- Daily Attendance at School Please ensure that your child is present in school every day and not be in the habit of missing classes.
- Proper Schedule for Study and Revision Please ensure that your child follows a fixed timetable for study and revision.
- Discipline Help your child to discipline himself/herself and not be distracted by TV, telephone, computer games or friends.
- A Conducive Learning Environment Please provide a conducive environment for your child to do his/her studies without distraction. Let each child have a proper study table, a table lamp and a bookshelf. It is important that the child can study at the same place everyday.
- Responsibility At Home Please reduce the responsibility of your child in helping out at home during the examination period. This is to enable them to have sufficient time for their revision.
- Support Of The Family During the crucial examination period, children need to have the moral support of the family. Be with them, give encouragement and avoid giving them unnecessary stress and worries.
- Build Up Their Confidence Reassure your children that they can do their best if they have confidence in themselves.
- Important Of Good Health Please ensure your child has nutritious meals as well as sufficient sleep. Good health is vital for excellent performance.
- Relaxation At Appropriate Times Please allow your child time for relaxation and recreation.
- Punctuality And Honesty In Examinations Please ensure that your child is punctual and ready for the examination. Warn your child not to cheat during the examination.
Friday, 29 June 2012
10 steps to achieves academic excellence
Thursday, 14 June 2012
LANGKAH DALAM MENGURUSKAN MASA PADA TAHUN PEPERIKSAAN
PERTAMA -_ - SUBJEK-SUBJEK YANG
PERLU DIUTAMAKAN.
Apabila peperiksaan menjelang, jika anda mahu
menguruskan masa yang baik, pertama sekali anda perlu tahu apa matlamat anda untuk peperiksaan tersebut. Maksudnya, jika anda
ambil 8 subjek, apakah gred yang anda mahu capai?
Setelah anda tahu apa gred yang anda ingin capai, bayangkan, jika anda mengambil peperiksaan tersebut hari ini, apakah gred yang anda akan dapat? Adakah anda akan
dapat A jika anda ambil peperiksaan itu hari ini?
Katakan matlamat peperiksaan anda dalam subjek Sains
ialah gred A tetapi jika anda ambil peperiksaan itu hari ini, anda mungkin
hanya boleh mendapat gred C. Perbezaan antara gred A dan gred C itu boleh
memberi gambaran sebanyak mana masa yang anda perlu luangkan untuk subjek Sains
ini.
Hari ini, senaraikan semua subjek yang anda ambil dalam peperiksaan yang akan datang ini. Tetapkan
matlamat anda tentang gred apa yang anda ingin capai. Kemudian, fikirkan jika anda ambil
peperiksaan itu sekarang, apakah gred
yang anda akan dapat.
Setelah anda senaraikan semua itu, anda boleh lihat
subjek mana yang anda perlu beri lebih perhatian. Lihat pada mana-mana subjek
yang mempunyai jarak yang besar. Contohnya, jarak yang paling besar mungkin
jika gred matlamat ialah A tetapi gred jika ambil peperiksaan sekarang ialah E.
Apabila anda lihat subjek begini, anda perlu luangkan lebih banyak masa pada
subjek ini.
Apa yang dimaksudkan anda perlu luangkan lebih masa untuk subjek ini? Ia bermaksud, anda jika
subjek-subjek lain anda buat ulangkaji 3 jam seminggu, subjek yang anda lemah
ini anda perlu luangkan dua kali ganda masa yang anda ada contohnya anda
luangkan 6 jam masa mengulangkaji seminggu. Lebih baik lagi, anda tambahkan
lagi masa jika anda rasa ia masih tidak mencukupi.
Bukan sahaja masa mengulangkaji, anda perlu banyak gunakan masa semasa berada disekolah
untuk bertanya kepada guru anda. Minta
guru anda ajar mana-mana bahagian yang anda tidak faham. Jika ada guru lambat
masuk ke kelas, luangkan masa itu untuk belajar subjek tadi. Selalunya, anda
pasti ada kawan-kawan yang pandai dalam subjek tadi. Anda boleh bertanya kepada
kawan-kawan anda juga kerana selalunya, pelajar lebih mudah faham apabila
mendengar penerangan kawan-kawan mereka sendiri.
Kesimpulan untuk hari ini, mula fikirkan bagaimana
anda boleh luangkan lebih masa untuk subjek yang anda lemah. Anda ada banyak
masa sebenarnya tetapi anda mungkin tidak sedar selama ini di mana anda hilang
kebanyakan daripada masa anda itu. Masa yang anda banyak hilang selama ini amat
berharga kepada anda kerana anda perlu gunakannya untuk subjek-subjek yang anda
lemah.
Sekian.
MASA ITU EMAS.
YANG BULAT TIDAK DATANG BERGOLEK, YANG PIPIH TIDAK
DATANG MELAYANG.
Wednesday, 6 June 2012
PERIbahasa
PERIBAHASA digunakan dalam karangan supaya karangan kita menjadi
lebih gramatis dan menarik untuk dibaca.
