WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer
Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

Pengertian Islam


1. Dari sudut bahasa, perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab, iaitu ‘salima’  bererti selamat sentosa atau  kedamaian. Ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk patuh dan taat. Islam berbeza daripada agama lain yang ada di muka bumi, kerana percatan Islam tidak mempunyai hubung kait sama ada dengan individu tertentu, golongan atau tempat tertentu.

2. Definisi Islam mengikut istilah atau syarak ialah patuh dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga adalah peraturan hidup, peraturan bersifat integral yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W..

3. Definisi Islam dapat difahami ketika Jibril datang bertanya Rasulullah S.A.W. tentang Islam:

Ceritakan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam”, Rasulullah S.A.W. menjawab: “Emgkau mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T., Muhammad ialah hamba dan pesuruh-Nya, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, puasa bulan Ramadan dan menunaikan haji ke Baitullah jika engkau mampu.”

[HR Bukhari]

4. Berdasarkan hadis tersebut dan juga perjalanan kehidupan Rasulullah  S.A.W., maka dapat disimpulkan beberapa perkara yang menjadi dasar utama bagi ajaran Islam. Dasar utama ajaran Islam meliputi aspek berikut:
    a) Akidah. Iaitu konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah S.W.T. dan rasul serta beriman kepada para malaikat, kitab-kitab, hari akhirat, qada’ dan qadar.
    b) Syariah yang terbahagi kepada ibadah dan muamalah. Ibadah ialah  peraturan-peraturan untuk melakukan peribadatan dan ketaatan kepada Allah S.W.T. melalui cara kebaikan kepada manusia dan alam. Manakala, muamalah pula ialah peraturan perhubungan sesama manusia yang meliputi aspek akhlak, politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
    c) Akhlak, iaitu peraturan-peraturan berhubung nilai baik dan buruk antara manusia sesama manusia serta antara manusia dengan alam dan Tuhan.

Sumber dari buku Pengajian Islam 

Wednesday, 13 March 2013

Kehidupan pelajar lepasan SPM

Lebih kurang seminggu lagi mungkin keputusan SPM 2012 akan keluar. Saya, pelajar lepasan SPM 2012 sedang menunggu keputusan SPM. Selepas habis menduduki ujian Biologi SPM lalu (akhir bulan Nov,'last paper'), saya dah bebas...

Beberapa hari kemudian saya belajar komputer. Dua hari seminggu. Di sana saya cuma belajar pasal Microsoft Office dan Internet. Memang apa mulanya  saya rasa tidak 'best' tapi saya dapat mengetahui lebih lanjut pasal Microsoft Office ini. Ianya sangat berguna untuk urusan pejabat dan sebagainya. Antara Microsoft Office yang saya belajar ialah Microsoft Word 2010, Microsoft Excel 2010, Microsoft PowerPoint 2010, Microsoft Publisher 2010 dan Microsoft Outlook 2010. Selain daripada itu, saya hanya duduk di rumah, buat kerja rumah, makan, minum, tidur, tengok tv, baca buku (yg belum habis2 dibaca) dan online saja.  Sesudah tamat kelas komputer iaitu awal bulan Febuari, saya sepenuh masa duduk di rumah.~~Boring~~~ Kadang2 ada cuba main gitar tapi ahh...... tak pandai lah pula. Petik2 saja. Memang itulah rutin saya semasa tengah 'bercuti' ni.


Saya ada terpikir nak kerja sementara menunggu keputusan SPM tapi mak saya tak kasi. Dia suruh saya duduk(rehat) saja di rumah sepuas-puasnya. Nantikan saya akan sambung belajar dan mungkin tiada masa untuk berehat.  Walaubagaimanapun, hidup ini mesti diteruskan. Fikirkan positif. ..

Daripada: Rad

DI SINI SAYA ADA SELITKAN TENTANG CIRI2 WANITA SOLEHAH:

  1. Mencintai Allah S.W.T & Rasulullah S.A.W.
  2. Mentaati ke-2 ibu bapa
  3. Mentaati suami 
  4. Menguruskan rumah tangga dgn baik
  5. Berhias utk suami
  6. Berpakaian mengikut ajaran Islam
  7. Menjaga batas pergaulan
  8. Berkawan dgn wanita solehah. 



