WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer
Showing posts with label waktu kita. Show all posts
Showing posts with label waktu kita. Show all posts

Saturday, 31 August 2013

Kemahiran Belajar 2

 KeMAHIRan Mencatat Nota

- Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu ada kemahiran-kemahiran berikut:


  1. Kemahiran MENDENGAR
·         Digunakan semasa proses pembelajaran 
·         Boleh dilakukan serentak
·         Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.

  1. Kemahiran MEMBACA LAJU.
·         Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
·         Menjimatkan masa mencari idea-idea utama.
·         Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.

  1. Kemahiran MENULIS
·         Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sia sahaja.
·         Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
·         Tahu menulis menggunakan huruf singkatan supaya boleh mejimatkan masa.

  1. Catatkan KATA KUNCI sahaja.
·         Memilih isi-isi penting sahaja.
·         Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
·         Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.

  1. NOTA RINGKAS dan padat
·         Nota yang dibuat mesti kamu boleh fahami sendiri
·         Nota yang ringkas dan padat boleh menyegarkan ingatan kamu
·         Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.

  1. Gunakan PERKATAAN sendiri
·         Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
·         Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
·         Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.

  1. Faham setiap KATA KUNCI
·         Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
·         Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.


Tuesday, 27 August 2013

Kemahiran Belajar 1

A.  KEMAHIRAN MEMBACA

     Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:

  1. Membaca secara BERHATI-HATI
·         Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
·         Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
·         Elakkan gangguan radio dan televisyen

2.       Membaca secara MENYELURUH
·         Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
·         Jangan anggap bahagian pengenalan kurang penting
·         Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.

3.       Membaca secara BERULANG-ULANG
·         Bacaan  berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
·         Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
·         Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.

4.       Membaca dalam SUASANA yang SELESA
·         Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
·         Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
·         Udara sekitar mestilah mencukupi
·         Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.

5.       Berasa dalam KEADAAN selesa
·         Duduk dengan betul
·         Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
·         Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.

6.       Baca secara BERPERINGKAT
·         Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
·         Peringkat seterusnya : membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.

7.       Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca

·         Gunakan kaedah 1 husband 6 wives

-HOW
-WHAT
-WHEN
-WHERE
-WHO
-WHY
-WHICH 

·         Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.

8.       CATATKAN isi yang dibaca
·         Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
·         Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.

9.       Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
·         Pastikan pen, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
·         Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
·         Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
·         Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
·         Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.


Sumber dari Program M.Ed (Bimbingan dan Kaunseling)

Thursday, 11 July 2013

5 Cara Menjadi Orang yang Berfikiran Positif


Kita dapat melakukan apa saja , dengan berfikir. Setiap orang perlu memiliki fikiran yang positif untuk mencapai sesuatu yang diimpikan.

" Manusia tidak mungkin menghasilkan pengetahuan tanpa belajar cara berfikir." - Confucius

Pengetahuan adalah kekuatan fikiran. Oleh yang demikian, kita mestilah mencari ilmu pengetahuan untuk berfikiran dengan lebih baik. Antara cara berfikiran positif yang saya ingin kongsikan dari pembacaan saya di buku 'Terapi Berfikiran Positif ' karya Dr. Ibrahim Elfiky  adalah seperti berikut:

1. Keinginan yang mendalam
- Untuk mewujudkan sesuatu impian, kita mestilah mempunyai keinginan yang kuat dan berterusan.
- Jika anda mempunyai impian, kuatkan keinginan anda untuk memilikinya. Biarkanlah keinginan itu menguasai fikiran anda, hidup di hati anda dan mengalir dalam darah  untuk menjadikannya kenyataan. Jangan pernah berhenti memikirkannya, buatlah perancangan dan lakukan perancangan itu. Bagaimanapun keadaan yang ada, jangan pernah meninggalkannya.
-Ingatlah bahawa Alah tidak akan pernah mensia-siakan pahala bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