Dalam menggunakan sesuatu peribahasa kita mesti mengetahui maksud peribahasa
tersebut.
Berikut adalah maksud peribahasa:
Ada Udang Di Sebalik Batu
- Ada tujuan tertentu di dalam perbuatan yang
dilakukannya.
Alah Bisa Tegal Biasa
- Kerja yang susah akan menjadi senang bila selalu dibuat.
Air Ditetak Tidak Akan Putus
- Hubungan keluarga itu tidak dapat
diceraikan walaupun terjadi pergaduhan.
- Perkelahian antara adik-beradik itu
akhirnya berbaik-baik semula.
Air Yang Tenang Jangan Disangka
Tiada Buaya
- Orang pendiam itu jangan disangka bodoh
atau penakut.
Bagai Enau Di Dalam Belukar,
Melepaskan Pucuk Masing-masing
- Orang yang tidak mahu bekerjasama di antara
mereka, yang hendak senang
sendiri.
sendiri.
Bagai Bulan Dipagar Bintang
- Gadis cantik dikelilingi orang gadis-gadis
yang cantik juga.
Bagai Kumbang Putus Tali
- Lari dengan pantas apabila terlepas daripada
kesusahan.
Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya
- Anak itu mengikut kelakuan ibubapanya.
Bagai Telur Di Hujung Tanduk
- Keadaan yang sangat berbahaya.
Bagai Manatang Minyak Yang Penuh
- Memelihara anak atau isteri dengan cukup
kasih sayang.
Bagai Pinag Dibelah Dua
- Pengantin yang sama padan.
Bahasa Jiwa Bangsa
- Bahasa itu memasyhurkan bangsanya.
Belakang Parang Diasah Lagikan
Tajam
- Orang yang bodoh itu kalau diajar akan
pandai juga.
Belum Duduk Sudah Terlanjur
- Buat kerja sebelum sampai masanya.
Berakit-rakit Ke Hulu,
Berenang-renang Ke Tepian
- Bekerja susah dadulu tetapi kemudiannya
mendapat senang.
Berat Mata Memandang, Berat Lagi
Bahu Memikul
- Pekerjaan yang nampak berat itu terasa
lebih berat lagi pada orang yang membuatkannya.
Berjagung-jagung Dulu Sementara
Menantikan Padi Masak
- Sebelum mendapat kerja yang baik, buatlah
kerja yang kurang baik tetapi berguna.
Bertepuk Tangan Sebelah Tak Akan
Berbunyi
- Sesuatu kejadian itu tidak mungkin berlaku
kalau dari satu pihak saja.
Buat Baik Berpada-pada, Buat Jahat
Jangan Sekali
- Buat baik hendaklah secukupnya saja dan
janganlah buat jahat walaupun sekali.
Biar Putih Tulang, Jangan Putih
Mata
- Rela mati daripada menyerah kalah.
Bumi Mana Tidak Ditimpa Hujan
- Semua orang ada membuat kesalahan.
Cari-Cari Bulu Ayam Lama-Lama
Bercantum Juga
- Pergaduhan di antara adik-beradik akhirnya
berbaik juga.
Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada
Jalan
- Kalau ada cita-cita tentulah ada usaha
supaya berjaya.
Diam Ubi Berisi, Diam Penggali
Berkarat
- Diam orang pandai itu berfaedah, tetapi diam
orang bodoh itu tidak berguna.
Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi
Arang
- Membuat kerja yang susah hendaklah sabar
hingga berjaya.
Hangat-Hangat Tahi Ayam
- Mula-mula saja bersungguh-sungguh, tetapi
akhirnya malas atau tidak bersungguh-sungguh.
Hendak Seribu Daya, Tak Hendak
Seribu Dalih
- Kalau ada kemahuan, sesuatu kerja itu boleh
dibuat tanpa ada alasan yang bermacam-macam.
Hilang Bahasa Lenyap Bangsa
- Sesuatu bangsa itu tidak akan dikenal jika
bahasanya tidak di guna pakai lagi.
Indah Kabar Dari Rupa
- Perkabaran yang dibesar-besarkan daripada
keadaan yang sebenarnya.
Ingat Sementara Belum Kena, Jimat
Sementara Belum Habis
- Hendaklah beringat-ingat sebelum mendapat
susah.
Ibarat Telur Sesangkak, Pecah
Sebiji Pecah Semuanya
- Kesepakatan yang sangat teguh, di dalam
sesuatu kumpulan.
Jauhari Juga Yang Mengenal Manikam
- Orang yang bijaksana juga yang mengetahui
faedah sesuatu perkara.
Jerat Tak Lupakan Pelanduk, Tetapi
Pelanduk Lupakan Jerat
- Yang menipu itu biasanya, tidak ingat,
tetapi yang kena tipu itu akan sentiasa ingat.
Kalah Jadi Abu, Menang Jadi Arang
- Dalam sesuatu pergaduhan, kalah atau menang
sama saja, iaitu merugikan kedua-dua belah pihak.
