Merangka jadual harian bagi seseorang pelajar adalah penting kerana dapat mengingatkan pelajar akan setiap tugasan yang perlu disiapkan. adalah sukar untuk otak anda mengingati segala-galanya, namun jadual harian dapat meringankan beban otak anda daripada menghafal setiap aktiviti yang perlu dilakukan.
Antara tips-tips untuk merangka jadual harian ialah :-
- Rancang tugasan yang perlu didahulukan, dan tugasan yang boleh disiapkan kemudian.
- Buat tugasan yang lebih penting dahulu. - Membina jadual yang menyeronokkan.
- Jangan hanya mengutamakan kerja sekolah dan mengulang kaji sahaja. Masukkan perkara yang seronok untuk dilakukan dalam jadual.
- Masukkan waktu untuk berhibur, bermain, melayari internet dan waktu meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. - Catukan masa harian dengan menghitung jumlah jam anda berjaga setiap hari di dalamjadual anda.
- Catu jam tersebut untuk belajar di sekolah, waktu untuk beriadah, waktu di kelas tambahan dan sebagainya. - Berikan tempoh yang lebih panjang untuk mengulang kaji mata pelajaran yang sukar.
- Pamerkan jadual yang anda rancang di atas dinding dan di lokasi yang paling kerap anda lihat.
- Anda perlu mematuhi jadual yang dirancangkan dan jangan bertangguh-tangguh untuk melakukan tugasan tersebut.
- Anda boleh mengikut budi bicara anda sendiri sekiranya mahu menangguhkan sesuatu tugasan jika ada perkara yang lebih penting yang memerlukan tumpuan anda.
Ingatlah, masa depan kita ditentukan dari masa sekarang.