2. Keputusan yang tetap
-Banyak orang mengambil keputusan tetapi tidak melaksanakannya. Kalaupun dilaksanakan, ia hanya berlangsung sementara. Kemudian mereka akan kembali seperti semula.
-Oleh yang demikian, setiap keputusan yang dibuat perlu kuat dan jitu.
-Keputusan perlu diperkuatkan dengan keinginan yang membuak-buak, keyakinan yang kuat, ramalan yang positif dan fleksibiliti yang tinggi.
-Mulai hari ini, putuskanlah untuk menjadi seseorang atau sesuatu yang paling baik dalam hidup kita. Jika orang lain dapat mewujudkan impiannya, kita juga dapat menjadii seperti mereka bahkan lebih baik daripada mereka.

3. Bertanggungjawab  sepenuhnya.
- Setiap orang yang telah mengambil keputusan, perlu bertanggunjawab sepenuhnya di atas keputusannya. Jangan menyalahkan, mengkritik dan membanding-bandingkan dengan sesuatu yang lain. Terima tanggungjawab dan berusaha lagi jika tidak berjaya. 

4. Persepsi / pengetahuan yang Sedar
-Persepsi bermaksud pendapat/pandangan anda di dalam hati / fikiran tentang sesuatu perkara.
-Fahami apa yang anda fikirkan. Ambillah keputusan untuk mengendalikan fikiran negatif dan mengubahnya menjadi berpihak kepada anda. 
-Perubahan yang hakiki bermula dari fikiran.Untuk menjadikannya, anda harus menyedari dan memahami apa yang anda fikirkan.

"Persepsi adalah awal perubahan dan perubahan adalah awal kemajuan." - Dr. Ibrahin Elfiky


5. Menentukan tujuan 
- Setiap perkara yang anda lakukan mestilah mempunyai tujuan yang jelas supaya anda bahagia dan mendapat ketenangan.
-Tujuan adalah salah satu faktor penting dalam berfikir positif.  Ia membuat anda konsentrasi pada apa yang diinginkan, bukan pada yang dibenci.
-Tanpa tujuan, orang akan merasakan hidup yang sia-sia.

SEMOGA BERJAYA DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT PUASA 


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang berfikiran positif, sila beli buku Terapi Berfikir Positif karya Dr. Ibrahim Elfiky  di kedai buku berhampiran anda.  ( He, he, he, promote saja) 
Terima Kasih.. Maafkan saya jika ada salah dan silap.

Monday, 20 May 2013

Cara Meningkatkan Teknik Membaca


Cara meningkatkan teknik membaca :

1. Amalkan tingkah laku yang boleh mempercepatkan pembacaan dari semasa ke semasa.

2. Amalkan sikap suka membaca
- rekodkan bahan yang telah di baca dari semasa ke semasa supaya anda dapat menyemak kekerapan membaca jenis bahan bacaan tertentu.

a. Baca bahan bacaan yang mengandungi maklumat kemaskini seperti surat khabar, majalah, risalah dan papan kenyataan.
b. Baca bahan  bacaan yang mengandungi ilmu pengetahuan seperti buku teks, buku rujukan, buku ilmiah dan ensiklopedia.
c. Baca bahan bacaan yang seronok  di baca terutama pada masa lapang seperti buku cerita, novel, cerpen, majalah hiburan, komik, risalah dan iklan.

3. Elakkan tingkah laku yang boleh melambatkan pembacaan.

4. Membaca tajuk dan cuba fahamkan tujuan bahan pembacaan yang hendak di baca secara keseluruhannya.

5. Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bahan bacaan.

