20 SIFAT WAJIB & MUSTAHIL ALLAH S.A.W.
1 Wujud
Ertinya Allah itu ada. Mustahil Allah itu tiada dan bukti Allah itu ada ialah adanya
alam ini. Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada
yang mengadakannya atau menjadikannya.
2 Qidam
Ertinya Allah itu
tidak ada permulaan bagiNya. Mustahil Allah itu ada permulaan bagiNya,
kerana kalau Allah itu ada permulaan maka samalah Ia dengan makhluk. Jika sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.
3 Baqa'
Ertinya Allah itu
kekal selama-lamanya. Mustahil Allah akan binasa kerana jika Ia
binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa. Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi
Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.
4 Mukhalafatuhu
Lil Hawadis
Ertinya Allah tidak
menyerupai dengan makhluk. Mustahil Allah menyerupai makhluk kerana Ia
yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang kena jadi sudah
pasti berlainan.
5 Qiyamuhu
Binafsih
Ertinya Allah tidak
memerlukan kepada yang lainnya. Mustahil
Allah memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Allah memerlukan kepada yang
selainnya maka sudah tentu Ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.
6 Wahdaniyah
Ertinya Allah itu Maha
Esa. Mustahil Allah berbilang-bilang (banyak)
kerana jika Ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta
akan timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.
7 Qudrat
Ertinya Allah itu Maha
Berkuasa. Mustahil Allah itu lemah kerana jika Ia
lemah maka sudah pasti alam ini tiada dan Ia bukan Tuhan.
8 Iradat
Ertinya Allah
menetapkan sesuatu mengikut kehendakNya. Mustahil
Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.
9 'Ilmu
Ertinya Allah itu
berpengetahuan. Ia mengetahui keseluruhannya sama yang
telah dijadikanNya atau yang bakal dijadikanNya. Mustahil
Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika Ia bodoh sudah pasti Ia tidak
dapat mengatur alam ini. Kejadian alam yang sempurna ini membuktikan
Allah itu berpengetahuan yang tiada tolok bandingannya.
10 Hayat
Ertinya Allah itu
bersifat dengan hidup. Mustahil Allah itu mati, jika Ia mati
nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana itada yang hendak mengaturkannya.
11 Sama’
Ertinya Allah
mempunyai sifat mendengar. Mustahil Allah itu pekak atau tuli kerana
pekak adalah sifat kekurangan. Maha suci Allah dari sifat kekurangan
tersebut.
12 Basar
Ertinya Allah bersifat
melihat. Mustahil Allah itu buta kerana buta itu
sifat kekurangan. Maha suci Allah dari sifat kekurangan.
13 Kalam
Ertinya Allah itu
bersifat dengan berkata-kata atau berfirman. Mustahil
Allah bisu kerana jia Ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan
baik. Bukti Allah bersifat dengan berkata-kata
itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam kitab al Quran. Al Quran yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah
gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat
Allah.
14 Kaunuhu
Qaadiran
Ertinya Allah itu
sentiasa bersifat dalam keadaan berkuasa. Mustahil
Allah dalam keadaan lemah. Oleh kerana Allah mempunyai sifat kuasa
maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.
15 Kaunuhu
Muriidan
Ertinya Allah itu
bersifat sentiasa dalam keadaan menghendaki, mustahil Ia dalam keadaan dipaksa. Oleh kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa
dalam keadaan menghendaki.
16 Kaunuhu
‘Aaliman
Ertinya Allah itu
sentiasa dalam keadaan mengetahui, mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa
bersifat dalam keadaan berilmu.
17 Kaunuhu
Hayyan
Ertinya Allah itu
bersifat tetap dalam keadaan hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati. Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayat maka Ia tetap
sentiasa dalam keadaan hidup.
18 Kaunuhu
Samii’an
Ertinya Allah itu
sentiasa tetap dalam keadaan mendengar, mustahil ia dalam keadaan tuli. Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap
sentiasa dalam keadaan mendengar.
19 Kaunuhu Basiiran
Ertinya Allah itu
sentiasa tetap dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan buta. Oleh kerana Allah mempunyai sifat melihat maka ia sentiasa
tetap dalam keadaan melihat.
20 Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya Allah itu
sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata, mustahil Ia dalam keadaan
bisu. Oleh kerana Allah mempunyai sifat
berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman.