WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Wednesday 12 December 2012

Apa Itu Alergi?


Amnya alergi atau alahan digambarkan sebagai reaksi badan terhadap sesuatu bahan yang biasanya tidak mendatangkan sebarang kesan atau bahaya kepada orang lain. Bagaimanapun, bahan tersebut memberikan kesan alergi atau alahan kepada sistem imunisasi badan anak yang sensitif terhadapnya. Bahan tersebut boleh jadi habuk, debunga, bulu binatang atau makanan tertentu.
Kebanyakan reaksi ini adalah disebabkan oleh penghasilan antibody yang dikenali sebagai IgE (immunoglobulin E), yang boleh dikesan melalui ujian kulit dan darah.
Terdapat unsur-unsur keturunan dalam penyakit alergi. Jika ibu bapa atau adik-beradik yang lain mengalami alergi, risikonya bertambah pada anak yang lain.

                    Apakah Reaksi Alergi?
  Bermacam-macam benda boleh menyebabkan alergi yang akan ditunjukkan dalam berbagai-bagai bentuk. Antara yang paling biasa ialah:
Ø  Hayfever (allergic rhinitis)
Ia disebabkan keadaan tisu dalam hidung yang alergi kepada debunga. Bahan lain yang boleh menyebabkan hayfever ialah bulu haiwan seperti kucing, kekabu, tungau habuk rumah dan makanan tertentu. Hayfever akan mengalami hidung yang tersumbat,kerap bersin, selesema, gatal hidung dan mata berair. Pemeriksaan dalam bahagian hidung akan menunjukkan tisu yang bengkak, kemerahan dan lendir yang keterlaluan.
Ø  Hives (Urticaria)
Ia adakah reaksi kulit yang alergi terhadap makanan (terutama udang, buah-buahan dan kacang), ubat atau gigitan serangga. Ia akan membuatkan kulit merasa gatal dan merah seperti ruam.Biasanya ia berakhir selepas beberapa jam, tetapi mungkin kembali selepas beberapa hari. Hives boleh dikawal dengan anti hives dan kegatalan boleh diredakan dengan losyen seperti calamine.
Ø  Ekzema
Ekzema merupakan keradangan pada kulit, di mana kulit menjadi merah, gatal, kering, berkerak dan bersisik. Ia mungkin mula kelihatan semasa bayi  berusia tiga atau empat bulan dan hilang pada usia dua tahun. Bagaimanapun, ia mungkin muncul semula semasa anak membesar.
Ekzema berlaku disebabkan reaksi berbagai-bagai bahan atau allergen seperti hama, sabun,susu, kacang, ikan, tomato, coklat dan buah-buahan sitrus.
Pastikan anak mendapat rawatan awal untuk mencegah penyakit tersebut daripada menjadi lebih serius.
Ø  Asma
Ia berlaku apabila otot pada dinding bronkial (sistem pernafasan) menjadi kejang dan menyebabkan pernafasan menjadi pendek dan batuk. Ia berlaku apabila pesakit menyedut sesuatu bahan yang membuatkannya alergi, seperti habuk,bulu haiwan dan debunga.
  
                           Rawatan
 Alergi boleh dirawat dengan memberikan anak (pesakit) ubat anti histamin seperti sirap Phenergan yang dapat mengurangkan kebengkakan dan inflamasi di bahagian dalam hidung, krim untuk masalah kulit dan ubat lelah.
Jika penyakit berlarutan, doctor mungkin akan memberikan anak (pesakit) spray yang mengandungi ubat seperti steroid atau sodium cromoglycate.  

Monday 10 December 2012

Ciri-ciri Pelajr Cemerlang (2)


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
  1. Taat kepada Tuhan.
  2. Bermotivasi tinggi dan sentiasa menjalani kegiatan dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai kecermelangan.
  3. Mempunyai cita-cita, visi dan misi yang jelas.
  4. Mahir dalam strategi dan teknik pembelajaran berkesan dan sentiasa tekun belajar.
  5. Mahir dalam stretegi dan teknikmenghadapi peperiksaan .
  6. Menghormati kedua-dua ibu bapa dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
  7. Menghormati dan  menyayangi guru dan tidak malu bertanya serta berinteraksi dengan semua guru.
  8. Suka dan minat pada setiap mata pelajaran yang dipelajari.
  9. Berkawan dengan pelajar yang bersikap positif dan komited pada pelajaran.
  10. Bersedia membantu rakan yang memerlukan bantuan atau pertolongan.
  11. Memiliki imej kendiri yang positif dan berkualiti peribadi yang tinggi.
  12. Memberi ganjaran dan pengiktirafan pada diri sendiri.
  13. Menjalankan kegiatan riadah bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan mental.
  14. Mengamal kaedah pemakanan yang seimbang dan sihat serta mengelakkan bahan-bahan makanan atau sebarang anasir yang dapat melemahkan daya pemikiran dan ingatan.
  15. Sentiasa berdoa dan bersyukur kepada Tuhan.

