WelCoMe tO My BlOg

Light Blue Pointer

Monday, 29 April 2013

Pemanduan Berhemah


-Pengertian “Pemanduan Berhemah”

  •  Pemanduan Berhemah ialah pemanduan yang dapat menyelamatkan anda. Pemanduan berhemah adalah salah satu pendekatan kepada tugas pemanduan apabila amalannya boleh mengurangkan kemalangan. 
  • Pemanduan berhemah adalah pemanduan untuk mengelakkan kemalangan akibat kesalahan pemandu-pemandu dan halangan-halangan yang lain di jalan raya. Ia meliputi pengetahuan, kemahiran dan sikap yang betul ketika memandu.
  • Menurut Duanne. R. Johnson (1979),  pemanduan berhemat bermaksud pemandu bersedia menghadapi keadaan halangan yang disediakan oleh pemandu lain atau  keadaan jalan raya melalui teknik ' Identify,  Predict,  Decide  and   Act'  IPDA (Mengenalpasti, meramal, membuat keputusan dan bertindak).
  • Pembentukan teknik pemanduan berhemah melibatkan kefahaman undang-undang lalulintas, penggunaan isyarat kenderaan dan isyarat tangan, kesopanan pemandu dan kefahaman aspek-aspek mekanikal kenderaan. Ini akan meninggikan keupayaan anda untuk menjangkakan kesan daripada keadaan lalulintas, cahaya, cuaca, jalan dan pemandu dengan dengan lebih tepat dan berkesan. Tujuan pemanduan berhemah ialah untuk mengajar pemandu tentang cara menamatkan setiap perjalanan supaya tidak :-
- terlibat dalam kemalangan
- melewatkan jadual perjalanan
- menyalahgunakan kenderaan 
- menghilangkan sifat kesopanan
- melakukan kesalahan lalulintas


-Cara-cara Mencegah Kamalangan

Terdapat 3 langkah penting untuk mencegah berlakunya kemalangan iaitu:-

1. Menjangka Bahaya
=Fikirkan apa yang akan berlaku / mungkin akan berlaku di hadapan anda.
=Ambil langkah-langkah yang mungkin untuk menghindarkannya
=Jangan mengandaikan semuanya berada dalam keadaan baik

2. Fahami Langkah Keselamatan
=Untuk mengelakkan kemalangan dalam semua keadaan untuk digunakan apabila diperlukan.

3. Bertindak dengan Cepat
=Apabila melihat bahaya, anda haruslah bertindak dengan cepat untuk mengelakkan bahaya tersebut.


Sumber

Thursday, 25 April 2013

Mengenal Fizik


 
  • Pada zaman dahulu, fizik dikenal sebagai falsafah alam yang berasal daripada perkataan Yunani ‘Physikos ’. Kajian  falsafah alam dipercayai bermula daripada orang Yunani kira-kira 2 500 tahun dahulu.

  • Fizik merupakan bidang yang melibatkan hampir semua aspek semula jadi, daya, struktur jirim dan interaksi antara mereka. Oleh itu, fizik adalah sains asas yang menembusi semua aspek sains, kejuruteraan dan teknologi.

  • Fizik merupakan satu perkara yang tidak mudah kerana lingkungannya terlalu luas dan sentiasa berkembang. Antara bidang fizik yang kita pelajari semasa menengah atas ialah jirim, keelektrikan, kemagnetan, keradioaktifan, elektronik, gelombang, optik, tenaga, gerakan dan sukatan.

  •  Mengkaji fizik ialah mengkaji fenomena alam semula jadi yang melibatkan kehidupan harian kita. Hampir semua daripada fenomena ini dapat diterangkan dengan menggunakan prinsip-prinsip fizik.

  • Melalui fizik, kita cuba memahami fenomena fizikal dari perkara yang terkecil seperti atom molekul hingga ke perkara yang terbesar seperti planet-planet dalam Sistem Suria dan sistem lain dalam alam semesta.

Satelit
Atom

Wednesday, 24 April 2013

Rahsia Menjadi Doktor di Rumah


Urin boleh menjadi petunjuk awal kepada pelbagai jenis penyakit.  Kelebihan urin sebagai penanda gejala penyakit telah pun dikaji oleh para pengamal perubatan semenjak dari dulu lagi.  Keunikan warna, bau dan rasa adalah sifat-sifat urin yang dikaji oleh mereka kerana ia boleh menjadi petunjuk kepada gejala-gejala awal penyakit.

Apa sebenarnya urin?  Urin bukanlah semata-mata air kencing akan tetapi ia adalah bahan kumuhan daripada darah yang ditapis oleh buah pinggang.  Ia adalah sejenis pigmen yang dikenali sebagai Urochrome, diperolehi daripada penguraian hemoglobin, iaitu sejenis protein dalam sel darah merah.  Urochrome inilah yang menyebabkan urin berwarna kuning.

Secara asasnya, warna urin boleh menunjukkan 2 gejala utama iaitu:-
  1. Anda ada jangkitan
  1. Anda mengalami dehidrasi.

Dalam keadaan sihat, urin sepatutnya berwarna kuning cerah.