TERIMA KASIH kerana sudi membaca..
Semoga Bermanfaat.
Assalamualaikum, kawan2 semua. :)

Monday, 11 March 2013

Jenis Manusia yang Didoakan Malaikat


Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu  kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Dalam kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'amiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata amiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang  melawat orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Wallahu'alam .. ... 

Fikir-fikirkan (FAKTA)


  • Nisbah ahli sains

- Malaysia - 20 ahli sains dengan jumlah 10,000 orang penduduk.
- Singapura - 40 ahli sains dengan jumlah 10,000 orang penduduk.
- Barat (Eropah) - 80 ahli sains dengan jumlah 10,000 orang penduduk.

  • Al-Quran dari kajian sains fizik dari sudut angka (kekal bilangannya)

- Mengandungi 114 surah
- 154 ayat-ayat ganjil dari 27 surah ganjil dan 27 surah genap (27+27 = 54).
- 60 ayat genap dari 30 surah ganjil dan 30 surah genap (30+30 = 60)
- 54 ayat ganjil + 60 ayat genap = 114 surah.
- 57 (27+30) surah ganjil + 57 (27+30) surah genap juga menghasilkan 114 surah.
- Mengandungi 86,430 perkataan dengan sejumlah 323,760 huruf Arab (hijaiiyaah).
- Mengandungi 6,236 ayat.
- Mengandungi 6,236 nombor surah dan ayat ganjil.
- Mengandungi 6,555 jumlah semua nombor dalam surah.
- Grafik daripada susunan ayat dalam surah al-Quran yang terhasil daripada kajian sains fizik membentuk kalimah Allah dan Muhammad dan imej-imej gelombang tersendiri yang unik.
- Mulai diterima oleh Rasulullah SAW pada 15 Ramadan ketika baginda berusia 40 tahun.
- Diturunkan berperingkat selama 22 tahun 2 bulan 22 hari.

sumber utusan online

Pemakanan Ilmuwan Islam (FAKTA)


  1. Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil secara dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.
  2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
  3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.                                                   
  4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan       keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
  5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan, Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
  6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW:
     “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Tuesday, 29 January 2013

Kitab-Kitab yang Diturunkan Allah S.A.W.



            Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. itu sebanyak 4 buah:-
  1. KITAB TAURAT diturunkan kepada Nabi Musa ‘alaihissalam.
  2. KITAB ZABUR diturunkan kepada Nabi Daud ‘alaihissalam.
  3. KITAB INJIL diturunkan kepda Nabi Isa ‘alaihissalam.
  4. KITAB QURAN diturunkan kepada Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihiwassalam.



Thursday, 17 January 2013

PANDUAN IBADAH KORBAN DAN AQIQAH




Apakah erti Korban?
            Korban ialah binatang ternakan (an’am) tertentu yang disembelih pada hari Adha da hari-hari Tasyriq semata-mata kerana mendampingkan diri dengan Allah S.W.T.
Apakah erti Aqiqah?
            Aqiqah ialah binatang ternakan (an’am) tertentu yang disembelih ketika hendak mencukur rambut bayi yang baru lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T..

Keterangan:
I.    Hari Adha ialah 10 Zulhijrah atau Hari Raya Korban manakala hari-hari Tasyriq ialah hari 11, 12, dan 13 Zulhijrah.
II.   Binatang ternakan (an’am) tertentu yang dimaksudkan ialah unta, lembu, kerbau,kambing, biri-biri dan kibas.
III.  Aqiqah asalnya bererti rambut di kepala bayi ketika ia dilahirkan dan ibadah aqiqah adalah amalan sunat mencukur rambut kepala bayi seminggu atau lebih selepas dia dilahirkan.
Hukum Melaksanakan Korban dan Aqiqah
            Kedua-dua adalah sunat muakkad (sunat yang sangat digalakkan bagi sesiapa yang berkemampuan). Aqiqah dituntut ke atas orang yang wajib menanggung nafkah bayi iaitu bapa atau ibunya. Sekiranya kedua-duanya tidak berkemampuan maka datuknya sunat melakukan aqiqah bayi tiu jika berkemampuan.
          