                                

Petua Pelajar Cemerlang


  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  1. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10 % apayang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  1. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  1. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    …Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya….
  1. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  1. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  1. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  1. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  1. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  1. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  1. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  1. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  1. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL ... ... ... :)

Thursday 6 December 2012

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


Ciri-ciri Pelajar Cemerlang 


  1. Dia bercita-cita tinggi.
  2. Dia menpunyai matlamat yang jelas.
  3.  Dia belajar mengikut jadual.
  4. Dia ada keazaman yang kuat untuk belajar.
  5. Dia rajin belajar dan membuat tugasan sekolah.
  6. Dia mendengar dengan teliti semasa guru mengajar.
  7. Dia sentiasa mengingati isi-isi penting.
  8. Dia rajin membuat nota ringkas.
  9. Dia selalu bertanya jika tidak faham sesuatu subjek.
  10. Dia sentiasa mencuba dalam menjawab soalan daripada guru.


Tuesday 4 December 2012

Coretan Kawanku 2

Aku senang berkawan dengan sesiapa sahaja. Biarpun perangaiku agak menjengkelkan. Hanya orang yang tidak mengenal hati budiku saja sering mengejekku terang-terangan dan sindiran yang berkias. Tangisan tanpa air mata menjadi temanku kini, aku lain. Aku tidak tahan lagi. Kemarahanku bangkit dari tidur selesa yang selama ini ditahan oleh kesabaran. Aku menjauhkan diri dari kenalan dan meluangkan masa bersama orang yang kenal dan rapat denganku dari usiaku belum remaja lagi dan _sepanjang kebosananku selama ini. Kini,dia tidak lagi sibuk kerana telah bersara daripada jawatan yang disandangnya yang selama ini merupakan seorang pengawas. Aku tenang tika bersamanya. Aku harap dapat sentiasa meluangkan masa dengannya. Terima kasih sahabat. Engkaulah teman istimewa.

Dari: Hayadihrun

 
HARGAILAH HIDUP INI SELAGI MASIH BERNAFAS   

Coretan Kawanku 1

Saya ini insan yang biasa, bijak tidak,bodah pun tidak. Namun, kelemahan saya adalah belajar. Biar penat lelah saya menelaah buku, namun kefahaman saya adalah sebaliknya. Begitu menyedihkan, saya selalu disindirkan oleh orang yang tidak memahami saya. Perkataan 'lembab' sering kedengaran. Namun, saya sedar,mungkin sudah suratan takdir saya dilahirkan menjadi insan yang gagal dalam setiap usaha, mahupun titik peluh yang sukar ditafsirkan. Allah Maha Mengetahui.. Saya hanya mampu berdiam dan berdoa..

Dari: Hayadihrun
 
F I G H T I N G !!! !!! !!!

Thursday 30 August 2012

Jenis-jenis Sakit Kepala


Jenis-jenis Sakit Kepala

Terdapat empat jenis sakit kepala:
vaskular, penguncupan otot (stress),daya tarikan, dan radang.

Jenis yang paling biasa sakit kepala vascular migrain. Sakit kepala migrain biasanya dicirikan oleh kesakitan yang teruk pada salah satu atau kedua-dua belah kepala, sakit perut, dan kadang-kadang, penglihatan terganggu. Wanita lebih peka daripada lelaki mempunyai sakit kepala migrain. Selepas migrain, jenis sakit kepala vaskular yang paling biasa adalah sakit kepala toksik yang dihasilkan oleh demam. 

Jenis-jenis lain sakit kepala vaskular termasuk sakit kepala "kelompok", yang menyebabkan berulang episod kesakitan yang teramat sangat, dan sakit kepala akibat dari tekanan darah tinggi, sakit kepala penguncupan otot muncul melibatkan otot muka dan leher. Traksi dan sakit kepala keradangan adalah tanda-tanda gangguan lain, mulai dari angin ahmar untuk jangkitan sinus. Seperti lain-lain jenis kesakitan, sakit kepala boleh berkhidmat sebagai isyarat amaran gangguan mental yang lebih serius. Ini terutamanya benar bagi sakit kepala yang disebabkan oleh keradangan, termasuk yang berkaitan untuk meningitis serta mereka yang akibat daripada penyakit sinus,tulang belakang, leher, telinga, dan gigi.



