WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Monday, 19 March 2012

kataKu tentang Matematik



Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan perubahan.
Dengan mempelajari matematik, kita dapat mengenal angka, persamaan, berfikiran kritis, dan menyelesaikan sesuatu masalah yang melibatkan matematik.

Kebanyakkan kita sejak keci lagi selalu lemah dalam mata pelajaran matematik.

Pada mulanya memang susah kita hendak memahami mata pelajaran ini, tetapi lama-kelamaan, jika kita sabar dan mahu benar-benar untuk mempelajari matematik pasti sudah pandai untuk menjawab soalan matematik.

Memang untuk bijak dalam mata pelajaran matematik, kita perlu selalu membuat latihan dan sedikit ulangkaji.
Kita harus memahami konsep dalam setiap topik dalam matematik.
Jika belum faham, tanya kepada rakan-rakan yang sudah faham atau bertanya pada guru matematik.

Selepas itu, kita mesti membuat sedikit latihan yang berkaitan dengan topik yang sedang kita pelajari.

 ….PASTIKAN  DIRI  SENDIRI  YANG  BUAT  CARA  MENYELESAI DALAM SETIAP SOALAN TERTENTU…

Di bawah ini adalah contoh buku-buku yang boleh dijadikan buku rujukan dan latihan.
:)