Kita dapat melakukan apa saja , dengan berfikir. Setiap orang perlu memiliki fikiran yang positif untuk mencapai sesuatu yang diimpikan.
" Manusia tidak mungkin menghasilkan pengetahuan tanpa belajar cara berfikir." - Confucius
Pengetahuan adalah kekuatan fikiran. Oleh yang demikian, kita mestilah mencari ilmu pengetahuan untuk berfikiran dengan lebih baik. Antara cara berfikiran positif yang saya ingin kongsikan dari pembacaan saya di buku 'Terapi Berfikiran Positif ' karya Dr. Ibrahim Elfiky adalah seperti berikut:
1.
Keinginan yang mendalam
- Untuk mewujudkan sesuatu impian, kita mestilah mempunyai keinginan yang kuat dan berterusan.
- Jika anda mempunyai impian, kuatkan keinginan anda untuk memilikinya. Biarkanlah keinginan itu menguasai fikiran anda, hidup di hati anda dan mengalir dalam darah untuk menjadikannya kenyataan. Jangan pernah berhenti memikirkannya, buatlah perancangan dan lakukan perancangan itu. Bagaimanapun keadaan yang ada, jangan pernah meninggalkannya.
-Ingatlah bahawa Alah tidak akan pernah mensia-siakan pahala bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.
2. Keputusan yang tetap
-Banyak orang mengambil keputusan tetapi tidak melaksanakannya. Kalaupun dilaksanakan, ia hanya berlangsung sementara. Kemudian mereka akan kembali seperti semula.
-Oleh yang demikian, setiap keputusan yang dibuat perlu kuat dan jitu.
-Keputusan perlu diperkuatkan dengan keinginan yang membuak-buak, keyakinan yang kuat, ramalan yang positif dan fleksibiliti yang tinggi.
-Mulai hari ini, putuskanlah untuk menjadi seseorang atau sesuatu yang paling baik dalam hidup kita. Jika orang lain dapat mewujudkan impiannya, kita juga dapat menjadii seperti mereka bahkan lebih baik daripada mereka.
3. Bertanggungjawab sepenuhnya.
- Setiap orang yang telah mengambil keputusan, perlu bertanggunjawab sepenuhnya di atas keputusannya. Jangan menyalahkan, mengkritik dan membanding-bandingkan dengan sesuatu yang lain. Terima tanggungjawab dan berusaha lagi jika tidak berjaya.
4. Persepsi / pengetahuan yang Sedar
-Persepsi bermaksud pendapat/pandangan anda di dalam hati / fikiran tentang sesuatu perkara.
-Fahami apa yang anda fikirkan. Ambillah keputusan untuk mengendalikan fikiran negatif dan mengubahnya menjadi berpihak kepada anda.
-Perubahan yang hakiki bermula dari fikiran.Untuk menjadikannya, anda harus menyedari dan memahami apa yang anda fikirkan.
"Persepsi adalah awal perubahan dan perubahan adalah awal kemajuan." - Dr. Ibrahin Elfiky
5. Menentukan tujuan
- Setiap perkara yang anda lakukan mestilah mempunyai tujuan yang jelas supaya anda bahagia dan mendapat ketenangan.
-Tujuan adalah salah satu faktor penting dalam berfikir positif. Ia membuat anda konsentrasi pada apa yang diinginkan, bukan pada yang dibenci.
-Tanpa tujuan, orang akan merasakan hidup yang sia-sia.
SEMOGA BERJAYA DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang berfikiran positif, sila beli buku Terapi Berfikir Positif karya Dr. Ibrahim Elfiky di kedai buku berhampiran anda. ( He, he, he, promote saja)
Terima Kasih.. Maafkan saya jika ada salah dan silap.