Sakit kepala disebabkan stress.

• Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad pada sebelah bahagian sahaja.
• Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan masa lega yang singkat di antara serangan. Walaubagaimanapun tahap keterukkannya mungkin berubah-ubah.
• Menyerang pada bila-bila masa.
• Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.


Sakit Kepala Migrain

• Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka terlalu luas.
• Sakit dirasai disebelah bahagian sahaja pada satu-satu masa, tetapi mungkin merebak ke seluruh kepala.
Sakitnya berdenyut-denyut dan selalunya berlaku secara perlahan-lahan dan menjadi lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau lebih lama.
• Sakit mungkin menyerang sekali dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu atau langsung tiada untuk beberapa bulan. Migrain biasanya berlarutan selama beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.
• Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau sesetengah jenis makanan seperti coklat dan seringkali disertai rasa loya dan muntah-muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa haid.
• Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migraine


Sakit Kepala Bertumpu

• Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur, manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.
• Sakitnya hanya meliputi sebelah bahagian kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.
• Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran. 
• Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan sehingga beberapa jam.
• Sakit yang menyebabkan seseorang terbangun daripada tidur dan berlaku beberapa kali sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.
• Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan mata yang berair.


Keradangan Sinus (Resdung)

• Sakit yang biasanya bermula semasa atau selepas demam selsema yang teruk, terutamanya jika berlaku titis postnasal (pangliran lender berlebihan dari kawasan hidung ke dalam fariks) 
• Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang dalam masa yang singkat.
• Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluang untuk mengalir keluar.
• Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atau menggerakkan kepala dengan tiba-tiba.
• Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan alkohol, perubahan suhu yang mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang panas.
• Mempunyai sejarah ‘demam hay’ (rhinitis alergik) dan alahan.


Arteritis Temporal

• Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50 tahun
• Sakit yang berkaitan dengan bahagian kepala dan pelipis yang sensitive (mudah terasa sakit bila disentuh) dan sakit rahang.
• Penglihatan terganggu 
• Sakit-sakit pada seluruh badan.
• Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejap-sekejap.
• Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang 
• Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasan perubatan - pesakit perlu dirawat dihospital dengan
segera.

Sumber rujukan :
                               -http://www.ninds.nih.gov/disorders/headache/headache.htm

Coretan Karya Tulisan Sepupuku



 
Coretan karya sepupu saya, Roziana Suryadi
:) Dari Serasan,Indonesia.SELAMAT ULANG TAHUN, ROZI.


Wednesday 29 August 2012

Perkara yang Perlu Dielakkan dalam Membuat Karangan



Kita perlu berhati-hati dalam menulis karangan.
Perkara yang perlu dielakkan dalam menulis karangan dalam peperiksaan ialah :

1.  PENGENALAN kurang menarik, seolah-olah berfikiran tidak matang.

2.  ISI karangan tidak menepati tajuk.

3.  ISI tidak dihuraikan dengan jelas.

4.  Pemerengganan tidak sesuai.

5.  Banyak kesalahan ejaan.

6.  Tulisan buruk atau sukar dibaca.

7.  Penggunaan bahasa yang berbeli-belit dan sukar difahami.

8.  Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.

9.  ISI yang diulang.

10. Fakta yang salah akibat kurang membaca.

11. Panjang karangan tidak mengikut jumlah perkataan yang diminta.

12. ISI tidak logik.

13. Tidak memahami format sesuatu karangan sepenuhnya.

14. Kesalahan penggunaan tatabahasa seperti di antara, daripada, dari, pada, di , dan sebagainya.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Sekian, terima kasih.  :) 

Thursday 19 July 2012

DEFINISI GENRE SASTERA -Prosa Klasik dan Puisi-

Prosa Klasik
1.     Genre prosa klasik merupakan cerita rakyat yang dahulunya disampaikan secara lisan, tetapi kini telah dibukukan.
2.     Cerita rakyat ialah sastera yang berkembang dalam kalangan rakyat dan disebarkan secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi.
3.     Cerita atau sastera rakyat itu lazimnya berkembang dalam kelompok masyarakat yang kecil dan terpencil, misalnya masyarakat nelayan atau petani yang tinggal di kawasan pedalaman.
4.     Oleh itu, sastera rakyat mengandungi ciri-ciri budaya tradisional kumpulan berkenaan.
5.     Sastera rakyat merupakan hak bersama.
6.     Hal inilah yang menyebabkan sastera rakyat mempunyai versi yang banyak kerana berlakunya tokok tambah semasa penyampaian cerita berkenaan.
7.     Bidang yang dicakup oleh prosa klasik agak luas, iaitu daripada sastera hinggalah sastera agama dan undang-undang.
8.     Empat jenis prosa klasik yang sering diketengahkan termasuklah cerita berbingkai,, cerita sejarah, epic Melayu dan epic Hindu.
9.     Dalam karya prosa klasik, terdapat banyak unsur moral dan mesej yang dapat dijadikan panduan hidup.
10.  Karya ini menggunakan gaya bahasa lama, sama ada dari segi penggunaan kata-katanya ataupun struktuk ayatnya. Namun begitu, keragaman bahasa yang mengindahkan karya prosa lama jelas kalihatan.
11.                        Kebanyakan prosa klasik menggunakan teknik naratif( bercerita). Namun demikian, penggunaan dialog yang cukup berkesan dan menghiburkan. 
12.  Prosa klasik menyelitkan puisi tradisional, khususnya pantun.
13.                        Watak-watak prosa klasik biasanya terdiri daripada golongan istana atau yang ada kaitan dengan golongan istana, sesuai dengan keadaan masyarakat feudal yang mengagung-agungkan golongan istana.


   Cerita Berbingkai     
1.   Cerita berbingkai berpusat pada suatu cerita pokok atau cerita induk. Dalam cerita induk itu, terdapat pula satu atau lebih cerita sisipan. Cerita diakhiri dengan cerita pokok atau cerita induk tadi.
2.   Cerita berbingkai dikarang dalam bentuk prosa. Namun demikian, dalam sesetengah karya ada juga dimuatkan puisi tradisional, terutamanya pantun dan syair.
3.   Watak-watak utama dalam cerita berbingkai ialah saudagar, raja, permaisuri dan anak raja di samping watak binatang.


  Mitos 
1.     Mitos ialah cerita rakyat yang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa, tetapi dianggap benar oleh masyarakat yang memilikinya.
2.     Kejadian-kejadian luar biasa dalam mitos dianggap sebagai keramat.
3.     Watak-watak dalam mitos biasanya terdiri daripada dewa-dewa, manusia separuh dewa, jin atau mambang.
4.     Mitos mengandungi cerita-cerita tentang asal-usul sesuatu tempat, benda atau institusi.
5.     Latar masa dan tempat dalam motis tidak jelas.
Legenda
1.     Legenda merupakan cerita tentang seseorang tokoh yang dianggap istimewa. Tokoh legenda biasanya diberi sifat-sifat yang luar biasa seperti sifat kepahlawanan atau kekuatan yang istimewa.
2.     Cerita legenda pada umumnya ada kaitan dengan sejarah sesuatu tempat.
3.     Cerita legenda yang terdapat dalam cerita-cerita sejarah biasanya bertujuan mengkritik golongan bangsawan secara halus.


Epik  
1.     Epik ialah prosa naratif yang memaparkan kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam sejarah.
2.     Tokoh berkenaan pada umumnya dianggap wira oleh sesuatu bangsa.
3.     Wira berkenaan merupakan tokoh penting yang mengagumkan serta cukup masyhur dari segi sejarah.
4.     Latar bagi cerita epik meliputi Negara-negara besar di dunia ini.
5.     Tokoh yang menjadi wira mempunyai sifat-sifat luar biasa, berani, dan gagah perkasa.



Puisi 
1.     Puisi ialah karangan berangkap yang mengutarakan pemikiran dengan bahasa yang indah. 
2.     Penciptaan puisi terikat oleh unsur-unsur irama, rima, penyusunan baris dan rangkap.
3.     Puisi terbahagi kepada dua,iaitu:
(a)  Puisi moden atau ledih dikenali sebagai sajak
(b) Puisi tradisional yang merangkumi pantun, syair, gurindam dan seloka.


Sajak 
1.     Sajak ialah karangan berangkap yang lebih bebas bentuknya dan tidak terikat pada sesuatu pola khusus, walaupun kadang-kadang bentuknya seakan-akan gurindam atau seloka.
2.     Namun dalam penciptaannya, penyajak masih menitikberatkan aspek rima, rentak, penyusunan baris dan rangkap atau bait.
3.     Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak tidak dihadkan, sebaliknya mengikut isi yang hendak disampaikan.