Urin yang keruh biasanya menunjukkan petanda jangkitan atau batu karang.  Manakala warna kuning gelap menunjukkan anda mengalami dehidrasi  yang memerlukan anda untuk melebihkan air minuman. Selain daripada itu, warna lain juga boleh menunjukkan tahap kesihatan atau pengambilan makanan yang tidak sesuai.  Antaranya ialah:-

  1. Urin berwarna Merah atau Pink Mungkin disebabkan darah dalam urin yang mungkin disebabkan oleh pembesaran batu karang didalam buah pinggang atau disebabkan senaman berat .  ia juga boleh disebabkan oleh kesan perubatan/megambil ubat-ubatan atau makan blackberri, beets (sejenis tumbuhan yang mengandungi gula) atau rhubarb (sejenis tumbuhan)
  1. Urin berwarna oren -  Menunjukkan  anda mengalami dehidrasi yang keterlaluan.  Ia juga boleh disebabkan oleh kesan perubatan/mengambil ubat-ubatan atau berlebihan makan karot.
  2. Urin berwarna kuning florusen -  Perubahan warna ini berlaku apabila anda mengambil vitamin B.
  1. Urin berwarna biru dan hijau  -  Warna yang jarang berlaku ini boleh disebabkan oleh tahap kalsium yang tinggi.  Mungkin juga akibat daripada makan asparagous secara berlebihan.  Kesan perubatan/mengambil ubat-ubatan juga boleh berlaku.  Kesan memakan asparagus juga boleh dikenali dengan bau urin yang kuat.
  1. Urin berwarna coklat - Kesan perubatan/mengambil ubat-ubatan dan kerosakkan hati boleh menukar warna urin kepada warna seumpama air teh.  Warna coklat juga boleh disebabkan oleh tabiat makan Fava beans, rhubarb dan aloe vera secara berlebihan.
  2. Urin yang berbau aroma manis petanda kepada penyakit diabetes.  Bauan gula darah daripada kandungan gula darah yang tinggi di dalam urin.


Diharap tanda-tanda mudah daripada urin ini sedikit sebanyak dapat membantu anda mengenalpasti apa yang anda makan dan sebagai petanda untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga.  Mungkin juga sebagai ‘trigger’ untuk anda berjumpa doktor.

Sesungguhnya, kesihatan adalah rezeki yang paling tinggi  dikurniakan oleh Allah kepada makhluknya.  Jagalah rezeki tersebut sebaik-baiknya .  Gunakanlah ia ke jalan yang sepatutnya.

Wednesday, 17 April 2013

Pengenalan Tatabahasa

- Tatabahasa ialah peraturan bahasa dari segi pembentukan kata dan proses pembinaan ayat.
- Pengetahuan atau pelajaran tatabahasa di peringkat menengah rendah merupakan pemahaman tentang makna perkataan (merujuk kamus) dan proses pembentukan perkataan  sepeti imbuhan, pemajmukan dan sebagainya.  Peringkat kedua ialah pemahaman tentang ayat, iaitu jenis ayat, ragam ayat dan sebagainya.


- Ringkasnya, pembelajaran tatabahsa menekankan aspek makna, iaitu makna, perkataan (kosa kata) dan makna ayat. Pembelajaran juga menekankan aspek struktur, iaitu pembinaan kata dan pembinaan ayat.

Sumber dari buku PMR Bahasa Malaysia

Sunday, 14 April 2013

Kata dalam Bahasa Malaysia (2)


PENGGOLANGAN MENGIKUT MAKSUD

1. Dari segi maksud, kata boleh dipecahkan kepada:
a. Kata Nama
b. Kata Kerja
c. Kata Sifat
d. Kata Tugas

2. Kata nama. Kata yang menjadi inti frasa nama dalam ayat. Digunakan untuk merujuk orang, benda dan tempat yang bersifat konkrit atau abstrak. Dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

a. Kata nama khas. Kata nama yang merujuk khusus orang, tempat atau benda. Ditulis dengan huruf besar pada setiap awal perkataan. Contoh: Hadi, Sang Kancil, Proton Saga dan Malaysia.

b. Kata nama umum. Merujuk konsep atau benda yang umum. Dipecahkan kepada dua, iaitu yang abstrak dan konkrit. Contoh kata nama umum abstrak: suara, kecewa, keselesaan, kemenangan dan kehendak. Contoh kata nama umum yang konkrit: tangan, batu, motosikal dan air.

c. Kata ganti nama. Bentuk kata yang tugasnya menjadi pengganti kepada kata nama. Terbahagi kepada dua iaitu ganti nama penunjuk dan ganti nama diri. Contoh ganti nama penunjuk: itu,ini dan nun. Ganti nama diri terbahagi kepada dua, iaitu ganti nama diri tanya (siapa, apa dan mana) dan ganti nama diri manusia. Ganti nama diri manusia dapat dipecahkan lagi kepada ganti nama diri pertama (aku, saya, hamba)  kedua (awak, engkau)  dan  ketiga (ia, beliau, mereka, Ali).


3. Kata kerja. Kata yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Terbina daripada kata dasar ataupun kata terbitan. Dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
a. Kata kerja transitif. Kata kerja yang menerima penyambut selepasnya. Penyambut ini dinamakan objek. Tanpa objek, kata kerja itu tidak akan sempurna dan binaan ayat akan menjadi salah. Dalam ayat – Polis menembak perompak itu, kata kerja  menembak harus diikuti objek, perompak itu untuk melengkapkan ayat itu dan menjadikannya gramatis.
b. Kata kerja tak transitif. Kata kerja yang titidak memerlukan penyambut atau objek kata nama untuk melengkapkannya. Tidak semua kata kerja berawalan meN- merupakan kata kerja transitif. Ada juga kata kerja berawalan meN- yang tidak memerlukan objek selepasnya seperti menyelam, melancong, menjerit dan menggunting. Kata-kata kerja seumpama  itu dinamakan kata kerja tak transitif (tidak berpelengkap).


4. Kata sifat atau kata adjektif. Kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif. Kata ini boleh berfungsi sebagai penerang kata nama. Kata sifat dapat dibahagikan kepada: 
a. Kata sifat keadaan. Kata sifat yang menjelaskan keadaan kata nama. Contoh: pandai, cantik, hodoh, sakit, lemah, gopoh, berani, takut dan tamak. Kata sifat yang mungkin sesuai untuk benda ialah seperti keras, kejap, jitu, kemas, kesat, bersih, kotor, buruk dan rendang.
b.Kata sifat warna. Kata sifat yang menjelaskan sesuatu warna kepada kata nama. Contoh: hitam, biru, hijau, cerah, gelap, perang, kuning, oren dan sebagainya.
c. Kata sifat ukuran. Kata sifat yang menerangkan ukuran sesuatu kata nama. Contoh; panjang, pendek, tinggi, rendah, tebal, nipis, dalam, kecil, besar dan  sebagainya.
d.  Kata sifat bentuk. Kata sifat yang menjelaskan bentuk sesuatu kata nama. Contoh:  bulat, leper, tiga segi, bundar dan sebagainya.
e. Kata sifat waktu. Kata sifat yang menjelaskan masa atau waktu sesuatu kejadian kata nama. Contoh:  lama, lewat, baru, spontan, segera, kemudian, cepat dan sebagainya.
f. Kata sifat jarak. Kata sifat yang menjelaskan konsep ruang amtara dua benda atau keadaan kata nama. Contoh: jauh, dekat, hampir, nyaris, rapat dan sebagainya.
g. Kata sifat cara. Kata sifat yang menjelaskan kelakuan atau ragam kata nama. Contoh: cepat, gopoh, selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, pernah, lincah dan sebagainya.
h. Kata sifat perasaan. Kata sifat yang menjelaskan sesuatu perasaan yang dihadapi oleh kata nama. Contoh: sayang, rindu, benci, senang, hendak, kasih, ragu, gembira, suka, duka, nestapa dan sebagainya.
i. Kata sifat pancaindera. Kata sifat yang membawa pengertian konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima pancaindera tersebut. Contoh:  sedap, enak, masin, manis, cantik, jelita, hodoh, tampan, gagah, segak, ayu, nyaring, merdu, sayup, mersik, kuat, garau, serak, busuk, hancing, semerbak, hanyir, kesat, licin, keras, lembut, halus dan sebagainya.

5. Kata sifat terbentuk melalui beberapa cara. Antaranya ialah seperti berikut:
a. Kata sifat dasar. Terdiri daripada hanya satu perkataan dasar seperti yang sudah dinyatakan di atas. Tidak mempunyai imbuhan atau mengalami proses penggandaan. Kata sifat ini bertugas sebagai penerang kata nama dan sama ada menerima atau tidak kata bantu atau penguat.
 b. Kata sifat terbitan. Terhasil apabila kata sifat dasar diberi imbuhan, sama ada imbuhan awalan ter dan se ( terbaik, tercantik, terbaik, sebaik, seindah dan seburuk), sisipan el, em, er, in ( kelemumur, selekeh, gemuruh, gemilang, semerbak, semantan, gerigi, sinambung)  dan apitan ke-an ( kebudakankearabankemelayuan ).
c. Penggandaan kata sifat. Kata sifat dasar digandakan sama ada penuh ( cantik-cantik, mahal-mahal, merah-merah, cepat-cepat )  atau separa ( kemalu-maluan, kegilaan-gilaan, kehijau-hijauan ) dan  berentak ( hiruk-pikuk, lintang-pukang, sunyi-sepi ).
d. Kata sifat majmuk. Terhasil daripada proses merangkaian dua kata sifat dasar atau lebih yang membawa maksud tertentu. Contohnya: muda remaja, tua bangka, kuning langsat, biru laut, senyum simpul,panas terik dan cantik manis.


6. Kata tugas.  Kata yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung fungsi tertentu. Fungsi-fungsi kata tugas dapat dibahagikan kepada:
 a. Penyambung ayat. Berfungsi menghubungkan dua ayat atau lebih sehingga menjadi ayat majmuk. Ayat majmuk gabungan dihubungkan dengan kata-kata hubung gabungan ( dan, lalu, serta, tetapi, kemudian, sambil, lantas, malahan)   sementara ayat majmuk pancangan dihubungkan dengan kata hubung pancangan ( yang, bahawa, untuk ). Kata hubung keterangan musabab ( sebab, kerana, sehingga ),  keterangan syarat ( sekiranya, jika, andai ) , keterangan waktu ( sejak, setelah, sementara, sesudah, tatkala, apabila, ketika) ,  keterangan pertentangan  ( sungguhpun, meskipun, walaupun), keterangan harapan ( agar, semoga, supaya)  dan keterangan cara ( dengan) juga digunakan.

b. Praklausa. Sejumlah kata yang hadir di hadapan klausa. Antara tugasnya ialah untuk menimblkan nada seruan aduh, ah, cis, amboi, wah, aduhai, wahai, syabas, oh, eh),  pertanyaan ( mengapa, berapa, apa, bila, di mana, bagaimana),  kata perintah ( jangan, usah, sila, tolong, minta ) , kata pembenar ( ya, benar, betul)  dan   kata pangkal ayat ( hatta, kalakian, syahadan, sebermula, arakian).

c. Prafrasa.  Sejumlah kata yang hadir di hadapan frasa, sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa sifat. Kata-kata ini bertugas untuk menguatkan, menegaskan, menghitung, menafikan dan sebagainya. Antaranya ialah
kata bantu aspek ( telah, belum, sedang, tengah, pernah, masih, akan ),
kata bantu ragam ( mahu, mesti, harus, dapat, perlu, wajib), 
kata penguat ( sangat, terlalu, paling, sungguh, agak)
kata penegas ( -kah, -tah, -lah, jua, juga, sahaja lagi, hanya, memang)
kata nafi ( tidak, bukan),
kata pemeri ( ialah, adalah ) , 
kata sendi nama (dari, daripada, ke, di, kepada, untuk, bagi) ,
kata arah ( antara, di bawah, di atas, sisi, penjuru, selatan) ,
kata bilangan ( dua, dua puluh, segala, seluruh, para, sekalian, berguni-guni, beratus-ratus, setengah, separuh, masing-masing).  

Sumber dari buku STPM BAHASA MELAYU

Kata dalam Bahsa Malaysia


 1. Perkataan ialah:
a. Unit tatabahasa yang bebas dan paling kecil dalam sususnan tatabahasa.
b. Tidak boleh dibahagi-bahagikan atau dipisahkan kepada bentuk yang lebih kecil daripadanya.
c. Dinamakan juga morfem bebas kerana setiap kata membawa maksud.

2. Imbuhan seperti “meN-”, “-lah”, “-an” dan “-nya” tidak dianggap perkataan kerana tidak boleh berdiri sendiri untuk melahirkan makna. Ia bergantung kepada kata dasar untuk berfungsi dan memberi makna. Bentuk ini dinamakan morfem terikat kerana bergantung kepada kata dasar untuk membawa makna.

3. Perkataan digolongkan mengikut maksud dan binaannya.
a. Binaan. Dibahagikan kepada 4, iaitu kata dasar, kata terbitan, kata majmuk dan kata gandaan.
b. Maksud. Dibahagikan kepada 4, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif / kata sifat dan kata sendi.

Penggolongan Mengikut Binaan

4. Kata dasar. Dikenali sebagai kata tunggal. Semua kata dalam bahasa Melayu bermula daripada kata dasar ini. Bilangan suku katanya tidak selaras. Ada yang satu suku kata (rak, ras, rob); dua suku kata (mati, lapang, rindu); tiga suku kata (bahaya, gelosa, Lausana); empat suku kata ( anugerah, selesema, kelemumur); dan lima suku kata (cendekiawam, akuarium, kosmopolitan).

5. Kata dasar juga boleh terhasil daripada perkataan akronim, iaitu daripada percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau percantuman bahagian untuk membentuk satu perkataan baru. Contoh: jentolak ( jentera tolak), kugiran (kumpulan gitar rancak), purata (pukul rata), tadika (taman didikan kanak-kanak).

6. Kata terbitan. Terhasil daripada proses imbuhan, iaitu proses menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Setiap kata terbitan asalnya kata dasar atau morfem bebas.

7. Kata terbitan dibahagikan kepada 4 jenis, iaitu:
a. Awalan. Imbuhan hadir sebelum kata dasar. Imbuhan awalan boleh dibahagikan kepada awalan kata nama, awalan kata kerja dan awalan kata sifat.
i.  Contoh awalan kata nama: jururawat, kelasi, mahasiswa, pemalas, pemburu, pendidik, pengatur, pengebom, prauniversiti, subbidang dan tatanegara.
ii. Contoh awalan kata kerja: bekerja, belajar, bernafas, diatur, dipersoal, merosak, membalas, mentadbir, menghapus,mengesyor, mempertingkat dan tertarik.
iii. Contoh awalan kata sifat: setinggi, terencat dan tercantik.

b. Akhiran. Imbuhan yang hadir selepas kata dasar. Akhiran wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan.
i.  Contoh akhiran kata nama: ustazah, pakaian, muslimat, hadirin, nasionalisme, seniman,usahawan dan peragawati.
ii. Contoh akhiran kata kerja: buatkan, naikkan, jauhi dan miliki.

c. Apitan. Imbuhan yang mengapit kata dasar, iaitu di kedua-dua belah kata dasar. Terdapat 3 jenis apitan, iaitu apitan kata nama, apitan kata kerja dan apitan kata sifat.
i.   Contoh apitan kata nama: kematian, kerinduan, pelayaran, perasaan, pelajaran, pemprosesan, pentadbiran, penjualan, pengajaran, pengeboman dan perjudian.
ii.  Contoh apitan kata kerja: berpadanan, berdasarkan, dikhianati, dielakkan, diperlihatkan, diperingati, kekecewaan, melewati, merosakkan, mempesonakan, mendendangkan, mengghairahkan, mengeposkan, membintangi dan mempersembahkan.
iii. Contoh apitan kata sifat: kemelayuan, kecinaan, kejawaan dan keinggerisan.

d. Sisipan. Imbuhan dicelah-celah kata dasar. Bentuk kata terbitan sisipan ini tidak banyak jumlahnya dalam perbendaharaan kata bahasa Melayu. Terdapat 2 jenis sisipan, iaitu sisipan kata nama dan sisipan kata sifat.
i.  Contoh sisipan kata nama: telunjuk, kelengkeng, seruling dan serabut.
ii. Contoh sisipan kata sifat: gelembung, selerak, gerigi, serabut, semerbak, gemerlap dan sinambung.

8. Kata majmuk. Kata yang terbina daripada sekurang-kurangnya dua rangkaian kata dasar yang membawa makna berbeza dengan kata dasarnya. Contoh: tanggung dan jawab digabungkan menjadi tanggungjawa. Kata majmuk dieja secara terpisah dan bertindak sebagai satu unit.

9. Kata majmuk dibahagikan kepada 3, iaitu:
a. Kata majmuk berupa rangkai kata bebas. Contoh:  luar biasa, balai raya, rupa paras, ambil alih, merah muda, ramah mesra dan merah jambu. Nama jawatan termasuk dalam jenis ini seperti perdana menteri, wakil rakyat, ketua setiausaha dan ketua rumah.
b. Kata majmuk berupa istilah khusus. Ditemui dalam budang akedemik, terutama istilah dalam sesuatu bidang. Contoh: mata pelajaran, kertas kerja, alat pandang dengar, buku teks, promosi jualan dan komunikasi massa.
c. Kata majmuk berupa simpulan bahasa. Contoh: tangan panjang, kaki botol, senyum kambing, pilih kasih dan mata air.

10. Terdapat kata majmuk yang telah ditetapkan supaya ditulis satu perkataan. Antaranya ialah: antarabangsa, apabila, apahal, apakala, bagaimana, barangkali, beritahu, bumuputera, darihal, daripada, dukacita, kakitangan, jawatankuasa, kepada, kerjasama, manakala, manalagi, olahraga,   sediakala, pesuruhjaya, setiausaha, sukacita, sukarela, suruhanjaya, tandatangan, tanggungjawab dan  warganegara.

11. Dalam penulisan gandaan kata majmuk, elemen yang digandakan hanyalah kata dasar yang pertama. Contoh: perdana-perdana menteri bukannya perdana menteri-menteri. Contoh lain: alat-alat tulis, buku-buku teks, gambar-gambar rajah, wakil-wakil rakyat dan kapal-kapal terbang.

12. Kekecualiannya kepada penggandaan kata majmuk simpulan bahasa dan bentuk kata majmuk yang mantap. Ia ditulis dengan kesemua unsur kata majmuk itu. Contoh: ibu ayam-ibu ayam, bukan ibu-ibu ayam. Contoh lain: kaki botol-kaki botol, setiausaha-setiausaha, duit kopi-duit kopi, dan suruhanjaya-suruhanjaya.

13. Kata gandaan.  Terbentuk apabila kata dasar digandakan. Terdapat tiga jenis gandaan, iaitu gandaan penuh, gandaan tidak penuh dan gandaan berentak.

a. Penggandaan penuh. Kata dasar digandakan sepenuhnya, sama ada menggunakan imbuhan atau tidak. Gandaan dibuat untuk memberi maksud jamak atau menegaskan kata sifat. Contoh: kotak-kotak, buku-buku, rakan-rakan, perlawanan-perlawanan, pelatih-pelatih dan keburukan-keburukan.

b. Pengunaan tidak penuh. Penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Dibuat pada kata dasar atau kata terbitan. Biasanya melibatkan pengulangan suku kata pertama. Letak gandaannya ialah pada hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaannya mengalami proses perubahan menjadikannya kepada vokal e. 
Contoh: lelangit, jejari, rerambut dan rerama.
Bagi gandaan kata dasar berimbuhan, hanya kata dasar digandakan. Contoh: berturut-turut, terikut-ikut, mencari-cari, kasih-mengasihi, rindu-merindui, bantu-membantu dan tolong-menolong.

c. Penggandaan berentak. Penggandaan kata dasar mengikut rentak bunyi. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi diubah dan diulang. Terdapat 3 jenis penggandaan berentak ini iaitu:   
i.   Pengulangan vokal. Contoh: lauk-pauk, hina-dina, saudara-mara, sayur-mayur dan selok-belok.
ii.  Pengulangan konsonan. Contoh: kayu-kayan, batu-batan, tanah-tanih, bukit-bakau dan mundar-mandir.
iii. Pengulangan bebas. Contoh: lemah-longlai, sahabat-handai, tinggi-lampai dan susur-galur.

