Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang
tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia
tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah
seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan
suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya
Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya
Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf
depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak
membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya
Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung
saf."
5. Dalam kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang
imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam
membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'amiin'
kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan
diampuni dosanya yang lalu."
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan
solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat
akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat
solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara
berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat
berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam
hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan
malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul
lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga
solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari
tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian
meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan
solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat,
ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang
yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang
Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya
adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang
menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan,
malaikat itu berkata amiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia
dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari
pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun
kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi
orang yang berinfak...' "
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya
Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan
sahur."
11. Orang yang sedang melawat orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang
mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat
untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di
waktu malam hingga Subuh."
Wallahu'alam .. ...