WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer
Showing posts with label Bahasa Malaysia Tingkatan 5. Show all posts
Showing posts with label Bahasa Malaysia Tingkatan 5. Show all posts

Wednesday, 29 August 2012

Perkara yang Perlu Dielakkan dalam Membuat Karangan



Kita perlu berhati-hati dalam menulis karangan.
Perkara yang perlu dielakkan dalam menulis karangan dalam peperiksaan ialah :

1.  PENGENALAN kurang menarik, seolah-olah berfikiran tidak matang.

2.  ISI karangan tidak menepati tajuk.

3.  ISI tidak dihuraikan dengan jelas.

4.  Pemerengganan tidak sesuai.

5.  Banyak kesalahan ejaan.

6.  Tulisan buruk atau sukar dibaca.

7.  Penggunaan bahasa yang berbeli-belit dan sukar difahami.

8.  Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.

9.  ISI yang diulang.

10. Fakta yang salah akibat kurang membaca.

11. Panjang karangan tidak mengikut jumlah perkataan yang diminta.

12. ISI tidak logik.

13. Tidak memahami format sesuatu karangan sepenuhnya.

14. Kesalahan penggunaan tatabahasa seperti di antara, daripada, dari, pada, di , dan sebagainya.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Sekian, terima kasih.  :) 

Thursday, 19 July 2012

DEFINISI GENRE SASTERA -Prosa Klasik dan Puisi-

Prosa Klasik
1.     Genre prosa klasik merupakan cerita rakyat yang dahulunya disampaikan secara lisan, tetapi kini telah dibukukan.
2.     Cerita rakyat ialah sastera yang berkembang dalam kalangan rakyat dan disebarkan secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi.
3.     Cerita atau sastera rakyat itu lazimnya berkembang dalam kelompok masyarakat yang kecil dan terpencil, misalnya masyarakat nelayan atau petani yang tinggal di kawasan pedalaman.
4.     Oleh itu, sastera rakyat mengandungi ciri-ciri budaya tradisional kumpulan berkenaan.
5.     Sastera rakyat merupakan hak bersama.
6.     Hal inilah yang menyebabkan sastera rakyat mempunyai versi yang banyak kerana berlakunya tokok tambah semasa penyampaian cerita berkenaan.
7.     Bidang yang dicakup oleh prosa klasik agak luas, iaitu daripada sastera hinggalah sastera agama dan undang-undang.
8.     Empat jenis prosa klasik yang sering diketengahkan termasuklah cerita berbingkai,, cerita sejarah, epic Melayu dan epic Hindu.
9.     Dalam karya prosa klasik, terdapat banyak unsur moral dan mesej yang dapat dijadikan panduan hidup.
10.  Karya ini menggunakan gaya bahasa lama, sama ada dari segi penggunaan kata-katanya ataupun struktuk ayatnya. Namun begitu, keragaman bahasa yang mengindahkan karya prosa lama jelas kalihatan.
11.                        Kebanyakan prosa klasik menggunakan teknik naratif( bercerita). Namun demikian, penggunaan dialog yang cukup berkesan dan menghiburkan. 
12.  Prosa klasik menyelitkan puisi tradisional, khususnya pantun.
13.                        Watak-watak prosa klasik biasanya terdiri daripada golongan istana atau yang ada kaitan dengan golongan istana, sesuai dengan keadaan masyarakat feudal yang mengagung-agungkan golongan istana.


   Cerita Berbingkai     
1.   Cerita berbingkai berpusat pada suatu cerita pokok atau cerita induk. Dalam cerita induk itu, terdapat pula satu atau lebih cerita sisipan. Cerita diakhiri dengan cerita pokok atau cerita induk tadi.
2.   Cerita berbingkai dikarang dalam bentuk prosa. Namun demikian, dalam sesetengah karya ada juga dimuatkan puisi tradisional, terutamanya pantun dan syair.
3.   Watak-watak utama dalam cerita berbingkai ialah saudagar, raja, permaisuri dan anak raja di samping watak binatang.