     Dalil syara’ mengenai korban ialah:
I.  Firman Allah :
“Sesungguhnya Kami telah memberi kepada ngkau (Hai Muhammad) kebaikan yang banyak, oleh itu kerjakanlah solat (Hari Raya Korban) kerana Tuhan-Mu dan sembelihan korban”
 (Surah al-Kauthar: 1-2)

II.  Sabda Rasulullah S.A.W. :
a. “Barang siapa yang ada kemampuan tetapi tidak melakukan korban maka jangan dia menghampiri solat kami” 
(Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)

b. “Kanak-kanak tergadai dengan aqiqah yang disembelih untuknya pada hari ketujuh,dicukur rambut dan diberikan namanya.”
(Riwayat at-Tarmizi)

c. “Rasulullah S.A.W. menyuruh kami mengaqiqahkan untuk anak lelaki dengan menyembelih dua ekor kambing dan anak perempuan dengan menyembelih seekor kambing.”
(Riwayat at-Tarmizi dan Ibnu Majah)


Hikmah-hikmah Ibadah Korban Aqiqah

Antara  hikmah ibadah korban dan aqiqah ialah:
I. Untuk memperingati sejarah dan sunnah nabi Allah  Ibrahim yang telah diperintah oleh Allah S.W.T supaya mengorbankan puteranya Nabi Ismail.
II. Untuk berbakti dengan menghulurkan pertolongan kepada fakir miskin pada Hari Raya Haji supaya mereka dapat bersama-sama menikmati makanan yang suci pada hari yang berkat.
III. Untuk membangkitkan kesedaran setiap orang supaya sentiasa sanggup membelanjakan harta benda atau berkorban sesuatu kerana meninggikan syiar Islam.
IV. Untuk merapatkan lagi hubungan silaturahim antara masyarakat orang Islam yang berkemampuan dengan orang Islam yang tidak berada.
V.  Untuk membersihkan diri daripada perasaan tamak dan kecintaan kepada harta dunia.
VI. Untuk melahirkan kesyukuran dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. kerana dikurniakan anak dan nikmat rezeki.
VII. Untuk menzahirkan rasa kasih saying ibu bapakepada anak di bawah jagaannya.
VIII. Untuk mendapatkan ganjaran di sisi Allah pada Hari Akhirat nanti.

Syarat-Syarat Binatang Korban dan Aqiqah

I. Cukup umur.
Bagi biri-biri cukup umurnya ialah setahun,
Bagi kambing, lembu dan kerbau cukup umurnya ialah 2 tahun,
Bagi unta cukup umurnya ialah 5 tahun.
II. Sihat atau tidak berpenyakit.
III. Tidak ada kecacatan yang boleh mengurangkan daging atau lemaknya seperti terpotong telinga atau ekornya, patah kaki atau buta matanya.

Cara-Cara Melakukan Korban dan Aqiqah
            Setelah diperolehi binatang korban atau aqiqah yang mencukupi syarat-syarat seperti disebutkan di atas, maka bolehlah dilakukan sembelihan mengikut cara-cara seperti yang diterangkan:
I. Hendaklah dipastikan masuk waktunya bagi ibadah Korban, iaitu lepas solat Aidil Adha (Hari Raya Korban) hingga tenggelam matahari pada hari Tasyrik ketiga (Hari ke-13 Zulhijrah).
Bagi aqiqah ia boleh dilakukan pada sebarang hari dan pada bila-bila masa selepas kelahiran bayi berkenaan selagi dia belum mencapai umur baligh. Afdal melakukan sembelihan aqiqah setelah terbit matahari.
II. Ketika menyembelihnya hendaklah diniatkan untuk korban atau aqiqah bagi bayi yang diaqiqahkan. Bagi sembelihan unta,lembu atau kerbau boleh dikongsi untuk tujuh bahagian. Sewaktu menyembelih, hendaklah diniatkan bagi ketujuh-tujuh orang yang dikongsi.
III. Bagi korban atau aqiqah sunat, daging sembelihan korban atau aqiqah itu diagihkan kepada fakir miskin sekurang-kurangnya 1/3 daripadanya. Bakinya 1/3 boleh dimakan oleh orang yang berkorban atau beraqiqah manakala 1/3 lagi boleh dihadiahkan kepada orang berada. Adapun bagi daging korban atau aqiqah nazar kesemuanya diagihkan kepada fakir miskin.
IV. Hendaklah dipastikan daging korban atau aqiqah itu tidak diberi atau dimakan oleh orang bukan Islam dan tidak dijual mana-mana bahagian daging, anggota atau kulit sembelihan itu.
V. Bagi sembelihan aqiqah elok tulangnya tidak dipatah-patahkan dan sunat dipotong tulang-tulang itu pada bahagian sendi-sendinya sahaja.
VI. Bagi sembelihan aqiqah sunat, dagingnya disunatkan dimasak dan kemudian diberi  makan kepada fakir miskin.
Bagi aqiqah wajib (aqiqah nazar) pula maka hendaklah daging itu disedekahkan kepada fakir miskin tanpa dimasak.
VII. Adapun bagi daging korban sunat atau wajib hendaklah ia diberikan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah dan segar.

