Bagaimana
sepatutnya hati seorang mukmin itu?
1. Sensitif dengan Tuhan.
2. Orang
mukmin bila mendapat kejayaan, nikmat, kemudahan hidup, kelapangan hidup,
hatinya terasa syukur kepada Allah.
-Dia
merasakan semua itu pemberian Allah, bukan hasil usahanya. Kalaupun dia
berusaha tapi bila Allah tidak izinkan, pasti dia tidak mampu melakukannya.
Sebagai contoh, berapa ramai di kalangan tokoh-tokoh korporat yang dulunya
menguasai perniagaan tapi terpaksa menanggung hutang yang banyak bila
menghadapi kemelesetan ekonomi. Sebab itu bagi orang mukmin, kalau keuntungan
dan nikmat diperolehi, dia merasa terhutang budi dan malu dengan Allah.
Walaupun dirinya masih banyak melakukan dosa dan tidak membuat apa-apa bakti
kepada Allah, namun Allah sudi lagi mengurniakan berbagai-bagai nikmat
kepadanya.
3. Jika terbuat dosa, sekalipun dosa kecil, apalagi kalau dosa besar, hatinya akan merasa resah gelisah, takut dan hilang ketenangan.
-Rasa menyesalnya bukan kepalang. Dia merasa bersalah dengan Tuhan. Bersungguh-sungguh dia meminta ampun kepada Tuhan. Bukan sahaja matanya menangis, hatinya pun turut menangis sama mengenangkan kejahatan yang dilakukan. Yang paling ditakutinya bila dosa tidak terampun, bermaksud tentulah Allah tidak redha kepadanya. Tanpa keredhaan Allah hilanglah bahagia di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat.
4. Hati
orang mukmin sentiasa rasa di awasi Tuhan.
-Allah mendengar, melihat, mengetahui apa sahaja yang dilakukan setiap detik, setiap masa dan ketika. Semua manusia tidak terlepas dari pengawasan-Nya. Kerana itu, orang mukmin sangat menjaga hukum dan perintah Allah walaupun berhadapan dengan keinginan nafsu yang sedang memuncak.
5. Kalau diuji oleh Tuhan, hati orang mukmin sabar dan redha. Bahkan tenang dengan ujian dan kesusahan hidup.
-Dia
bersangka baik dengan Allah bahawa ujian adalah untuk penghapusan dosa atau
peningkatan darjat di sisi Tuhan. Kalau diuji dia tidak pun melatah,
marah-marah, keluh kesah, apalagi merungut-rungut dan mengungkit-ungkit.
Sekalipun difitnah, ditohmah, dihina, disakiti, atau ditimpa bencana alam, dia
sedar kesemuanya merupakan ujian dari Allah dan Allah tidak bermaksud
untukmenyusahkan hamba-Nya melainkan ada hikmah di sebalik kejadian tersebut.
6. Hati orang mukmin sangat merendah diri dengan Tuhan.
-Dari
setitis air mani yang hina, manusia terlalu lemah dan tiada kuasa apa-apa yang
boleh dilakukannya kalau bukan dengan kehendak Allah. Setiap detik manusia
memerlukan Tuhan di dalam hidupnya.
7. Sentiasa terkenang nikmat-nikmat Allah yang terlalu banyak yang belum pun sempat di hitung, Allah tambah lagi nikmat-Nya.
-Nikmat
ilmu, nafas, akal, air, makanan, harta, anak isteri, bumi, langit, haiwan,
tumbuhan dan seluruh alam semesta yang tidak pernah kita minta. Allah jadikan
kesemuanya itu untuk keperluan manusia. Berapa banyak nikmat yang tidak kita
minta dan belum pun kita syukuri telah Allah berikan.
:) RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.....