  Mitos 
1.     Mitos ialah cerita rakyat yang mengisahkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa, tetapi dianggap benar oleh masyarakat yang memilikinya.
2.     Kejadian-kejadian luar biasa dalam mitos dianggap sebagai keramat.
3.     Watak-watak dalam mitos biasanya terdiri daripada dewa-dewa, manusia separuh dewa, jin atau mambang.
4.     Mitos mengandungi cerita-cerita tentang asal-usul sesuatu tempat, benda atau institusi.
5.     Latar masa dan tempat dalam motis tidak jelas.
Legenda
1.     Legenda merupakan cerita tentang seseorang tokoh yang dianggap istimewa. Tokoh legenda biasanya diberi sifat-sifat yang luar biasa seperti sifat kepahlawanan atau kekuatan yang istimewa.
2.     Cerita legenda pada umumnya ada kaitan dengan sejarah sesuatu tempat.
3.     Cerita legenda yang terdapat dalam cerita-cerita sejarah biasanya bertujuan mengkritik golongan bangsawan secara halus.


Epik  
1.     Epik ialah prosa naratif yang memaparkan kepahlawanan seseorang tokoh penting dalam sejarah.
2.     Tokoh berkenaan pada umumnya dianggap wira oleh sesuatu bangsa.
3.     Wira berkenaan merupakan tokoh penting yang mengagumkan serta cukup masyhur dari segi sejarah.
4.     Latar bagi cerita epik meliputi Negara-negara besar di dunia ini.
5.     Tokoh yang menjadi wira mempunyai sifat-sifat luar biasa, berani, dan gagah perkasa.



Puisi 
1.     Puisi ialah karangan berangkap yang mengutarakan pemikiran dengan bahasa yang indah. 
2.     Penciptaan puisi terikat oleh unsur-unsur irama, rima, penyusunan baris dan rangkap.
3.     Puisi terbahagi kepada dua,iaitu:
(a)  Puisi moden atau ledih dikenali sebagai sajak
(b) Puisi tradisional yang merangkumi pantun, syair, gurindam dan seloka.


Sajak 
1.     Sajak ialah karangan berangkap yang lebih bebas bentuknya dan tidak terikat pada sesuatu pola khusus, walaupun kadang-kadang bentuknya seakan-akan gurindam atau seloka.
2.     Namun dalam penciptaannya, penyajak masih menitikberatkan aspek rima, rentak, penyusunan baris dan rangkap atau bait.
3.     Jumlah rangkap dalam sesuatu sajak tidak dihadkan, sebaliknya mengikut isi yang hendak disampaikan.


Pantun 
1.     Pantun ialah sejenis bentuk puisi tradisional.
2.     Pantun merupakan karya yang berangkap tetap. Maksudnya, bilangan baris dalam setiap rangkap atau bait itu sudah ditetapkan, sama ada dua, empat, enam, lapan, sepuluh, dua belah atau empat belas baris dalam serangkap.
3.     Pantun yang mempunyai dua baris serangkap dikenali sebagai pantun dua kerat, sementara yang mempunyai empat baris serangkap dikenali sebagai pantun empat kerat, dan begitulah seterunya.
4.     Pantun terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang maksud atau sampiran dan isi.
5.     Dalam pantun enam kerat, pembayang maksud ialah tiga baris pertama dan isi    ialah tiga baris yang berikutnya. Lihat contoh berikut: 
          
      Sarat bermuat ikan cencaru,                             [a] -pembayang
                 Gelama tidak berumpan lagi,                  [b] -pembayang
                             Kail tersangkut di tepi batang;  
  [c] -pembayang
     Sudah dapat orang baru,                                  
  [a] –maksud 
                 Yang lama tidak berkenan lagi,           
   [b] –maksud
                             Ibarat melukut di tepi gantang.    
[c] –maksud    

6.     Jumlah kata dalam setiap baris pantun adalah antara empat hingga lima patah kata sementara jumlah suku katanya pula antara lapan hingga sebelas suku kata bagi setiap baris.
7.     Rima akhir pantun ialah abcabc, iaitu rima akhir pada baris pertama sama dengan rima akhir baris pada baris keempat, sementara rima akhir pada baris kedua sama dengan rima akhir pada baris kelima, dan rima akhir baris ketiga sama dengan rima akhir pada baris keenam.
8.     Pantun menjadi alat pengucapan untuk mengungkap perasaan hiba, sayu,sedi, gembira,rindu,dendam dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu perkara.
9.     Oleh sebab itu, pantun dinamakan mengikut isi pantun berkenaan, misalnya pantun kanak-kanak, pantun orang muda, pantun orang tua, pantun budi, pantun kiasan dan sebagainya.
10.                       Pantun merupakan puisi tradisional yang paling popular dalam kalangan masyarakat Melayu sehingga hari ini. 


