WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Saturday 18 May 2013

Kelemahan Daya Ingatan dan Keupayaan Mengingatnya Kembali

Antara faktor yang menyebabkan lupa :


1. Maklumat yang tidak digunakan dalam tempoh yang terlalu lama.

 - Sesuatu maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka panjang dan tidak kerap digunakan akan menjadi kabur dan lama-kelamaan maklumat itu akan hilang daripada ingatan.

 - Keusangan juga berlaku pada daya ingatan dengan tempoh masa . Makin lama jarak masa antara masa mempelajari sesuatu bahan dengan masa bahan itu dikehendaki diingati, maka makin kabur maklumat atau bahan pembelajaran itu sehingga menjadi luput daripada ingatan.

2. Kegunaan dan kepentingan maklumat tidak berkaitan dengan kehidupan dan pengalaman seharian serta masa hadapan pelajar.

 - Apabila pelajar tidak dapat melihat kegunaan dan kepentingan sesuatu maklumat kepadanya dalam menempuhi aktiviti sehari-hari, pelajar itu akan lebih mudah lupa akan maklumat itu.

 - Sekiranya maklumat itu memberi makna atau pengertian dan mempunyai perkaitan dengan pengalaman sehariannya, maka maklumat tersebut tidak akan mudah dilupakan.

3. Minat yang kurang mendalam pada sesuatu perkara pembelajaran. 

- Perkara yang kurang diminati atau tidak menarik perhatian seorang pelajar biasanya lebih mudah dilupakan.
- Pelajar tidak akan memberi tumpuan atau perhatian sepenuhnya ke atas sesuatu perkara yang kurang diminatinya.
- Pelajar juga tidak akan berusaha untuk melihat perkaitan antara maklumat yang dipelajari dengan kegunaan dan kepentingannya kepada kehidupan seharian pelajar itu.

4. Kebimbangan dan tekanan.

 - Kelupaan juga lebih mudah berlaku apabila seseorang berasa bimbang, cemas, takut atau sedang menghadapi tekanan.
- Sebagai contoh, pelajar kerap kali tidak dapat mengingati isi pelajaran semasa sedang membuat ujian atau peperiksaan.
- Walau bagaimanapun, di luar bilik peperiksaan, pelajar dengan mudah boleh mengingat kembali perkara yang dia lupa semasa menduduki peperiksaan.

5. Tempoh masa yang diberikan untuk proses mengingat kembali adalah terlalu singkat.

 - Pelajar perlu memberi masa yang cukup untuk mengingat kembali perkara-perkara yang berkaitan dengan soalan yang hendak dijawab.
- Tempoh masa yang diberi bagi menjawab soalan selalunya dirasakan tidak cukup oleh pelajar dan ini menyebabkan kebimbangan dan tekanan kepada pelajar sehingga proses mengingat kembali sering terganggu.
- Dengan latihan, pelajar pasti dapat melatih dan membiasakan diri dengan masa yang diberikan bagi mengigat kembali perkara-perkara yang berkaitan.

6. Gangguan disebabkan oleh kaedah pembelajaran yang seakan-akan sama secara bertindih.

 -
Lupa boleh berlaku sekiranya maklumat pembelajaran yang seakan-akan  sama dipelajari secara bertindih.
- Gangguan dan kekeliruan berlaku dan pelajar akan lebih mudah lupa perkara yang telah dipelajarinya terlebih dahulu.


Cara meningkatkan daya ingatan :-

1. Pelajar harus menegaskan motif atau tujuan ingatan sebagai satu daripada unsur penting dalam proses pembelajaran.

 - Pembelajaran yang berkesan bererti bukan sahaja pelajar memahami bahan pembelajaran tetapi boleh juga mengingat kembali bahan yang boleh digunakan untuik menyelesaikan sesuatu masalah yang berkaitan.

2. Pastikan bahawa bahan pelajaran serta aktiviti pembelajaran adalah bermakna dan berkaitan dengan kehidupan seharian pelajar.
- Cara ini dapat menarik perhatian serta dapat meningkat daya ingatan pelajar.

3. Setiap pembelajaran perlu disusuli dengan latihan yang berkaitan dan ulangan.
- Makin kerap sesuatu rangsangan  dan gerak balas itu diulang-ulangkan, makin kuat pula pertalian di antara rangsangan dengan gerak balas.

4. Untuk mata pelajaran seperti matematik dan sains, latihan perlu di buat sedikit demi sedikit secara berterusan dan berulang-ulang.
- Dengan cara sedemikian, sesuatu kemahiran melalui gerak balas latihan yang berulang-ulang akandapat di peroleh hingga pada tahap yang baik dan tidak mudah dilupakan.

5. Pelajar harus cuba menghapuskan unsur kebimbangan dan ketakutan semasa belajar.
- Cuba wujudkan suasana yang selesa, seronok dan mesra.
-Pelajar akan lebih mudah memahami serta membina konsep yang jelas dalam suasana ini.
- Pembentukan konsep yang jelas membantu mengukuhkan ingatan.

6. Pelajar hendaklah cuba melibatkan diri secara aktif di dalam bilik darjah.
- Penggunaan pelbagai alat bantuan mengajar yang bersesuaian oleh guru melibatkan penggunaan pelbagai jenis deria pelajar.
- Penggunaan deria dalam situasi pembelajaran akan dapat meningkatkan daya ingatan pelajar.

7. Pelajar mesti cuba dan pandai  mengaitkan bahan pelajaran yang baru dengan bahan pelajaran yang berkaitan yang telah dipelajari.
- Kaitkan bahan yang berkaitan untuk membantu ingatan .

8. Gunakan singkatan atau akronim yang anda bina sendiri atau diperoleh daripada orang lain.
- Penggunaan singkatan atau akronim seperti ini akan dapat membantu ingatan, sungguhpun singkatan tersebut tidak membawa apa-apa pengertian yang munasabah, asalkan anda mudah mengingatnya.