucuk surat.

  ii)   Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap
                - kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.
                - Contoh ayat :- Tom asyik mengiau.
                - kata kerja jenis ini boleh diikuti oleh unsur keterangan untuk memberi maklumat tambahan.
                - Contoh ayat :- Kapal sedang berlayal di lautan.

Senarai Penjodoh Bilangan


Penjodoh bilangan ialah perkataan atau morfem dalam sesetengah bahasa untuk mengelaskan atau membilang kata nama mengikut maksudnya.

Berikut adalah 92 penjodoh bilangan bahasa Malaysia :-
  1. Angkatan
  2. Bakul
  3. Baris
  4. Batang
  5. Bentuk
  6. Berkas
  7. Bidang
  8. Biji
  9. Bilah
  10. Botol
  11. Buah
  12. Buku
  13. Bungkus
  14. Butir
  15. Carik / cebis
  16. Cekak
  17. Cubit
  18. Cucuk
  19. Das
  20. Deret
  21. Ekar
  22. Ekor
  23. Gelas
  24. Gelung
  25. Gemal
  26. Genggam
  27. Gerombolan
  28. Gugus
  29. Gulung
  30. Gumpal
  31. Helai
  32. Hidang
  33. Hiris
  34. Ikat
  35. Jambak
  36. Jambangan
  37. Jemput
  38. Kajang
  39. Kaki
  40. Kalung
  41. Kandang
  42. Kapur
  43. Karangan
  44. Kaum/ puak
  45. Kawan
  46. Kelompok
  47. Kepal
  48. Keeping
  49. Keput
  50. Kerat
  51. Ketul
  52. Ketumbukan
  53. Kotak
  54. Kuntum
  55. Laras
  56. Lembar
  57. Lingkar
  58. Longgok
  59. Mayang
  60. Naskhah
  61. Pangsa
  62. Papan
  63. Pasang
  64. Pasukan
  65. Patah
  66. Penggal
  67. Persalin
  68. Petak
  69. Pintu
  70. Potong
  71. Pucuk
  72. Raga
  73. Rangkap
  74. Rawan
  75. Ricih
  76. Ruas
  77. Rumpun
  78. Senduk
  79. Sisir/ sikat
  80. Suap
  81. Susun
  82. Tandan
  83. Tangkai
  84. Teguk
  85. Timbun
  86. Titik
  87. Tingkat
  88. Tompok
  89. Tongkol
  90. Ulas
  91. Urat
  92. Utas