Syair 
1.     Syair ialah karangan berangkap dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
2.     Setiap baris merupakan maksud kerana syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.
3.     Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana saling berkait dengan rangkap-rangkap lain.
4.     Keseluruhan rangkap syair mengungkapkan sesuatu maksud secara kesatuan.
5.     Setiap baris dalam syair biasanya mengandungi empat patah kata yang berjumlah antara lapan hingga dua belas suku kata.
6.     Rima akhir syair ialah aaaa. Lihat contoh yang berikut:

            Supaya disangka ianya wali,           [a]
            Akan dunia tidakpeduli,                 
  [a]
            Hemahnya itu sangatlah ali,      
     [a]
            Tetapi hatinya ke dunia bertali.    
  [a] 

7.     Syair selalu membawa isi yang berkaitan dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan cerita yang berunsur sejarah atau dongeng.


Gurindam    
1.     Gurindam ialah karangan berangkap yang terdiri daripada dua baris serangkap.
2.     Namun demikian, ada juga gurindam yang lebih bebas dari segi jumlah kata pada setiap rangkap dan rima akhirnya.
3.     Rima akhir gurindam ialah aa
4.     Baris pertama dalam gurindam mengandungi soalan, syarat atau perjanjian, sementara baris kedua pula merupakan jawapan, akibat atau kesimpulannya. Lihat contoh yang berikut: 

            Hendak pandai menghargai masa,  [a] –syarat / perjanjian
            Jangan dinanti esok lusa.                  
 [a] –akibat / kesimpulan  

5.     Isi gurindam berupa nasihat, pengajaran atau kebenaran yang disampaikan dengan bahasa yang lebih padat dan bernas. 


Seloka    
1.     Seloka dapat dirumuskan sebagai gurau senda yang mengungkapkan sindiran yang ditulis dalam bahasa puisi.
2.     Setiap rangkap seloka selalunya terdiri daripada empat baris
3.     Namun begitu, ada juga seloka yang berbentuk bebas yang mengandungi kurang atau lebih daripada empat baris serangkap.
4.     Jumlah kata pada setiap baris tidak tetap dan rima hujungnya bebas.
Isi seloka mengandungi unsur pengajaran dan nasihat yang disampaikan dalam nada mengejek atau menyindir.  


Saturday, 14 July 2012

DEFINISI GENRE SASTERA –novel, cerpen dan drama-

Novel
1.     Novel merupakan suatu prosa cereka yang panjang dan kompleks yang menceritakan kisah kehidupan manusia dan kelakuan social mereka.
2.     Tema dan persoalan  dalam novel lebih luas. Maksudnya pengarang mengemukakan satu persoalan utama di samping pelbagai persoalan lain juga.
3.     Watak dalam novel pun lebih banyak jika dibandingkan dengan watak dalam cerpen.
4.     Plot novel lebih kompleks.
5.     Latar tempat dalam novel lebih luas sementara latar masanya lebih panjang.
6.     Genre novel merupakan suatu genre yang popular dalam kalangan pembaca.


Cerpen 
1.     Cerpen merupakan akronim daripada frasa cerita pendek.
2.     Cerpen sering didefinasikan sebagai cerita rekaan yang pendek dan dihasilkan dalam bentuk prosa.
3.     Walaupun dianggap cerita rekaan, maksudnya bukan benar-benar berlaku, namun bukan semua cerpen khayalan belaka. Banyak pengarang yang menggabungkan kisah benar dangan imaginasi mereka untuk menghasilkan cerpen.
4.     Cerpen boleh dibahagikan kepada dua,iaitu:
(a)   Cerpen pendek yang panjangnya antara 500 hingga 2 000 patah perkataan.
(b) Cerpen panjangg yang panjangnya antara 12 000 hingga 15 000 pata perkataan.
5.      Oleh sebab cerpen tidak sepanjang novel,maka pengarang hanya mengemukakan satu tema dan persoalan.
6.     Cerpen terdiri daripada satu plot saja, tiada subplot atau plot sampingan.
7.     Jumlah watak dalam cerpen adalah terhad,lazimnya hanya satu atau dua watak yang diberi perana sebagai protagonis atau antagonis untuk menggerakkan cerita.
8.     Latar dalam cerpen singkat, terhad dan ruang cakupannya tidak luas.