6. Sambil membaca, kaitkan bahan yang di baca dengan kegunaan bahan pelajaran dalam kehidupan seharian.

6 Keadaan Menyebabkan Kemalangan Berlaku


6 KEADAAN MENYEBABKAN KEMALANGAN BERLAKU
àPemandu
àJalanraya
àKenderaan
àCuaca
àCahaya
àLalulintas

1. Faktor Pemandu

-keadaan fizikal yang letih, fikiran dan emosi yang tertekan boleh menyebabkan kemalangan.
-Pastikan kesihatan mental dan fizikal baik. Contohnya, pemandu yg letih, mengantuk, marah, bimbang atau cemas tidak sepatutnya memandu.
-Jangan memandu selepas minum minuman keras atau di bawah pengaruh dadah. Dilarang memandu jika mempunyai 80 miligram (mg) alkohol setiap 10 mililiter kandungan dadah.

 -Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca atau jalan yang berubah.
-Jangan menggunakan ubat yang tidak mendapat kelulusan doktor, mesti mendapatkan nasihat doktor jika menghadapi masalah kesihatan.
-Gunakan peraturan 2 saat apabila mengekori kenderaan lain.
-Jangan memotong di kawasan larangan. Sentiasalah sabar dan bertimbang rasa.
-Sentiasa patuh kepada tanda / isyarat jalanraya.

2. Faktor Jalanraya

-Jalan di buat supaya kenderaan dapat bergerak dengan selamat dan selesa, tetapi keadaan jalan tidak terus berkeadaan baik pada setiap masa. Jalan akan rosak akibat kesan daripada hujan, panas, minyak yg tumpah dan sebagainya.
-Kelajuan memandu mesti mengikut keadaan jalan.

 -Kurangkan kelajuan semasa hujan dan jalan licin.
-Memandu laju di permukaan jalanraya yang berair menyebabkan kawalan stereng, tayar brek tidak dapat berfungsi  dengan sempurna. Proses di mana tayar tidak memcecah permukaan jalanraya disebabkan terdapat lapisan air di bawahnya dikenali dengan ‘ hydro planning’.

3. Faktor Kenderaan

 -Kenderaan adalah kesinambungan kepada pemandu kerana kenderaan yang tidak berfungsi dengan baik boleh menyebabkan kemalangan.
-Brek, lampu, lampu brek dan lampu isyarat (signal) dan hon mesti sentiasa berfungsi dengan baik.
-Tayar dan pengelap cermin hendaklah dipastikan masih baik dan berfungsi.
-Pastikan tali pinggang keledar boleh digunakan dan di pasang semasa memandu.
-Uji brek, lampu isyarat dan kesesuaian diri dengan keadaan kenderaan sebelum memandu.

4. Faktor Cuaca

 -Hujan yang lebat dan kabus tebal boleh menyebabkan pandangan menjadi kurang jelas.
-Hujan yang terlalu lebat diikuti dengan angin kencang kadang kala menghalang pemandu untuk terus memandu.
-Cermin kereta menjadi kurang jelas untuk pemandu melihat keluar.
-Jalan akan menjadi licin.

5. Faktor Cahaya

 -Halangan yg mungkin terdapat sama ada cahaya berlebihan atau tidak mencukupi seperti pemandu menghadap matahari, silauan embun pagi, cahaya lampu dari arah hadapan.
-Mata akan kembali pulih seperti biasa dari silauan dalam masa 7 saat dan jika pemandu memandu dengan kelajuan 70 km sejam jarak kereta tersebut akan bergerak ialah sejauh 140 meter. Oleh itu sesuaikan kadar kelajuan apabila menghadapi keadaan tersebut.

6. Faktor Lalulintas

-Keadaan kesesakan lalulintas boleh menyebabkan kemalangan. Kekerapan kemalangan biasanya berlaku pada waktu sibuk / puncak seperti :-
Waktu pagi – ( 7.00 pagi – 8.00 pagi )
Waktu tengahari – (12.00 t/hari – 1.00 t/hari )
Waktu petang – (4.00 petang – 5.00 petang )

-Faktor tempat seperti kawasan berhampiran pusat membeli belah, kawasan kilang, kawasan sekolah, kawasan komplek sukan dan lain-lain boleh juga memungkin kemalangan berlaku.

