WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Tuesday, 5 March 2013

Konsep Nilai dan Budi Bahasa


 1. Nilai dapat kita ertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk menilai, mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap suatu perkara, darjat, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai.

2. Budi bahasa lazimnya merujuk kepada ‘tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia’. Tegasnya setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa, berani, setia,malu, sabar, sopan dan lain-lain.

3. Kedua konsep di atas terangkum di dalam prinsip kelima Rukunnugara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip ini jelas menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga taasusila masing-masing  dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan peribadi dan dalam kehidupan bermasyarakat.

4. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat universal tersebut adalah seperti berikut;-

Amanah
-Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
-Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas.
-Menetukan tiada penyelewengan dalamtugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja.

Tanggungjawab
-Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan.
-Melakuakan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa berhati-hati dan jujur.
-Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan.
-Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi / institusi / awam dalam menjalankan tugas.
-Berrsedia menjaga meruah agama, bangsa dan Negara.

Ikhlas
-Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan daripada sesiapa.
-Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaannya.
-Mengikis sebarang unsur  “kepentingan diri”  dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.

Benar
-Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab.
-Bercakap benar dan menepati janji.
-Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan.
-Bertindak berasaskan profesionalisme.
-Patuh dan setia dalammelaksanakan tugas.
-Sanggup menerima teguran dan nasihat.

Sederhana
-Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugasan.
-Bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkahlaku. 

Tekun 
-Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalamtugas dan kehidupan.
-Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki taraf hidup.
-Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga mencapai tahap cemerlang.

Bersih 
-Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian.
-Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup.
-Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas.
-Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan.
-Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan. 

Berdisiplin 
-Mengetahui kepentingan dan mengutamakan yang lebih penting.
-Menilai tinggi masa dan janji.
-Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang.
-Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.  

Bekerjasama  
-Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja.
-Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama.
-Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama.
-Mengelakkan konflik atau pertembungan berdasarkan peribadi – mengorbankan kepentingan diri bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan Negara. 

Berperibadi Mulia  
-Bermanis muka sepanjang masa.
-Bertmbang rasa dan bertolak-ansur.
-Menghormati sesame insan.
-Sentiasa memulakan ‘pertanyaan’ dengan tujuan untuk menolong. 

Bersyukur   
-Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat.
-Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga mengerakkan untuk lebih berusaha gigih.
-Menghayati budaya kerja yang sopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian).
-Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat.
-Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia.
-Berkhidmat sebagai ibadah.
-Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang banyak kepada masyarakat, Negara dan agama. 

Bermuafakat   
-‘Muafakat Membawa Berkat’. Itulah slogan yang harus dipegang oleh setiap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan adanya amalan muafakat sesame manusia, akan mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama terjalin. 

Bertoleransi  
-Sikap toleransi sesame kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat. 

Bertimbang Rasa
-Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum.

Bersatu Padu 
-Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat.

Beretika
-Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya ia mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi.

Tidak Mementingkan Diri Sendiri
-Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nilai-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri.

Tiada Perasaan Curiga / Syak Wasangka
-Perasaan curiga / syak wasangka tidak akan mudak wujud dalam setiap individu yang mempunyai nilai-nilai murni.

Budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni amat penting dalam menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni dapat melahirkan satu Bangsa Malaysia yang budiman.

Sekian, salam 1Malaysia.