Drama 
1.     Drama ialah cerita tentang kehidupan yang ditulis untuk dilakonkan oleh pelakon-pelakon tertentu supaya dapat ditonton oleh orang ramai.
2.     Drama menggambarkan kehidupan secara mengemukakan konflik dan emosi melalui aksi dan dialog para watak.
3.     Aksi watak dalam persembahan drama sangat penting kerana drama menyuguhkan cerita melalui aksi. Hal ini berbeza daripada cereka yang “menyuguhkan cerita melaui penceritaan”. 
4.     Dalam pementasan drama, aksi dan dialog antara para watak selalunya dibantu melalui susunan prop,kostum, muzik, kesan bunyi, nyanyian atau tarian.  

Wednesday, 6 June 2012

PERIbahasa


PERIBAHASA digunakan dalam karangan supaya karangan kita menjadi lebih gramatis dan  menarik untuk dibaca. Dalam menggunakan sesuatu peribahasa kita mesti mengetahui maksud peribahasa tersebut.

Berikut adalah maksud peribahasa:

Ada Udang Di Sebalik Batu
  -    Ada tujuan tertentu di dalam perbuatan yang dilakukannya.

Alah Bisa Tegal Biasa
  • Kerja yang susah akan menjadi senang bila selalu dibuat.

Air Ditetak Tidak Akan Putus
   -    Hubungan keluarga itu tidak dapat diceraikan walaupun terjadi pergaduhan.
   -    Perkelahian antara adik-beradik itu akhirnya berbaik-baik semula.

Air Yang Tenang Jangan Disangka Tiada Buaya
  -    Orang pendiam itu jangan disangka bodoh atau penakut.

Bagai Enau Di Dalam Belukar, Melepaskan Pucuk Masing-masing
  -    Orang yang tidak mahu bekerjasama di antara mereka, yang hendak senang
       sendiri. 

Bagai Bulan Dipagar Bintang
  -    Gadis cantik dikelilingi orang gadis-gadis yang cantik juga.

Bagai Kumbang Putus Tali
  -   Lari dengan pantas apabila terlepas daripada kesusahan.

Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya
  -   Anak itu mengikut kelakuan ibubapanya.

Bagai Telur Di Hujung Tanduk
  -   Keadaan yang sangat berbahaya.

Bagai Manatang Minyak Yang Penuh
  -   Memelihara anak atau isteri dengan cukup kasih sayang.

Bagai Pinag Dibelah Dua
  -   Pengantin yang sama padan.

Bahasa Jiwa Bangsa
  -   Bahasa itu memasyhurkan bangsanya.

Belakang Parang Diasah Lagikan Tajam
  -   Orang yang bodoh itu kalau diajar akan pandai juga.

Belum Duduk Sudah Terlanjur
  -   Buat kerja sebelum sampai masanya.

Berakit-rakit Ke Hulu, Berenang-renang Ke Tepian
  -   Bekerja susah dadulu tetapi kemudiannya mendapat senang.

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul
 -    Pekerjaan yang nampak berat itu terasa lebih berat lagi pada orang yang membuatkannya.

Berjagung-jagung Dulu Sementara Menantikan Padi Masak
 -   Sebelum mendapat kerja yang baik, buatlah kerja yang  kurang baik tetapi berguna.

Bertepuk Tangan Sebelah Tak Akan Berbunyi
 -   Sesuatu kejadian itu tidak mungkin berlaku kalau dari satu pihak saja.

Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat Jangan Sekali
 -   Buat baik hendaklah secukupnya saja dan janganlah buat jahat walaupun sekali.

Biar Putih Tulang, Jangan Putih Mata
  -    Rela mati daripada menyerah kalah.

Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan
  -   Semua orang ada membuat kesalahan.

Cari-Cari Bulu Ayam Lama-Lama Bercantum Juga
 -    Pergaduhan di antara adik-beradik akhirnya berbaik juga.

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan
 -    Kalau ada cita-cita tentulah ada usaha supaya berjaya.

Diam Ubi Berisi, Diam Penggali Berkarat
 -   Diam orang pandai itu berfaedah, tetapi diam orang bodoh itu tidak berguna.

Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang
 -   Membuat kerja yang susah hendaklah sabar hingga berjaya.

Hangat-Hangat Tahi Ayam
 -   Mula-mula saja bersungguh-sungguh, tetapi akhirnya malas atau tidak bersungguh-sungguh.

Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih
 -    Kalau ada kemahuan, sesuatu kerja itu boleh dibuat tanpa ada alasan yang bermacam-macam.

Hilang Bahasa Lenyap Bangsa
 -   Sesuatu bangsa itu tidak akan dikenal jika bahasanya tidak di guna pakai lagi.

Indah Kabar Dari Rupa
 -   Perkabaran yang dibesar-besarkan daripada keadaan yang sebenarnya.

Ingat Sementara Belum Kena, Jimat Sementara Belum  Habis
 -   Hendaklah beringat-ingat sebelum mendapat susah.

Ibarat Telur Sesangkak, Pecah Sebiji Pecah Semuanya
 -   Kesepakatan yang sangat teguh, di dalam sesuatu kumpulan.

Jauhari Juga Yang Mengenal Manikam
 -   Orang yang bijaksana juga yang mengetahui faedah sesuatu perkara.

Jerat Tak Lupakan Pelanduk, Tetapi Pelanduk Lupakan Jerat
 -   Yang menipu itu biasanya, tidak ingat, tetapi yang kena tipu itu akan sentiasa ingat.

Kalah Jadi Abu, Menang Jadi Arang
 -   Dalam sesuatu pergaduhan, kalah atau menang sama saja, iaitu merugikan kedua-dua belah pihak.

Kalau Tak Kerana Angin Takkan Pokok Bergoyang
 -   Jika perkara itu tidak berlaku bagaimana pula orang boleh mendapat tahu.

Kecil Tapak Tangan Nyiru Ditadahkan
 -   Untuk menyatakan sangat berterima kasih atas pertolongan orang.

Lembu Punya Susu Sapi Punya Nama
 -   Lain orang yang buat kerja, lain pula yang dapat pujian.

Masa Itu Emas
 -   Masa itu sangat berguna

Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya
 -   Mendidik anak-anak hendaklah dari kecil lagi.

Melepaskan Batuk Di Tangga
 -   Membuat kerja dengan lebih kurang saja.

Membuang Garam Ke Laut
 -  Sia-sia saja menolong orang yang senang hidupnya.

Mendukung Biawak Hidup
 -  Sengaja membuat kerja yang menyusahkan diri sendiri.

Nasi Sudah Menjadi Bubur
 -   Kerosakan yang tidak dapat dibaiki lagi.

Orang Berbudi Kita Berbahasa
 -   Orang memberi kita merasa.

Pagar Makan Padi
 -  Orang yang dipercayai itu membuat khianat.

Rambut Sama Hitam Hati Lain-lain
 -  Lain orang lain pula kemahuannya.

Ringan Sama Dijinjing, Berat Sama Dipikul
 -   Hendaklah tolong-menolong di dalam membuat kerja, sama ada yang senang atau susah.

Sambil Menyelam Minum Air
 -   Membuat dua kerja dalam satu masa.

Seperti Aur Dengan Tebing
 -   Menunjukkan kerjasama yang kuat di antara dua pihak.

Seperti Anak Ayam Kehilangan Ibu
 -   Mendapat susah kerana kehilangan orang yang diharapkan.

Seperti Cicak Makan Kapur
 -  Orang a yang mendapat malu dalam suatu majlis sebab kesalahannya.

Seperti Cincin Dengan Permata
 -  Sepasang pengantin yang sama cantik.

Seperti Embun Di Hujung Rumput
 -   Kasih sayang yang sekejap saja.

Seperti Hujan Jatuh Ke Pasir
 -   Pemberian atau nasihat yang tidak dihargai.

Seperti Kaca Jatuh Ke Batu
 -   Tersangat dukacita kerana kehilangan seseorang yang dicintai.

Seperti Kacang Lupakan Kulit
 -  Melupakan orang yang telah menolongnya.

Seperti Kera Mendapat Bunga
 -   Mendapat sesuatu yang tidak berguna kepadanya.

Seperti Ketam Menyuruh Anaknya Berjalan Betul
 -   Menyuruh orang lain berkelakuan baik tetapi ia sendiri tidak betul perangainya.

Seperti Lipas Kudung
 -   Gerak-geri yang sangat cepat.

