Pemakanan Ilmuwan Islam (FAKTA)
- Madu
– Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’
iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan
boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang
dan bermesyuarat. Ia perlu diambil secara dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada
waktu pagi dan malam.
- Kismis
– Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan
bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah
dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa
penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan
tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap
hari.
- Susu
segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan,
membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi
iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan
otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri
dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
- Telur
– Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan
mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik
ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
- Halia
– Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan, Dimakan sedikit saja pada waktu
pagi.
- Buah
Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW:
“Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah
menerangkan hatinya selama 40 hari.”