Kalau Tak Kerana Angin Takkan Pokok
Bergoyang
- Jika perkara itu tidak berlaku bagaimana
pula orang boleh mendapat tahu.
Kecil Tapak Tangan Nyiru Ditadahkan
- Untuk menyatakan sangat berterima kasih atas
pertolongan orang.
Lembu Punya Susu Sapi Punya Nama
- Lain orang yang buat kerja, lain pula yang
dapat pujian.
Masa Itu Emas
- Masa itu sangat berguna
Melentur Buluh Biarlah Dari
Rebungnya
- Mendidik anak-anak hendaklah dari kecil
lagi.
Melepaskan Batuk Di Tangga
- Membuat kerja dengan lebih kurang saja.
Membuang Garam Ke Laut
- Sia-sia saja menolong orang yang senang
hidupnya.
Mendukung Biawak Hidup
- Sengaja membuat kerja yang menyusahkan diri
sendiri.
Nasi Sudah Menjadi Bubur
- Kerosakan yang tidak dapat dibaiki lagi.
Orang
Berbudi Kita Berbahasa
- Orang memberi kita merasa.
Pagar Makan Padi
- Orang yang dipercayai itu membuat khianat.
Rambut Sama Hitam
Hati Lain-lain
- Lain orang lain pula kemahuannya.
Ringan Sama
Dijinjing, Berat Sama Dipikul
- Hendaklah tolong-menolong di dalam membuat
kerja, sama ada yang senang atau susah.
Sambil Menyelam
Minum Air
- Membuat dua kerja dalam satu masa.
Seperti Aur
Dengan Tebing
- Menunjukkan kerjasama yang kuat di antara
dua pihak.
Seperti Anak Ayam
Kehilangan Ibu
- Mendapat susah kerana kehilangan orang yang
diharapkan.
Seperti Cicak
Makan Kapur
- Orang a yang mendapat malu dalam suatu majlis
sebab kesalahannya.
Seperti Cincin
Dengan Permata
- Sepasang pengantin yang sama cantik.
Seperti Embun Di
Hujung Rumput
- Kasih sayang yang sekejap saja.
Seperti Hujan
Jatuh Ke Pasir
- Pemberian atau nasihat yang tidak dihargai.
Seperti Kaca
Jatuh Ke Batu
- Tersangat dukacita kerana kehilangan
seseorang yang dicintai.
Seperti Kacang
Lupakan Kulit
- Melupakan orang yang telah menolongnya.
Seperti Kera
Mendapat Bunga
- Mendapat sesuatu yang tidak berguna
kepadanya.
Seperti Ketam
Menyuruh Anaknya Berjalan Betul
- Menyuruh orang lain berkelakuan baik tetapi
ia sendiri tidak betul perangainya.
Seperti Lipas
Kudung
- Gerak-geri yang sangat cepat.
Seperti Murai
Dicabut Ekor
- Orang yang selalu bercakap-cakap.
Seperti Pahat
Dengan Pemukul
- Bila disuruh baru hendak buat kerja.
Seperti Pungguk Rindukan Bulan
- Menuggu sesuatu yang sangat diharapkan
tetapi tidak akan berjaya.
Seperti Rumput
Ditengah Jalan
- Keadaan hidup yang susah.
Seperti Rusa
Masuk Kampung
- Tercengang-cengang apabila masuk ke satu
tempat.
Seperti Ular Kena
Palu
- Sesuatu yang bengkang-bengkok.
Sesal Dulu
Pendapatan , Sesal Kemudian Tidak Berguna
- Fikir baik-baik sebelum berbuat sesuatu
kerja supaya tidak menyesal kemudian.
Siapa Makan Lada
Dia Merasa Pedas
- Siapa yang buat salah dia akan terasa malu.
Sudah Jatuh
Ditimpa Tangga
- Mendapat kemalangan berulang-ulang dalamm
waktu yang pendek.
Talam Dua Muka
- Orang yang berbuat baik di antara dua pihak
yang bermusuh.
Takut Kerana Salah
, Berani Kerana Benar
- Orang yang Bersalah itu akan berasa takut,
dan tentu berani kalau tidak bersalah.
Tanam Tebu Di Bibir
Mulut
- Cakapnya saja baik tetapi di dalam hatinya
bermaksud jahat.
Terlajak Perahu
Boleh Diundur, Terlajak Kata Buruk Padahnya
- Percakapan yang sudah keluar itu tidak dapat
ditarik balik dan kita sendiri menerima akibatnya.
Terlepas Dari Mulut
Harimau, Masuk Ke Mulut Buaya
- Terlepas dari satu kemalangan, lalu ditimpa
ole kemalangan yang lain pula.
Yang Dikerja Tak Dapat, Yang
Dikendung Berciciran
- Hendakkan untung yang lain, untung yang ada
habis hilang.
Subscribe to:
Posts (Atom)