Sumber: Dari sisipan Majalah Anak Sayang sumbangan THE BEST FARMS

Saturday, 24 March 2012

cara mendekatkan diri kepada Allah SWT


BEBERAPA CARA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH SWT :


1. Solat fardu tepat waktu, selalu berdoa dan berzikir kepada Allah
Dengan solat, berdo'a dan berzikir kepada Allah, Insya Allah hati menjadi tenang, damai dan makin dekat dengan-Nya

2. Solat tahajud
Dengan solat tahajud Insya Allah cenderung mendapatkan perasaan tenang. Hal ini dimungkinkan kerana di tengah kesunyian malam didapatkan keadaan keheningan dan ketenangan suasana,yang tentu saja semua itu hanya dapat terjadi atas izin-Nya. Pada malam hari, diri ini tidak lagi disibukkan dengan urusan pekerjaan ataupun urusan-urusan duniawi lainnya sehingga dapat lebih khusyuk saat menghadap kepada-Nya.

3. Mengingat kematian yang dapat datang setiap saat
Kematian sebenarnya sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita. Dan dapat secepat kilat menjemput.

4. Membayangkan tidur di dalam kubur.
Membayangkan tidur dalam kuburan yang sempit , gelap dan sunyi saat kita mati nanti. Semoga amal ibadah kita selama di dunia ini dapat menemani kita di alam kubur nanti.

5. Membayangkan kedahsyatan siksa api neraka.
Azab Allah sangat pedih bagi yang tidak menjauhi larangan-Nya dan tidak mengikuti perintah-Nya. Ya Allah jauhkanlah kami dari siksa neraka-Mu, kerana kami sangat takut akan siksa neraka-Mu. Ya Allah bimbinglah kami agar dapat memanfaatkan sisa hidup kami untuk selalu dijalan-Mu.……

6. Membayangkan surga-Nya.
Kesenangan duniawi hanya bersifat sementara, sangat singkat dibanding dengan kenikmatan di akhirat yang tidak dibatasi waktu.Semoga kita dapat selalu mengikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya dan Insya Allah diizinkan untuk meraih Surga-Nya. Amin…..

7
a). Mengikuti tausyiah atau mengikuti pengajian secara rutin seminggu satu kali (minimum), dua kali atau lebih. Insya Allah... dengan mendengar tausyiah atau mengikuti pengajian, akan meningkatkan keimanan kerana selalu diingatkan kembali untuk selalu dekat kepada Allah SWT. Perlu diketahui bahawa iman boleh turun atau naik, maka harus dijaga agar iman tetap stabil pada keadaan tinggi/ kuat dengan mengikuti tausyiah, pengajian dsb.
b). Bergaul dengan orang-orang soleh.
Seperti sudah dijelaskan di atas bahawa tingkat keimanan kita boleh turun atau naik, untuk itu perlu dijaga agar tingkat keimanan kita tetap tinggi. Berada pada lingkungan kondusif dimana orang-orangnya dekat dengan Allah SWT, Insya Allah juga akan membawa kita untuk makin dekat kepada-Nya.

8. Membaca Al Qur'an dan maknanya (erti dari setiap ayat yang dibaca)
Insya Allah dengan membaca Al Qur'an dan maknanya, akan menjadikan kita makin dekat dengan-Nya.

9. Menambah pengetahuan keislaman dengan berbagai cara, antara lain dengan : membaca buku, membaca di internet (tentang pengetahuan Islam, artikel Islam, tausyiah dsb), melihat video Islamik yang dapat meningkatkan keimanan kita.

