Prosa Klasik
1.
Genre prosa klasik
merupakan cerita rakyat yang dahulunya disampaikan secara lisan, tetapi kini
telah dibukukan.
2.
Cerita rakyat ialah
sastera yang berkembang dalam kalangan rakyat dan disebarkan secara lisan
daripada satu generasi kepada satu generasi.
3.
Cerita atau sastera
rakyat itu lazimnya berkembang dalam kelompok masyarakat yang kecil dan
terpencil, misalnya masyarakat nelayan atau petani yang tinggal di kawasan
pedalaman.
4.
Oleh itu, sastera
rakyat mengandungi ciri-ciri budaya tradisional kumpulan berkenaan.
5.
Sastera rakyat merupakan
hak bersama.
6.
Hal inilah yang
menyebabkan sastera rakyat mempunyai versi yang banyak kerana berlakunya tokok
tambah semasa penyampaian cerita berkenaan.
7.
Bidang yang dicakup
oleh prosa klasik agak luas, iaitu daripada sastera hinggalah sastera agama dan
undang-undang.
8.
Empat jenis prosa
klasik yang sering diketengahkan termasuklah cerita berbingkai,, cerita
sejarah, epic Melayu dan epic Hindu.
9.
Dalam karya prosa
klasik, terdapat banyak unsur moral dan mesej yang
dapat dijadikan panduan hidup.
10. Karya ini menggunakan gaya bahasa lama, sama ada dari segi penggunaan
kata-katanya ataupun struktuk ayatnya. Namun begitu, keragaman bahasa yang
mengindahkan karya prosa lama jelas kalihatan.
11.
Kebanyakan prosa
klasik menggunakan teknik naratif( bercerita).
Namun demikian, penggunaan dialog yang cukup berkesan dan menghiburkan.
12. Prosa klasik
menyelitkan puisi tradisional, khususnya pantun.
13.
Watak-watak
prosa klasik biasanya terdiri daripada golongan istana
atau yang ada kaitan dengan golongan istana, sesuai dengan keadaan masyarakat
feudal yang mengagung-agungkan golongan istana.
Cerita Berbingkai
1. Cerita berbingkai berpusat pada suatu cerita pokok atau cerita induk.
Dalam cerita induk itu, terdapat pula satu atau lebih cerita sisipan. Cerita
diakhiri dengan cerita pokok atau cerita induk tadi.
2. Cerita berbingkai dikarang dalam bentuk
prosa. Namun demikian, dalam sesetengah karya ada juga dimuatkan puisi
tradisional, terutamanya pantun dan syair.
3. Watak-watak utama dalam cerita
berbingkai ialah saudagar, raja, permaisuri dan
anak raja di samping watak binatang.
Mitos
1.
Mitos ialah cerita rakyat yang
mengisahkan peristiwa-peristiwa yang luar biasa, tetapi dianggap benar oleh masyarakat
yang memilikinya.
2.
Kejadian-kejadian luar
biasa dalam mitos dianggap sebagai keramat.
3.
Watak-watak dalam
mitos biasanya terdiri daripada dewa-dewa, manusia separuh dewa, jin atau
mambang.
4.
Mitos mengandungi
cerita-cerita tentang asal-usul sesuatu tempat, benda atau institusi.
5.
Latar masa dan tempat
dalam motis tidak jelas.
Legenda
1.
Legenda merupakan cerita
tentang seseorang tokoh yang dianggap istimewa. Tokoh legenda biasanya
diberi sifat-sifat yang luar biasa seperti sifat kepahlawanan atau kekuatan
yang istimewa.
2.
Cerita legenda pada
umumnya ada kaitan dengan sejarah sesuatu tempat.
3. Cerita legenda yang terdapat dalam cerita-cerita sejarah biasanya bertujuan
mengkritik golongan bangsawan secara halus.
Epik
1. Epik ialah prosa naratif yang memaparkan kepahlawanan seseorang tokoh penting
dalam sejarah.
2.
Tokoh berkenaan pada
umumnya dianggap wira oleh sesuatu bangsa.
3.
Wira berkenaan
merupakan tokoh penting yang mengagumkan serta cukup masyhur dari segi sejarah.
4.
Latar bagi cerita epik
meliputi Negara-negara besar di dunia ini.
5. Tokoh yang menjadi wira mempunyai sifat-sifat luar biasa, berani, dan gagah
perkasa.
Puisi
1.
Puisi ialah karangan
berangkap yang mengutarakan pemikiran dengan bahasa yang indah.
2.
Penciptaan puisi
terikat oleh unsur-unsur irama, rima, penyusunan baris dan rangkap.
3.
Puisi terbahagi kepada
dua,iaitu:
(a) Puisi moden atau ledih dikenali sebagai sajak
(b) Puisi tradisional yang merangkumi pantun, syair, gurindam
dan seloka.
Sajak
1.
Sajak ialah karangan berangkap yang lebih
bebas bentuknya dan tidak terikat pada sesuatu pola khusus, walaupun
kadang-kadang bentuknya seakan-akan gurindam atau seloka.
2.
Namun dalam penciptaannya,
penyajak masih menitikberatkan aspek rima, rentak, penyusunan baris dan rangkap
atau bait.
3.
Jumlah rangkap dalam
sesuatu sajak tidak dihadkan, sebaliknya mengikut isi yang hendak disampaikan.
