1. Nilai dapat kita ertikan sebagai satu konsep yang
dijadikan asas oleh masyarakat untuk menilai, mengukur atau membuat pilihan
serta keputusan terhadap suatu perkara, darjat, mutu, kualiti, taraf perilaku
dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan
bernilai.
2. Budi bahasa
lazimnya merujuk kepada ‘tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal,
kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak
mulia’. Tegasnya setiap gerak laku, tutur kata, tatahidup, pemikiran dan
perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat
terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan
melengkapkan nilai budi bahasa, berani, setia,malu, sabar, sopan dan lain-lain.
3. Kedua konsep
di atas terangkum di dalam prinsip kelima Rukunnugara iaitu Kesopanan dan
Kesusilaan. Prinsip ini jelas menekankan bahawa setiap warganegara harus
menjaga taasusila masing-masing dengan
tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain. Tingkah laku sopan juga
mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan peribadi dan
dalam kehidupan bermasyarakat.
4. Umumnya,
nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang
merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai-nilai
sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat universal tersebut adalah
seperti berikut;-
Amanah
-Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan
dengan sebaik-baiknya.
-Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi
kepentingan tugas.
-Menetukan tiada penyelewengan dalamtugas sama ada dari segi masa,
kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja.
Tanggungjawab
-Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping
pekerjaan dan majikan.
-Melakuakan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya
iaitu sentiasa berhati-hati dan jujur.
-Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja
diperlukan.
-Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi /
institusi / awam dalam menjalankan tugas.
-Berrsedia menjaga meruah agama, bangsa dan Negara.
Ikhlas
-Berhati mulia
dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan daripada sesiapa.
-Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta
mencari keredhaannya.
-Mengikis sebarang unsur “kepentingan
diri” dalam melaksanakan tugas sebagai
asas pengisian amanah.
Benar
-Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab.
-Bercakap benar dan menepati janji.
-Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan.
-Bertindak berasaskan profesionalisme.
-Patuh dan setia dalammelaksanakan tugas.
-Sanggup menerima teguran dan nasihat.
Sederhana
-Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugasan.
-Bersederhana
dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkahlaku.
Tekun
-Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalamtugas dan
kehidupan.
-Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki
taraf hidup.
-Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga
mencapai tahap cemerlang.
Bersih
-Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian.
-Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu
cara hidup.
-Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas.
-Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan.
-Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran
dalam membuat keputusan.
Berdisiplin
-Mengetahui kepentingan dan mengutamakan yang lebih penting.
-Menilai tinggi masa dan janji.
-Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang.
-Mempunyai
etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.
Bekerjasama
-Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan kerja.
-Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai
sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama.
-Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama.
-Mengelakkan konflik atau pertembungan berdasarkan peribadi –
mengorbankan kepentingan diri bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama,
bangsa dan Negara.
Berperibadi Mulia
-Bermanis muka sepanjang masa.
-Bertmbang rasa dan bertolak-ansur.
-Menghormati sesame insan.
-Sentiasa
memulakan ‘pertanyaan’ dengan tujuan untuk menolong.
Bersyukur
-Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan
hidup sebagai seorang anggota masyarakat.
-Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga
mengerakkan untuk lebih berusaha gigih.
-Menghayati budaya kerja yang sopan dan tidak bertentangan dengan
kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian).
-Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat.
-Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia.
-Berkhidmat sebagai ibadah.
-Bercita-cita
menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang banyak kepada masyarakat, Negara
dan agama.
Bermuafakat
-‘Muafakat Membawa Berkat’. Itulah slogan yang harus dipegang oleh
setiap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan adanya
amalan muafakat sesame manusia, akan mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama
terjalin.
Bertoleransi
-Sikap toleransi sesame kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian
dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.
Bertimbang Rasa
-Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji tanpa
mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum.
Bersatu Padu
-Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa
kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat.
Beretika
-Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya ia
mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi.
Tidak Mementingkan Diri
Sendiri
-Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan
nilai-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri.
Tiada Perasaan Curiga /
Syak Wasangka
-Perasaan curiga / syak wasangka tidak akan mudak wujud dalam setiap
individu yang mempunyai nilai-nilai murni.
Budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni amat penting dalam menjaga
keharmonian hidup bermasyarakat. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan
mengamalkan nilai-nilai murni dapat melahirkan satu Bangsa Malaysia yang
budiman.
Sekian, salam 1Malaysia.