10. Merasakan kebesaran Allah SWT, atas semua ciptaan-Nya seperti Alam Semesta (jagad raya yang tidak berbatas) beserta semua isinya.

11. Merenung atas semua kejadian alam yang terjadi di sekeliling kita (tsunami, gunung berapi, gempa bumi dsb). Dimana semua itu mungkin berupa ujian keimanan, peringatan, atau teguran bagi kita agar kita selalu ingat kepada-Nya/ mengikuti perintah-Nya. Bukan makin tersesat ke perbuatan maksiat atau perbuatan lain yang dilarang oleh-Nya.

12. Mensyukuri begitu besar nikmat yang sudah diberikan oleh Allah SWT 
Jangan selalu melihat ke atas, lihatlah orang lain yang lebih susah. Begitu banyak nikmat yang diberikan oleh-Nya.Saat ini kita masih bisa bernafas, masih bisa makan, bisa minum, masih mempunyai keluarga, masih mempunyai apa yang kita miliki saat ini,masih mempunyai pancaindera mata, hidung, telinga dan...masih bisa bernafas (masih diberi kesempatan hidup). Masih pantaskah kita tidak bersyukur dan tidak berterimakasih pada-Nya.

Monday, 19 March 2012

20 sifat Wajib Allah


20 SIFAT WAJIB & MUSTAHIL ALLAH S.A.W.

1       Wujud
Ertinya Allah itu ada.  Mustahil Allah itu tiada dan bukti Allah itu ada ialah adanya alam ini.  Tidak mungkin adanya sesuatu itu tanpa ada yang mengadakannya atau menjadikannya.

2       Qidam
Ertinya Allah itu tidak ada permulaan bagiNya.  Mustahil Allah itu ada permulaan bagiNya, kerana kalau Allah itu ada permulaan maka samalah Ia dengan makhluk.  Jika sama dengan makhluk maka Ia bukan Tuhan.

3       Baqa'
Ertinya Allah itu kekal selama-lamanya.  Mustahil Allah akan binasa kerana jika Ia binasa maka alam ini tidak akan sempurna dan akan sama turut binasa.  Allah kekal selama-lamanya kerana Ia tidak dijadikan tetapi Ia yang menjadikan sesuatu dan menyempurnakannya.

4       Mukhalafatuhu Lil Hawadis
Ertinya Allah tidak menyerupai dengan makhluk.  Mustahil Allah menyerupai makhluk kerana Ia yang menjadikan makhluk, antara yang menjadikan dengan yang kena jadi sudah pasti berlainan.

5       Qiyamuhu Binafsih
Ertinya Allah tidak memerlukan kepada yang lainnya.  Mustahil Allah memerlukan kepada yang lainnya kerana jika Allah memerlukan kepada yang selainnya maka sudah tentu Ia lemah, tidak sempurna dan Ianya bukan Tuhan.

6       Wahdaniyah
Ertinya Allah itu Maha Esa.  Mustahil Allah berbilang-bilang (banyak) kerana jika Ia berbilang sudah tentu akan terdapat perbezaan pendapat serta akan timbul pula perselisihan faham yang mengakibatkan kebinasaan alam ini.

7       Qudrat
Ertinya Allah itu Maha Berkuasa.  Mustahil Allah itu lemah kerana jika Ia lemah maka sudah pasti alam ini tiada dan Ia bukan Tuhan.

8       Iradat
Ertinya Allah menetapkan sesuatu mengikut kehendakNya.  Mustahil Allah dipaksa kerana jika dipaksa Ia adalah lemah dan Ianya bukan Tuhan.

9       'Ilmu
Ertinya Allah itu berpengetahuan.  Ia mengetahui keseluruhannya sama yang telah dijadikanNya atau yang bakal dijadikanNya.  Mustahil Allah itu tidak mengetahui atau bodoh kerana jika Ia bodoh sudah pasti Ia tidak dapat mengatur alam ini.  Kejadian alam yang sempurna ini membuktikan Allah itu berpengetahuan yang tiada tolok bandingannya.

10       Hayat
Ertinya Allah itu bersifat dengan hidup.  Mustahil Allah itu mati, jika Ia mati nescaya akan rosak binasalah alam ini kerana itada yang hendak mengaturkannya.

