WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Tuesday, 9 April 2013

Latar Belakang Bahasa Malaysia


ASAL USUL BANGSA DAN BAHASA MELAYU

1. Latar belakang bangsa dan bahasa Melayu masih kabur. Banyak sarjana yang masih menkaji asal usul mereka. Antara sarjana yang aktif mengkaji asal usul bangsa Melayu ini ialah Hendrik Kern, Von Heine-Geldern, Nicolaas J. Krom, Van Ronsel, N.H. Kerne, Hallander, dan Reinhold Rost.

2. Orang Melayu dikatakan berasal dari daerah Yunan di China selatan. Mereka mengembara ke selatan melalui lembah Sungai Mekong Kira-kira 2,500 hingga 1,500 tahun sebelum masehi. Perjalanan mereka dibuat secara beransur-ansur, mengikut jalan laut sehingga membawa mereka ke Filipina, Guam sehinggalah ke Kepulauan Mikronesia, Malenesia, dan Polinesia. Ke selatan mereka menempuh Pulau Borneo, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa dan Nusa Tenggara serta ke Pulau Malagasy di timar benua Afrika.

3. Pada asalnya, mereka ini menuturkan bahasa yang sama. Namun penghijrahan ini telah menghasilkan bahasa yang berbeza-beza, iaitu:
a. Kelompok utara. Terdiri daripada bahasa-bahasa Formosa, Filipina, Pulau Marianna, Sulawesi Utara, beberapa bahasa Borneo, pulau di sekitar Sumatera, dan Malagasy.
b. Kelompok barat. Terdiri daripada bahasa-bahasa Sumatera, Jawa, Bali, Borneo Selatan, Semenanjung Tanah melayu, Cham dan beberapa kelompok kecil di daratan Tenggara Asia.
c. Kelompok timur yang terdiri daripada bahasa-bahasa dari Simbawa ke Timor dan Utara Irian.

4. Orang-orang ini menggunakan dua jalan dalam penghijrahan ini,iaitu:
a. Jalan Sa-Huyunh-Kalanay. Bergerak melalui pesisir daratan Asia ke Vietnam dan seterusnya ke Semenanjung Tanah Melayu, sebelum bergerak ke Borneo, Palawan dan Visayan, Indonesia, dan akhirnya ke Irian. Mereka mungkin terus berhijrah ke Malenesia hingga ke New Caledonia dan Fiji.
b. Jalan Bau-Melayu. Bergerak ke Formosa, Selatan Jepun dan kemudian ke Filipina, Borneo, Sumatera dan ke utara arah Semenanjung Tanah Melayu, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

5. Terdapat 2 teori yang banyak dijadikan pegangan berhubung asal usul orang Melayu ini, iaitu:
a. Teori Von Heine-Geldern. Menyimpulkan bahawa orang Melayu dan bahasa Melayu mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang Mon-Khmer. Inilah teori awal tentang sejarah bahasa orang Melayu, iaitu dari sekitar Khmer atau Kemboja hari ini.
b. Teori Hendrik Kern. Menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari Tanah Tinggi Yunan. Teori ini diterima umum.

6. Sejarah manusia Melayu dikatakan bermula kira-kira 2500 sebelum masehi. Sekumpulan puak yang besar dari Yunan di China mengembara ke arah selatan, iaitu ke daerah-daerah di Asia Tenggara. Kumpulan ini dinamakan Indo-Melayu atau Austronesia. Merekalah yang menjadi asas terhadap penduduk Asia Tengara sekarang ini. Kumpulan ini juga dinamakan Melayu Proto. Mereka mendiami kawasan pinggir sungai dan hutan yang subur.

7. Kira-kira 1500 sebelum masehi , sekumpulan puak yang lebih besar datang ke selatan. Puak ini dinamakan Melayu Deutro. Terdapat perbezaan puak Melayu Proto dengan Melayu Deutro, seperti:
a. Melayu Duetro dikatakan lebih bijak, cekap dalam pelayaran dan menguasai ilmu bintang. Mereka dapat belayar lebih jauh ke selatan, iaitu di Kepulauan Melayu dan Kepulauan Pasifik dan kemudian membuat petempatan di sana. Di sinilah bermulanya perkembangan manusia dan bahasa Melayu sekarang ini.
b. Tamadun Melayu Deutro lebih tinggi daripada Melayu Proto.
c. Bilangan Melayu-Deutro lebih ramai. Mereka mudah dapat memnduduki kawasan-kawasan subur yang sebelum ini didiami oleh Melayu Proto. Ini memaksa puak Melayu proto melarikan diri ke gunung-ganang dan hutan rimba yang masih belum diduduki. Mereka inilah yang menjadi asas kepada orang asli sekarang ini.

8. Orang-orang Melayu Deutro ini mulanya mempunyai bahasa yang sama untuk berkomunikasi. Namun bahasa tersebut berkembang menjadi bahasa yang berainan. Ini kerana:
a. Mereka terpisah dengan kumpulan yang lain yang menyebabkan bahasa mereka yang asal itu berkembang terbatas di daerah masing-masing.
b. Bahasa mereka yangasal itu mengalami perubahan disebabkan keperluan setempat dan corak ekonomi. Mereka menyesuaikan bahasa asli mereka engan suasana kehidupan mereka di pulau itu.
c. Bahasa yang asal itu menerima pengaruh luar yang berbeza-beza di antara satu tempat dengan tempat lain.

9. Perkembangan bahasa yang berbeza-beza itu menyebabkan bahasa yang asal melahirkan bahasa atau dialek yang berlainan.  Antara bahasa yang timbal akibat perbezaan perkembangan bahasa ini adalah Minangkabu, Dayak, Batak, Jawa, Tagalog dan sebagainya.

10.Walaupun berbeza, namun penelitian menunjukkan bahasa-bahasa itu mempunyai asas yang sama. Banyak perbendaharaan kata mereka yang sama, Cuma disebut dengan bunyi atau intonasi yang berlainan. Bahasa asal mereka yang sama itu disebut bahasa Melayu konu. Contonhnya bagi kata “padi”: padi (Aceh), eme (Batak), faghe (Nias), pare (Sunda), pari (Jawa), pale (Gorontalo), pare (Macasar), pala (Buru), ane (Timor), padi (Bali), bade (Roti) dan parai (Dajak).

Sumber dari buku STPM BAHASA MELAYU