-Pengertian “Pemanduan Berhemah”
- Pemanduan Berhemah ialah pemanduan yang dapat menyelamatkan anda. Pemanduan berhemah adalah salah satu pendekatan kepada tugas pemanduan apabila amalannya boleh mengurangkan kemalangan.
- Pemanduan berhemah adalah
pemanduan untuk mengelakkan kemalangan akibat kesalahan pemandu-pemandu dan
halangan-halangan yang lain di jalan raya. Ia meliputi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang betul ketika memandu.
- Menurut Duanne. R. Johnson (1979), pemanduan berhemat bermaksud pemandu bersedia menghadapi keadaan halangan yang disediakan oleh pemandu lain atau keadaan jalan raya melalui teknik ' Identify, Predict, Decide and Act' IPDA (Mengenalpasti, meramal, membuat keputusan dan bertindak).
- Pembentukan teknik pemanduan berhemah melibatkan kefahaman undang-undang lalulintas, penggunaan isyarat kenderaan dan isyarat tangan, kesopanan pemandu dan kefahaman aspek-aspek mekanikal kenderaan. Ini akan meninggikan keupayaan anda untuk menjangkakan kesan daripada keadaan lalulintas, cahaya, cuaca, jalan dan pemandu dengan dengan lebih tepat dan berkesan. Tujuan pemanduan berhemah ialah untuk mengajar pemandu tentang cara menamatkan setiap perjalanan supaya tidak :-
- melewatkan jadual perjalanan
- menyalahgunakan kenderaan
- menghilangkan sifat kesopanan
- melakukan kesalahan lalulintas
-Cara-cara Mencegah Kamalangan
Terdapat 3 langkah penting untuk mencegah berlakunya kemalangan iaitu:-
1. Menjangka Bahaya
=Fikirkan apa yang akan berlaku / mungkin akan berlaku di hadapan anda.
=Ambil langkah-langkah yang mungkin untuk menghindarkannya
=Jangan mengandaikan semuanya berada dalam keadaan baik
=Fikirkan apa yang akan berlaku / mungkin akan berlaku di hadapan anda.
=Ambil langkah-langkah yang mungkin untuk menghindarkannya
=Jangan mengandaikan semuanya berada dalam keadaan baik
2. Fahami Langkah
Keselamatan
=Untuk mengelakkan kemalangan dalam semua keadaan untuk digunakan apabila diperlukan.
=Untuk mengelakkan kemalangan dalam semua keadaan untuk digunakan apabila diperlukan.
3. Bertindak dengan Cepat
=Apabila melihat bahaya, anda haruslah bertindak dengan cepat untuk mengelakkan bahaya tersebut.
=Apabila melihat bahaya, anda haruslah bertindak dengan cepat untuk mengelakkan bahaya tersebut.
Sumber