Novel
1. Novel merupakan suatu prosa cereka
yang panjang dan kompleks yang menceritakan kisah kehidupan manusia dan
kelakuan social mereka.
2. Tema dan persoalan
dalam novel lebih luas. Maksudnya
pengarang mengemukakan satu persoalan utama di samping pelbagai persoalan lain
juga.
3. Watak dalam novel pun lebih banyak jika dibandingkan dengan watak dalam cerpen.
4.
Plot novel lebih
kompleks.
5. Latar tempat dalam novel lebih luas sementara latar masanya lebih panjang.
6. Genre novel merupakan suatu genre yang
popular dalam kalangan pembaca.
Cerpen
1. Cerpen merupakan akronim daripada
frasa cerita
pendek.
2. Cerpen sering didefinasikan sebagai cerita rekaan
yang pendek dan dihasilkan dalam bentuk prosa.
3. Walaupun dianggap cerita rekaan,
maksudnya bukan benar-benar berlaku, namun bukan semua cerpen khayalan belaka.
Banyak pengarang yang menggabungkan kisah benar dangan imaginasi mereka untuk
menghasilkan cerpen.
4. Cerpen boleh dibahagikan kepada dua,iaitu:
(a) Cerpen pendek yang panjangnya antara 500 hingga 2 000
patah perkataan.
(b) Cerpen panjangg yang panjangnya antara 12 000 hingga 15 000
pata perkataan.
5. Oleh sebab cerpen tidak sepanjang novel,maka
pengarang hanya mengemukakan satu tema dan persoalan.
6. Cerpen terdiri daripada satu plot saja,
tiada subplot atau plot sampingan.
7. Jumlah watak dalam cerpen adalah terhad,lazimnya hanya satu atau dua watak yang
diberi perana sebagai protagonis atau antagonis untuk menggerakkan cerita.
8. Latar dalam cerpen singkat, terhad dan
ruang cakupannya tidak luas.
Drama
1. Drama ialah cerita tentang kehidupan
yang ditulis untuk dilakonkan oleh
pelakon-pelakon tertentu supaya dapat ditonton oleh orang ramai.
2. Drama menggambarkan kehidupan secara mengemukakan konflik dan emosi melalui aksi dan dialog para
watak.
3. Aksi watak dalam persembahan drama
sangat penting kerana drama menyuguhkan cerita melalui aksi. Hal ini berbeza
daripada cereka yang “menyuguhkan cerita melaui penceritaan”.
4. Dalam pementasan drama, aksi dan
dialog antara para watak selalunya dibantu melalui susunan prop,kostum, muzik,
kesan bunyi, nyanyian atau tarian.