Sumber dari buku STPM BAHASA MELAYU

Wednesday, 10 April 2013

Latar Belakang Bahasa Malaysia (3)


SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

1. Bahasa Melayu mengalami keadaa pasang surut sejak awal pensejarahannya sebelum dapat meletakkan diri sebagai bahasa kebangsaan. Ia menjadi bahasa komunikasi utama di Alam Melayu sebelum abad ke-15 apabila penjajahan barat telah menghakis kepentingan bahasa Melayu sedikit demi sedikit.

2. Apabila negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kedudukan bahasa Melayu berubah sehingga akhirnya dapat meletakkan dirinya sebagai bahasa kebangsaan, kemudian menjadi bahasa rasmi negara.

3. Perjuangan untuk menegakkan bahasa Melayu bukan mudah. Pengaruh bahasa Penjajah, terutamanya bahasa InggerĂ­s amat kuat mencengkam dalam kalangan orang Melayu sendiri. Ada kalangan yang berpendidikan Barat menentang usaha mendaulatkan bahasa Melayu ini. Namun semangat nasionalisme tulen dalam kalangan masyarakat negara ini mampu mengatasi semua cabaran sehingga dapat meletakkan kedudukan bahasa Melayu seperti yang ada pada hari ini.

4. Perkembangan bahasa Melayu daripada lingua franca perdangan zaman Islam sehingga kini telah melalui beberapa tahap. Hendrik Kern menyatakan bahawa bahasa Melayu mengalami lima zaman, iaitu:

a. Bahasa Melayu Purba. Dari zaman pratulisan hinggalah zaman Srivijaya pada abad ketujuh. Zaman ini bermula Sejas kedatangan manusia Melayu dari selatan China kira-kira 1500 tahun sebelum masehi.

b. Bahasa Melayu Kuno. Dari abad ketujuh hingga abad ke-15. Zaman ini bermula dengan penemuan beberapa prasasti batu bersurat Srivijaya di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur dan Karang Brahi hinggalah zaman sebelum kedatangan agama Islam ke Alam Melayu.

c. Bahasa Melayu Pertengahan. Dari abad ke-14 hingga abad ke-19. Zaman ini bermula dengan kemsukan agama Islam yang banyak membawa pengaruh kepada bahasa Melayu hinggalah saat para penjajah InggerĂ­s dan Belanda.

d. Bahasa Melayu Peralihan. Dari abad ke-19 hingga abad ke-20. Zaman ini banyak berkisar di sekitar kedudukan bahasa Melayu dalam cengkaman penjajah Barat.

e. Bahasa Melayu Moden. Dari abad ke-20 sehingga kini. Bermula apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajah InggerĂ­s dan memilih bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.


5. Pendapat lain menyatakan bahawa terdapat lima tahap yang dilalui oleh bahasa Melayu sebagai mencapai kedudukan seperti pada hari ini, iaitu:

a. Tahap 1. Bermula dari zaman kadatangan orang Melayu dari Yunan ke Alam Melayu hingga zaman Kejaraan Srivijaya. Bukti yang kukuh tentang bahasa mereka pada zaman Srivijaya diperoleh daripada empat batu bersurat yang ditemui di Palembang, Jambi dan Pulau Bangka. Bahasa Melayu tertulis dalam huruf Srivijaya yang diperturunkan daripada huruf Hindu (Pallawa).

b. Tahap 2. Zaman Melaka mengalami zaman keagungannya, iaitu pada abad ke-15. Pada ketika itu Melaka menjadi pusat perdangan, bahasa dan kesusasteraan. Perkembangan sangat dipengaruhi agama Islam. Untuk mengembangkan Islam, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar. Bahasa dan kesusasteraan Melayu banyak dipengaruhi Arab dan Parsi.

c. Tahap 3. Zaman usaha membangunkan semula kesusasteraan Melayu di Johor untuk menggantikan kesusasteraan Melayu yang musan apabila Melada ditakluk Portugis pada1511. Sejarah Melayu dikatakan selesai ditulis pada 1616.

d. Tahap 4. Permulaan abad ke-19, iaitu pada zaman Abdullah bin Abdulkadir Munsyi. Beliau mencela dan mengecam bangsa Melayu yang menurutnya tidak mempedulikan bahasa dan kesusasteraannya. Peranan beliau dalam pengembangkan bahasa dan kesusasteraan Melayu Amat besar sehingga digelar Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Karyanya menambah perbendaharaan sastera Melayu dan menghidupkan semula sastera Melayu.

e. Tahap 5. Pada abad ke-20, iaitu pada zaman perkembangan bahasa Melayu menuju bahasa kebangsaan di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Sumber dari buku STPM BAHASA MELAYU

Tuesday, 9 April 2013

Latar belakang Bahasa Malaysia (2)


BAHASA MELAYU KUNO

1. Sekurang-kurangnya terdapat 200-300 bahasa daripada cabang bahasa Melayu kuno di Kepulauan Melayu. Bahasa-bahasa itu adalah pecahan rumpun bahasa Austronesia. Cabang-cabang bahasa Austronesia ialah:

a. Nusantara atau keluarga Indonesia. Cabang bahasa yang terbesar. Penuturnya ialah dari Formosa di utara ke Kepulauan Filipina. Sempadannya di sebelah timur ialah Maluku dan di sebelah barat ialah Madagascar.
b. Malenesia. Digunakan di New Guinea, Halmahera, Irian, Kepulauan Carolina dan pulau-pulau sekitarnya.
c. Polinesia. Digunakan oleh masyarakat di Fiji dan sekitarnya dan kawasan selatan ingá kepada masyarakat Maori di New Zealand dan ke timur hingga ke Hawaii dan Kepulauan Easter.
d. Mikronesia. Di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert. Kawasan lain termasuklah sebelah timur Filipina yang meliputi pulau-pulau Palawan, Chamorro, Guam dan Truk.