Seperti Murai Dicabut Ekor
 -   Orang yang selalu bercakap-cakap.

Seperti Pahat Dengan Pemukul
 -   Bila disuruh baru hendak buat kerja.

Seperti  Pungguk Rindukan Bulan
 -   Menuggu sesuatu yang sangat diharapkan tetapi tidak akan berjaya.

Seperti Rumput Ditengah Jalan
 -   Keadaan hidup yang susah.

Seperti Rusa Masuk Kampung
 -  Tercengang-cengang apabila masuk ke satu tempat.

Seperti Ular Kena Palu
 -  Sesuatu yang bengkang-bengkok.

Sesal Dulu Pendapatan , Sesal Kemudian Tidak Berguna
 -   Fikir baik-baik sebelum berbuat sesuatu kerja supaya tidak menyesal kemudian.

Siapa Makan Lada Dia Merasa Pedas
 -  Siapa yang buat salah dia akan terasa malu.

Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
 -   Mendapat kemalangan berulang-ulang dalamm waktu yang pendek.

Talam Dua Muka
 -  Orang yang berbuat baik di antara dua pihak yang bermusuh.

Takut Kerana Salah , Berani Kerana Benar
 -   Orang yang Bersalah itu akan berasa takut, dan tentu berani kalau tidak bersalah.

Tanam Tebu Di Bibir Mulut
 -  Cakapnya saja baik tetapi di dalam hatinya bermaksud jahat.

Terlajak Perahu Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya
 -  Percakapan yang sudah keluar itu tidak dapat ditarik balik dan kita sendiri menerima akibatnya.

Terlepas Dari Mulut Harimau, Masuk Ke Mulut Buaya
 -   Terlepas dari satu kemalangan, lalu ditimpa ole kemalangan yang lain pula.

Yang Dikerja Tak Dapat, Yang Dikendung Berciciran
 -   Hendakkan untung yang lain, untung yang ada habis hilang.

Saturday, 24 March 2012

Syair Pemberontakan Patani


Puisi Tradisional -Tingkatan 5
  ~ Syair Pemberontakan Patani ~
Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

Maksud
Rangkap 1:
Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman.
Rangkap 2:
Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.
Rangkap 3:
Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara.
Rangkap 4:
Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.
Rangkap 5:
Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara.
Rangkap 6:
Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah.
Rangkap 7:
Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban.
Rangkap 8:
Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.
Rangkap 9:
Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.
Rangkap 10:
Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-panji/perintah Raja Senggora.

Tema
Syair ini mengemukakan tema tentang tanggungjawab seorang laksamana melaksanakan perintah raja.

Persoalan
1. Persoalan kesetiaan terhadap pemimpin.
2. Persoalan mematuhi arahan pemerintah.
3. Persoalan kepentingan negara menjadi keutamaan bagi setiap rakyat.
4. Persoalan keamanan negara tanggungjawab kita.

Bentuk
1. Rima akhir aaaa
2. Syair ini mengandungi sepuluh rangkap.
3. Setiap rangkap mengandungi empat baris.
4. Jumlah perkataan antara tiga hingga lima patah kata setiap baris.
5. Jumlah suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata setiap baris.

Gaya Bahasa
1. Diksi (Bahasa Melayu Klasik)
Contoh: masyghul, dura, pegari, peri dan sebagainya.
2. Asonansi
Contoh: Laksamana dititahkan betara (pengulangan vokal ’a’)
3. Aliterasi
Contoh: Barang yang hendak dihukumkan (pengulangan konsonan ’n’)
4. Kata ganda
Contoh: Huru-hara, terkata-kata, bersegera-segera.

Nilai
1. Nilai kesetiaan
Contoh: Setia kepada pemerintah dan negara
2. Nilai amanah
Contoh: Laksamana melaksanakan amanah betara.
3. Nilai cinta akan negara
Contoh: Laksamana sanggup tinggalkan bondanya yang sakit demi negara.

Pengajaran
1. Kita hendaklah melaksanakan amanah yang diberikan.
2. Kita haruslah akur dengan arahan pemimpin demi kepentingan negara.
3. Kita perlulah mengutamakan kepentingan negara daripada kepentingan diri.
4. Kita hendaklah setia kepada raja dan negara.
5. Kita janganlah bersedih dengan keputusan yang diambil sekiranya mendatangkan kebaikan kepada orang lain.