11       Sama’
Ertinya Allah mempunyai sifat mendengar.  Mustahil Allah itu pekak atau tuli kerana pekak adalah sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan tersebut.

12       Basar
Ertinya Allah bersifat melihat.  Mustahil Allah itu buta kerana buta itu sifat kekurangan.  Maha suci Allah dari sifat kekurangan.

13       Kalam
Ertinya Allah itu bersifat dengan berkata-kata atau berfirman.  Mustahil Allah bisu kerana jia Ia bisu sudah pasti Ia tidak dapat memerintah dengan baik.  Bukti Allah bersifat dengan berkata-kata itu seperti mana firmanNya yang terkandung di dalam kitab al Quran.  Al Quran yang dibaca dan ditulis di atas mashaf itu adalah gambaran dari sifat Kalam yang Qadim yang berdiri atas zat yang Qadim iaitu zat Allah.

14       Kaunuhu Qaadiran
Ertinya Allah itu sentiasa bersifat dalam keadaan berkuasa.  Mustahil Allah dalam keadaan lemah.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kuasa maka Ia tetap dalam keadaan berkuasa dan tidak pernah berhenti walau sekejap.

15       Kaunuhu Muriidan
Ertinya Allah itu bersifat sentiasa dalam keadaan menghendaki, mustahil Ia dalam keadaan dipaksa.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat kehendak maka Ia sentiasa dalam keadaan menghendaki.

 16       Kaunuhu ‘Aaliman
Ertinya Allah itu sentiasa dalam keadaan mengetahui, mustahil Ia dalam keadaan tidak mengetahui.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Ilmu maka Ia tetap sentiasa bersifat dalam keadaan berilmu.

17   Kaunuhu Hayyan
Ertinya Allah itu bersifat tetap dalam keadaan hidup, mustahil Ia dalam keadaan mati.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat Hayat maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan hidup.

18       Kaunuhu Samii’an
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan mendengar, mustahil ia dalam keadaan tuli.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat mendengar maka Ia tetap sentiasa dalam keadaan mendengar.

19  Kaunuhu Basiiran
Ertinya Allah itu sentiasa tetap dalam keadaan melihat, mustahil Ia dalam keadaan buta.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat melihat maka ia sentiasa tetap dalam keadaan melihat.

20  Kaunuhu Mutakalliman
Ertinya Allah itu sentiasa tetap bersifat dalam keadaan berkata-kata, mustahil Ia dalam keadaan bisu.  Oleh kerana Allah mempunyai sifat berkata-kata maka Ia tetap dalam keadaan berfirman.

Thursday, 15 March 2012

Hati Seorang Mukmin


Bagaimana sepatutnya hati seorang mukmin itu?

 1. Sensitif dengan Tuhan.
 - Merasa takut dan gerun dengan kekuasaan Allah. Allah boleh berbuat apa sahaja tanpa perlu berunding dengan manusia. Manusia terlalu lemah untuk menolak sebarang takdir Allah. Katalah berlaku banjir di suatu kawasan perumahan, kalaupun mereka yang tinggal di situ adalah golongan yang berharta dan mempunyai kuasa, tapi mampukah mereka mengalihkan banjir ke kawasan lain? Sudah tentu tidak mampu. Mereka mampu sekadar menyelamatkan diri, kalaupun belum terlewat. Begitulah bukti lemahnya manusia.

2. Orang mukmin bila mendapat kejayaan, nikmat, kemudahan hidup, kelapangan hidup, hatinya terasa syukur kepada Allah.

 -Dia merasakan semua itu pemberian Allah, bukan hasil usahanya. Kalaupun dia berusaha tapi bila Allah tidak izinkan, pasti dia tidak mampu melakukannya. Sebagai contoh, berapa ramai di kalangan tokoh-tokoh korporat yang dulunya menguasai perniagaan tapi terpaksa menanggung hutang yang banyak bila menghadapi kemelesetan ekonomi. Sebab itu bagi orang mukmin, kalau keuntungan dan nikmat diperolehi, dia merasa terhutang budi dan malu dengan Allah. Walaupun dirinya masih banyak melakukan dosa dan tidak membuat apa-apa bakti kepada Allah, namun Allah sudi lagi mengurniakan berbagai-bagai nikmat kepadanya.


