WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Sunday 5 May 2013

Apa itu Internet?


  • Internet merupakan kumpulan gabungan rangkaian (network) di seluruh dunia yang menggabungkan berjuta-juta komputer sama ada di rumah ataupun pejabat.
- Ia melibatkan sistem pengkomputeran secara jarak jauh bagi pencarian maklumat, surat elektronik (e-mail), penghantaran fail dan perbincangan kumpulan pengguna komputer. Bermula pada tahun 1960-an dalam bidang ketenteraan di US.


- Berkembang kepada perniagaan, perhubungan, pelajaran, rekreasi dan pelbagai bidang untuk pencapaian maklumat.

-World Wide Web (WWW) - 1989 atau ringkasnya WEB adalah satu tempat yang popular yang terdiri daripada berbilion halaman (page) yang mengandungi teks, grafik, suara, animasi, vitual reality dan lain-lain. 

-Internet juga merupakan satu perkampungan global seluruh dunia (global village) yang tiada sekatan undang-undang setakat ini ( Malaysian Cyber-Law), tiada polis atau peraturan trafik.

Bagaimanakah Internet Berfungsi ?

- Server mengandungi "Web Pages" (WWW) yang dihubungkan di seluruh dunia di mana ia dijalankan oleh suatu organisasi atau individu yang bersetuju untuk berkongsi maklumat dan sumber.

- Bila ada permintaan untuk mencapai sesuatu maklumat, komputer kita akan dihubungkan kepada "remote server" dengan menggunakan "IP address".

- Setelah permintaan diterima, server akan membahagikan maklumat tadi kepada beberapa 'paket' di mana paket tersebut, mengandungi bit-bit maklumat daripada pecahan maklumat-maklumat tadi.

-Bahagian pertama setiap paket yang dihantar adalah melalui alamat IP (Alamat IP komputer kita).

- Bila paket maklumat tersebut disalurkan kepada komputer, ia akan digabungkan seperti maklumat asal bagi membolehkan kita membaca dan membuat tindakan seterusnya.

- Paket ini akan dihantar melalui kabel network dan talian telefon. 

- Setiap paket mengandungi alamat IP yang akan melalui "Local gateway" ( Jaring atau TMnet ).

- Keseluruhan proses penghantaran data dikawal oleh "networking protocol" yang dikenali TCP / IP (transmission Control Protocol / Internet Protocol).