Pantun
1.
Pantun ialah sejenis bentuk puisi
tradisional.
2.
Pantun merupakan karya yang berangkap
tetap. Maksudnya, bilangan baris dalam setiap rangkap atau bait itu
sudah ditetapkan, sama ada dua, empat, enam, lapan, sepuluh, dua belah atau
empat belas baris dalam serangkap.
3.
Pantun yang mempunyai dua
baris serangkap dikenali sebagai pantun dua kerat, sementara yang mempunyai empat baris
serangkap dikenali sebagai pantun empat kerat, dan begitulah seterunya.
4. Pantun
terdiri daripada dua bahagian, iaitu pembayang maksud atau sampiran dan isi.
5.
Dalam pantun enam
kerat, pembayang maksud ialah tiga baris pertama dan isi ialah tiga baris yang berikutnya. Lihat
contoh berikut:
Sarat bermuat ikan cencaru, [a] -pembayang
Gelama tidak berumpan lagi, [b] -pembayang
Kail tersangkut di tepi batang; [c] -pembayang
Sudah dapat orang baru, [a] –maksud
Yang lama tidak berkenan lagi, [b] –maksud
Ibarat melukut di tepi gantang. [c] –maksud
Gelama tidak berumpan lagi, [b] -pembayang
Kail tersangkut di tepi batang; [c] -pembayang
Sudah dapat orang baru, [a] –maksud
Yang lama tidak berkenan lagi, [b] –maksud
Ibarat melukut di tepi gantang. [c] –maksud
6.
Jumlah kata dalam
setiap baris pantun adalah antara empat hingga lima patah kata sementara jumlah
suku katanya pula antara lapan hingga sebelas suku kata bagi setiap baris.
7.
Rima akhir pantun
ialah abcabc, iaitu rima akhir pada baris pertama sama dengan rima akhir
baris pada baris keempat, sementara rima akhir pada baris kedua sama dengan
rima akhir pada baris kelima, dan rima akhir baris ketiga sama dengan rima
akhir pada baris keenam.
8.
Pantun menjadi alat pengucapan untuk
mengungkap perasaan hiba, sayu,sedi, gembira,rindu,dendam dan sebagainya
terhadap seseorang atau sesuatu perkara.
9.
Oleh sebab itu, pantun
dinamakan mengikut isi pantun berkenaan, misalnya pantun kanak-kanak, pantun orang
muda, pantun orang tua, pantun budi, pantun kiasan dan sebagainya.
10.
Pantun merupakan puisi tradisional yang paling
popular dalam kalangan masyarakat Melayu sehingga hari ini.
Syair
1.
Syair ialah karangan berangkap
dan setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
2.
Setiap baris merupakan
maksud kerana syair tidak mempunyai
pembayang seperti pantun.
3.
Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana
saling berkait dengan rangkap-rangkap lain.
4.
Keseluruhan rangkap
syair mengungkapkan sesuatu maksud secara kesatuan.
5.
Setiap baris dalam
syair biasanya mengandungi empat patah kata yang berjumlah antara lapan hingga
dua belas suku kata.
6.
Rima akhir syair ialah
aaaa. Lihat contoh yang berikut:
Supaya disangka ianya wali, [a]
Akan dunia tidakpeduli, [a]
Hemahnya itu sangatlah ali, [a]
Tetapi hatinya ke dunia bertali. [a]
Supaya disangka ianya wali, [a]
Akan dunia tidakpeduli, [a]
Hemahnya itu sangatlah ali, [a]
Tetapi hatinya ke dunia bertali. [a]
7.
Syair selalu membawa isi yang berkaitan dengan kias ibarat, sindiran, nasihat,
pengajaran, agama dan cerita yang berunsur sejarah atau dongeng.
Gurindam
1.
Gurindam ialah karangan
berangkap yang terdiri daripada dua baris serangkap.
2.
Namun demikian, ada
juga gurindam yang lebih bebas dari segi jumlah kata pada setiap rangkap dan
rima akhirnya.
3.
Rima akhir gurindam
ialah aa.
4.
Baris pertama dalam
gurindam mengandungi soalan, syarat atau perjanjian, sementara baris kedua pula
merupakan jawapan, akibat atau kesimpulannya. Lihat contoh yang berikut:
Hendak pandai menghargai masa, [a] –syarat / perjanjian
Jangan dinanti esok lusa. [a] –akibat / kesimpulan
Hendak pandai menghargai masa, [a] –syarat / perjanjian
Jangan dinanti esok lusa. [a] –akibat / kesimpulan
5.
Isi gurindam berupa nasihat, pengajaran
atau kebenaran yang disampaikan dengan bahasa yang lebih padat dan bernas.
Seloka
1.
Seloka dapat
dirumuskan sebagai gurau senda yang mengungkapkan
sindiran yang ditulis dalam bahasa puisi.
2.
Setiap rangkap seloka selalunya
terdiri daripada empat baris.
3.
Namun begitu, ada juga
seloka yang berbentuk bebas yang mengandungi
kurang atau lebih daripada empat baris serangkap.
4.
Jumlah kata pada
setiap baris tidak tetap dan rima hujungnya bebas.
Isi
seloka mengandungi unsur pengajaran dan nasihat yang disampaikan dalam nada
mengejek atau menyindir.