3. Jika terbuat dosa, sekalipun dosa kecil, apalagi kalau dosa besar, hatinya akan merasa resah gelisah, takut dan hilang ketenangan.

 -Rasa menyesalnya bukan kepalang. Dia merasa bersalah dengan Tuhan. Bersungguh-sungguh dia meminta ampun kepada Tuhan. Bukan sahaja matanya menangis, hatinya pun turut menangis sama mengenangkan kejahatan yang dilakukan. Yang paling ditakutinya bila dosa tidak terampun, bermaksud tentulah Allah tidak redha kepadanya. Tanpa keredhaan Allah hilanglah bahagia di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat.

4. Hati orang mukmin sentiasa rasa di awasi Tuhan.

 -Allah mendengar, melihat, mengetahui apa sahaja yang dilakukan setiap detik, setiap masa dan ketika. Semua manusia tidak terlepas dari pengawasan-Nya. Kerana itu, orang mukmin sangat menjaga hukum dan perintah Allah walaupun berhadapan dengan keinginan nafsu yang sedang memuncak.


5. Kalau diuji oleh Tuhan, hati orang mukmin sabar dan redha. Bahkan tenang dengan ujian dan kesusahan hidup.

 -Dia bersangka baik dengan Allah bahawa ujian adalah untuk penghapusan dosa atau peningkatan darjat di sisi Tuhan. Kalau diuji dia tidak pun melatah, marah-marah, keluh kesah, apalagi merungut-rungut dan mengungkit-ungkit. Sekalipun difitnah, ditohmah, dihina, disakiti, atau ditimpa bencana alam, dia sedar kesemuanya merupakan ujian dari Allah dan Allah tidak bermaksud untukmenyusahkan hamba-Nya melainkan ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.


6. Hati orang mukmin sangat merendah diri dengan Tuhan.

 -Dari setitis air mani yang hina, manusia terlalu lemah dan tiada kuasa apa-apa yang boleh dilakukannya kalau bukan dengan kehendak Allah. Setiap detik manusia memerlukan Tuhan di dalam hidupnya.


7. Sentiasa terkenang nikmat-nikmat Allah yang terlalu banyak yang belum pun sempat di hitung, Allah tambah lagi nikmat-Nya.



 -Nikmat ilmu, nafas, akal, air, makanan, harta, anak isteri, bumi, langit, haiwan, tumbuhan dan seluruh alam semesta yang tidak pernah kita minta. Allah jadikan kesemuanya itu untuk keperluan manusia. Berapa banyak nikmat yang tidak kita minta dan belum pun kita syukuri telah Allah berikan.

 
                          :)  RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.....

Monday, 20 February 2012

KELEBIHAN WANITA SOLEHAH

           
Pada zaman akhir ini, jumlah wanita lebih banyak daripada lelaki, sehingga sudah menjadi kewajiban lelaki untuk membimbing dan menjaga isteri dan anak dari fitnah dunia, fitnah dajjal,dan fitnah harta. Oleh sebab itu, agar wanita – wanita di keluarga kita semangat dalam beramal maka sebagai seorang lelaki wajib membimbing mereka, kerana ustaz dalam rumah kita adalah orang lelaki (bapa) .
Adapun fadhilat wanita solehah antara lain :
1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.
5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukai  anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca “Alhamdulillahi’alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah”. Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.”; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa’ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.
10. Dari ‘Aisyah r.ha. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.”
11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
15. ‘Aisyah r.ha. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?” Jawab baginda, “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki ?” Jawab Rasulullah SAW. “Ibunya”.
16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).
18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan baginya 8 pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.
38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?” Jawab mereka,”Tidak”. Sabda Baginda “Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
42. Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” , Allah akan berkahkan rezekinya.
44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
45. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
46. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”
47. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”
48. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
49. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
50. Sabda Nabi SAW: “Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”
51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.
53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
57. Rasulullah SAW bersabda bahwa, “Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi isteri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid”.
Point-point dari halaman ini terdapat di dalam kitab Kanzul ‘Ummal, Misykah, Riadlush Shalihin, Uqudilijjain, Bhahishti Zewar, Al-Hijab, dan lain-lain. Maaf jika tersalah ejaan dan tatabahasa.  Harap dapat dijadikan panduan untuk menjadi lebih baik.