Kesimpulannya, enam keadaan halangan tersebut boleh diatasi atau dihadapi jika pemandu-pemandu memiliki ciri-ciri sebagai seorang pemandu yang berhemah.

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA 

Friday, 15 February 2013

Tips untuk merancang jadual pelajar

 Merangka jadual harian bagi seseorang pelajar adalah penting kerana dapat mengingatkan pelajar akan setiap tugasan yang perlu disiapkan. adalah sukar untuk otak anda mengingati segala-galanya, namun jadual harian dapat meringankan beban otak anda daripada menghafal setiap aktiviti yang perlu dilakukan.

Antara tips-tips untuk merangka jadual harian ialah :- 
  1. Rancang tugasan yang perlu didahulukan, dan tugasan yang boleh disiapkan kemudian.
    - Buat tugasan yang lebih penting dahulu.
  2. Membina jadual yang menyeronokkan.
    - Jangan hanya mengutamakan kerja sekolah dan mengulang kaji sahaja. Masukkan perkara yang seronok untuk dilakukan dalam jadual.
    - Masukkan waktu untuk berhibur, bermain, melayari internet dan waktu meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
  3. Catukan masa harian dengan menghitung jumlah jam anda berjaga setiap hari di dalamjadual anda.
    - Catu jam tersebut untuk belajar di  sekolah, waktu untuk beriadah, waktu di kelas tambahan dan sebagainya.
  4. Berikan tempoh yang lebih panjang untuk mengulang kaji mata pelajaran yang sukar.
  5. Pamerkan jadual yang anda rancang di atas dinding dan di lokasi yang paling kerap anda lihat.
  6. Anda perlu mematuhi jadual yang dirancangkan dan jangan bertangguh-tangguh untuk melakukan tugasan tersebut.
  7. Anda boleh mengikut budi bicara anda sendiri sekiranya mahu menangguhkan sesuatu tugasan jika ada perkara yang lebih penting yang memerlukan tumpuan anda.
 Rancanglah aktiviti seharian anda dengan lebih baik lagi supaya dapat menjadi insan yang berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.
Ingatlah, masa depan kita ditentukan dari masa sekarang.

Sunday, 15 July 2012

Masa untuk ulangkaji


20 Waktu Ulangkaji Yang Sesuai ...  :)  
  1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  1. Masa terbangun di tengah malam (belajar dengan fokus)
  2. Masa bangun tidur. Subuh/pagi. (bayangkan pelajaran semalam)
  3. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  4. Masa ke tandas waktu malam (ingatkan perkara yang terlupa)
  1. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)
  1. Masa sarapan pagi (baca selembar dua suratkhabar)
  1. Masa berjalan ke sekolah (tanya diri-sifir dan formula)
  2. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  1. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  1. Masa pulang ke sekolah (tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  1. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/cepat)
  1. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)
  1. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  1. Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)
  1. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  1. Masa berada dalam bas (baca kad nota)
  1. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  1. Masa rehat selepas makan malam (baca rencana akhbar dan lain-lain)
  1. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
SELAMAT  MENCUBA ....  

Wednesday, 14 March 2012

waktu dunia

GUNAKANLAH  MASA YANG MAsiH ADA  INI UNTUK  KEBAIKAN......

                                                               Masa Terus Berputar

Kita semua diberikan waktu yang sama saja di seluruh dunia.

Ianya bergantung kepada diri kita sendiri untuk mempergunakan masa kita dengan sebaik-baiknya.

Oleh itu, kita perlu ada jadual waktu yang dibuat dengan terurus dan teratur. Jikalau tiada jadual pun rancanglah masa anda pada setiap hari selepas bangun tidur.

Pastikan masa anda penuh dengan aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku yang dapat meransang minda, bersukan bersama kawan-kawan dan mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan supaya ilmu yang di pelajari kekal dalam ingatan.