WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Wednesday 12 December 2012

Apa Itu Alergi?


Amnya alergi atau alahan digambarkan sebagai reaksi badan terhadap sesuatu bahan yang biasanya tidak mendatangkan sebarang kesan atau bahaya kepada orang lain. Bagaimanapun, bahan tersebut memberikan kesan alergi atau alahan kepada sistem imunisasi badan anak yang sensitif terhadapnya. Bahan tersebut boleh jadi habuk, debunga, bulu binatang atau makanan tertentu.
Kebanyakan reaksi ini adalah disebabkan oleh penghasilan antibody yang dikenali sebagai IgE (immunoglobulin E), yang boleh dikesan melalui ujian kulit dan darah.
Terdapat unsur-unsur keturunan dalam penyakit alergi. Jika ibu bapa atau adik-beradik yang lain mengalami alergi, risikonya bertambah pada anak yang lain.

                    Apakah Reaksi Alergi?
  Bermacam-macam benda boleh menyebabkan alergi yang akan ditunjukkan dalam berbagai-bagai bentuk. Antara yang paling biasa ialah:
Ø  Hayfever (allergic rhinitis)
Ia disebabkan keadaan tisu dalam hidung yang alergi kepada debunga. Bahan lain yang boleh menyebabkan hayfever ialah bulu haiwan seperti kucing, kekabu, tungau habuk rumah dan makanan tertentu. Hayfever akan mengalami hidung yang tersumbat,kerap bersin, selesema, gatal hidung dan mata berair. Pemeriksaan dalam bahagian hidung akan menunjukkan tisu yang bengkak, kemerahan dan lendir yang keterlaluan.
Ø  Hives (Urticaria)
Ia adakah reaksi kulit yang alergi terhadap makanan (terutama udang, buah-buahan dan kacang), ubat atau gigitan serangga. Ia akan membuatkan kulit merasa gatal dan merah seperti ruam.Biasanya ia berakhir selepas beberapa jam, tetapi mungkin kembali selepas beberapa hari. Hives boleh dikawal dengan anti hives dan kegatalan boleh diredakan dengan losyen seperti calamine.
Ø  Ekzema
Ekzema merupakan keradangan pada kulit, di mana kulit menjadi merah, gatal, kering, berkerak dan bersisik. Ia mungkin mula kelihatan semasa bayi  berusia tiga atau empat bulan dan hilang pada usia dua tahun. Bagaimanapun, ia mungkin muncul semula semasa anak membesar.
Ekzema berlaku disebabkan reaksi berbagai-bagai bahan atau allergen seperti hama, sabun,susu, kacang, ikan, tomato, coklat dan buah-buahan sitrus.
Pastikan anak mendapat rawatan awal untuk mencegah penyakit tersebut daripada menjadi lebih serius.
Ø  Asma
Ia berlaku apabila otot pada dinding bronkial (sistem pernafasan) menjadi kejang dan menyebabkan pernafasan menjadi pendek dan batuk. Ia berlaku apabila pesakit menyedut sesuatu bahan yang membuatkannya alergi, seperti habuk,bulu haiwan dan debunga.
  
                           Rawatan
 Alergi boleh dirawat dengan memberikan anak (pesakit) ubat anti histamin seperti sirap Phenergan yang dapat mengurangkan kebengkakan dan inflamasi di bahagian dalam hidung, krim untuk masalah kulit dan ubat lelah.
Jika penyakit berlarutan, doctor mungkin akan memberikan anak (pesakit) spray yang mengandungi ubat seperti steroid atau sodium cromoglycate.