2. Bahasa-bahasa Nusantara dibuat penggolongan oleh Ismail Hussein. Antara bahasa yang terlibat ialah:

a. Golongan Fiipina: Formosa, Batan, Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Ibang, Igorot, Magindanao, Tingyan, Dadayak, Sulu, Palau, Sangir-Talaud, bantik, Bantenan, Mongondau, Tombulu, Tonsea, Tondono, Tontemboan-Tonsawang.
b. Golongan Sumatera: Aceh, Gayo, Diales-dialek Batak (Karo, Alas, Pakpak, Toba, Simelungun,Angkola-Mandailing), Minangkabau, Lubu, Melayu-Uluan, Rejang-Lebong, Lampung, Simalur, Nias, Sicule, Mentawai, Enggano, Loncong, Lom, Orang Laut.
c. Golongan Jawa: Sunda, Jawa, Madura.
d. Golongan Kalimantan: (Bahasa-bahasa Dayak seperti Klemantan, Iban, Ot-Danum, Kenya-Bahau-Kayan, Milano.)
e. Golongan Bali-Sasak: Bali, Sasak, Sumbawa.
f. Golongan Gorontolo: Bulanga, Kaidipan, Gorontolo, Buol.
g. Golongan Tomoni.
h. Golongan Toraja: Kaili, Kulawi, Pipikoro, Napu, Bada’-Besoa, Leboni, Bare’e, Wotu.
i. Golongan Loinan: Loinan, Bobongko, Balantak, Banggai.
j. Golongan Bungku-Laki: Bunglu-Mori, Laki, Laiwui, Landawe, Mapute.
k.Golongan Sulawesi Selatan: Makasar, Busi, Luwu, Sa’dan, Pitu-Uluna-Salu, Mandar, Seko.


3. Suatu bangsa yang dapat diterima umum amat diperlukan sebagai bahasa perantaraan dalam kalangan bahasa-bahasa yang pelbagai itu. Apabila mereka berinteraksi dengan masyarakat lain di luar masyrakat mereka, bahasa lain yang Standard diperlukan.

4. Salah satu daripada 200-300 bahasa Nusantara ialah Bahasa Melayu. Bahasa ini hanya digunakan oleh masyarakat yang kecil bilangannya. Penutur asalnya ialah di Sumatera, iaitu satu kawasan kecil di sekitar Jambi. Kenapa bahasa Melayu berupaya menjadi bahasa lingua franca di Kepulauan Melayu? Ini disebabkan:

a. bahasa melayu bersifat sederhana. Bahasa itu dapat dibentuk untuk Semarang keperluan dan lebih senang dipelajari.
b. Tidak ada perbezaan taraf dalam penggunaan dalam bahasa Melayu. Ini berbeza dengan bahasa Jawa yang terbahagi kepada dua, bangsa ngoko digunakan oleh masyarakat biasa sementara bahasa kromo pula digunakan oleh golongan yang lebih terhormat.
c. Bahasa Melayu mudah menerima pengaruh asing. Perkembangan bahasa Melayu banyak dipengaruhi pelbagai bahasa lain.

5. Bahasa Melayu telah dipengaruhi pelbagai bahasa lain. Antara bahasa lain yang banyak mempengaruhi bahasa Melayu ialah bahasa Sanskrit, Jawa, Arab, bahasa penjajah Barat (InggerĂ­s, Belanda, Sepanyol), Siam, China, Tamil, Parsi, Hindustan dan sebagainya. Bahasa-bahasa tersebut mempunyai pengaruh dalam bahasa Melayu kerana adanya hubungan di antara masyarakat melayu dengan masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut. 

Sumber dari buku STPM BAHASA MELAYU

Latar Belakang Bahasa Malaysia


ASAL USUL BANGSA DAN BAHASA MELAYU

1. Latar belakang bangsa dan bahasa Melayu masih kabur. Banyak sarjana yang masih menkaji asal usul mereka. Antara sarjana yang aktif mengkaji asal usul bangsa Melayu ini ialah Hendrik Kern, Von Heine-Geldern, Nicolaas J. Krom, Van Ronsel, N.H. Kerne, Hallander, dan Reinhold Rost.

2. Orang Melayu dikatakan berasal dari daerah Yunan di China selatan. Mereka mengembara ke selatan melalui lembah Sungai Mekong Kira-kira 2,500 hingga 1,500 tahun sebelum masehi. Perjalanan mereka dibuat secara beransur-ansur, mengikut jalan laut sehingga membawa mereka ke Filipina, Guam sehinggalah ke Kepulauan Mikronesia, Malenesia, dan Polinesia. Ke selatan mereka menempuh Pulau Borneo, Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa dan Nusa Tenggara serta ke Pulau Malagasy di timar benua Afrika.