Pantun 
1.     Pantun ialah sejenis bentuk puisi tradisional.
2.     Pantun merupakan karya yang berangkap tetap. Maksudnya, bilangan baris dalam setiap rangkap atau bait itu sudah ditetapkan, sama ada dua, empat, enam, lapan, sepuluh, dua belah atau empat belas baris dalam serangkap.
3.     Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenali sebagai pantun dua kerat, sementara yang mempunyai empat baris serangkap dikenali sebagai pantun empat kerat, dan begitulah seterunya.
4.     Pantun terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang maksud atau sampiran dan isi.
5.     Dalam pantun enam kerat, pembayang maksud ialah tiga baris pertama dan isi    ialah tiga baris yang berikutnya. Lihat contoh berikut: 
          
      Sarat bermuat ikan cencaru,                             [a] -pembayang
                 Gelama tidak berumpan lagi,                  [b] -pembayang
                             Kail tersangkut di tepi batang;  
  [c] -pembayang
     Sudah dapat orang baru,                                  
  [a] –maksud 
                 Yang lama tidak berkenan lagi,           
   [b] –maksud
                             Ibarat melukut di tepi gantang.    
[c] –maksud    

6.     Jumlah kata dalam setiap baris pantun adalah antara empat hingga lima patah kata sementara jumlah suku katanya pula antara lapan hingga sebelas suku kata bagi setiap baris.
7.     Rima akhir pantun ialah abcabc, iaitu rima akhir pada baris pertama sama dengan rima akhir baris pada baris keempat, sementara rima akhir pada baris kedua sama dengan rima akhir pada baris kelima, dan rima akhir baris ketiga sama dengan rima akhir pada baris keenam.
8.     Pantun menjadi alat pengucapan untuk mengungkap perasaan hiba, sayu,sedi, gembira,rindu,dendam dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu perkara.
9.     Oleh sebab itu, pantun dinamakan mengikut isi pantun berkenaan, misalnya pantun kanak-kanak, pantun orang muda, pantun orang tua, pantun budi, pantun kiasan dan sebagainya.
10.                       Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu sehingga hari ini. 


Syair 
1.     Syair ialah karangan berangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
2.     Setiap baris merupakan maksud kerana syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.
3.     Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana saling berkait dengan rangkap-rangkap lain.
4.     Keseluruhan rangkap syair mengungkapkan sesuatu maksud secara kesatuan.
5.     Setiap baris dalam syair biasanya mengandungi empat patah kata yang berjumlah antara lapan hingga dua belas suku kata.
6.     Rima akhir syair ialah aaaa. Lihat contoh yang berikut:

            Supaya disangka ianya wali,           [a]
            Akan dunia tidakpeduli,                 
  [a]
            Hemahnya itu sangatlah ali,      
     [a]
            Tetapi hatinya ke dunia bertali.    
  [a] 

7.     Syair selalu membawa isi yang berkaitan dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan cerita yang berunsur sejarah atau dongeng.


Gurindam    
1.     Gurindam ialah karangan berangkap yang terdiri daripada dua baris serangkap.
2.     Namun demikian, ada juga gurindam yang lebih bebas dari segi jumlah kata pada setiap rangkap dan rima akhirnya.
3.     Rima akhir gurindam ialah aa
4.     Baris pertama dalam gurindam mengandungi soalan, syarat atau perjanjian, sementara baris kedua pula merupakan jawapan, akibat atau kesimpulannya. Lihat contoh yang berikut: 

            Hendak pandai menghargai masa,  [a] –syarat / perjanjian
            Jangan dinanti esok lusa.                  
 [a] –akibat / kesimpulan  

5.     Isi gurindam berupa nasihat, pengajaran atau kebenaran yang disampaikan dengan bahasa yang lebih padat dan bernas. 


Seloka    
1.     Seloka dapat dirumuskan sebagai gurau senda yang mengungkapkan sindiran yang ditulis dalam bahasa puisi.
2.     Setiap rangkap seloka selalunya terdiri daripada empat baris
3.     Namun begitu, ada juga seloka yang berbentuk bebas yang mengandungi kurang atau lebih daripada empat baris serangkap.
4.     Jumlah kata pada setiap baris tidak tetap dan rima hujungnya bebas.
Isi seloka mengandungi unsur pengajaran dan nasihat yang disampaikan dalam nada mengejek atau menyindir.