3. Pada asalnya, mereka ini menuturkan bahasa yang sama. Namun penghijrahan ini telah menghasilkan bahasa yang berbeza-beza, iaitu:
a. Kelompok utara. Terdiri daripada bahasa-bahasa Formosa, Filipina, Pulau Marianna, Sulawesi Utara, beberapa bahasa Borneo, pulau di sekitar Sumatera, dan Malagasy.
b. Kelompok barat. Terdiri daripada bahasa-bahasa Sumatera, Jawa, Bali, Borneo Selatan, Semenanjung Tanah melayu, Cham dan beberapa kelompok kecil di daratan Tenggara Asia.
c. Kelompok timur yang terdiri daripada bahasa-bahasa dari Simbawa ke Timor dan Utara Irian.

4. Orang-orang ini menggunakan dua jalan dalam penghijrahan ini,iaitu:
a. Jalan Sa-Huyunh-Kalanay. Bergerak melalui pesisir daratan Asia ke Vietnam dan seterusnya ke Semenanjung Tanah Melayu, sebelum bergerak ke Borneo, Palawan dan Visayan, Indonesia, dan akhirnya ke Irian. Mereka mungkin terus berhijrah ke Malenesia hingga ke New Caledonia dan Fiji.
b. Jalan Bau-Melayu. Bergerak ke Formosa, Selatan Jepun dan kemudian ke Filipina, Borneo, Sumatera dan ke utara arah Semenanjung Tanah Melayu, Thailand, Kemboja dan Vietnam.

5. Terdapat 2 teori yang banyak dijadikan pegangan berhubung asal usul orang Melayu ini, iaitu:
a. Teori Von Heine-Geldern. Menyimpulkan bahawa orang Melayu dan bahasa Melayu mempunyai hubungan rapat dengan orang-orang Mon-Khmer. Inilah teori awal tentang sejarah bahasa orang Melayu, iaitu dari sekitar Khmer atau Kemboja hari ini.
b. Teori Hendrik Kern. Menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari Tanah Tinggi Yunan. Teori ini diterima umum.

6. Sejarah manusia Melayu dikatakan bermula kira-kira 2500 sebelum masehi. Sekumpulan puak yang besar dari Yunan di China mengembara ke arah selatan, iaitu ke daerah-daerah di Asia Tenggara. Kumpulan ini dinamakan Indo-Melayu atau Austronesia. Merekalah yang menjadi asas terhadap penduduk Asia Tengara sekarang ini. Kumpulan ini juga dinamakan Melayu Proto. Mereka mendiami kawasan pinggir sungai dan hutan yang subur.

7. Kira-kira 1500 sebelum masehi , sekumpulan puak yang lebih besar datang ke selatan. Puak ini dinamakan Melayu Deutro. Terdapat perbezaan puak Melayu Proto dengan Melayu Deutro, seperti:
a. Melayu Duetro dikatakan lebih bijak, cekap dalam pelayaran dan menguasai ilmu bintang. Mereka dapat belayar lebih jauh ke selatan, iaitu di Kepulauan Melayu dan Kepulauan Pasifik dan kemudian membuat petempatan di sana. Di sinilah bermulanya perkembangan manusia dan bahasa Melayu sekarang ini.
b. Tamadun Melayu Deutro lebih tinggi daripada Melayu Proto.
c. Bilangan Melayu-Deutro lebih ramai. Mereka mudah dapat memnduduki kawasan-kawasan subur yang sebelum ini didiami oleh Melayu Proto. Ini memaksa puak Melayu proto melarikan diri ke gunung-ganang dan hutan rimba yang masih belum diduduki. Mereka inilah yang menjadi asas kepada orang asli sekarang ini.

8. Orang-orang Melayu Deutro ini mulanya mempunyai bahasa yang sama untuk berkomunikasi. Namun bahasa tersebut berkembang menjadi bahasa yang berainan. Ini kerana:
a. Mereka terpisah dengan kumpulan yang lain yang menyebabkan bahasa mereka yang asal itu berkembang terbatas di daerah masing-masing.
b. Bahasa mereka yangasal itu mengalami perubahan disebabkan keperluan setempat dan corak ekonomi. Mereka menyesuaikan bahasa asli mereka engan suasana kehidupan mereka di pulau itu.
c. Bahasa yang asal itu menerima pengaruh luar yang berbeza-beza di antara satu tempat dengan tempat lain.

9. Perkembangan bahasa yang berbeza-beza itu menyebabkan bahasa yang asal melahirkan bahasa atau dialek yang berlainan.  Antara bahasa yang timbal akibat perbezaan perkembangan bahasa ini adalah Minangkabu, Dayak, Batak, Jawa, Tagalog dan sebagainya.

10.Walaupun berbeza, namun penelitian menunjukkan bahasa-bahasa itu mempunyai asas yang sama. Banyak perbendaharaan kata mereka yang sama, Cuma disebut dengan bunyi atau intonasi yang berlainan. Bahasa asal mereka yang sama itu disebut bahasa Melayu konu. Contonhnya bagi kata “padi”: padi (Aceh), eme (Batak), faghe (Nias), pare (Sunda), pari (Jawa), pale (Gorontalo), pare (Macasar), pala (Buru), ane (Timor), padi (Bali), bade (Roti) dan parai (Dajak).

Sumber dari buku STPM BAHASA MELAYU

Pengertian Islam


1. Dari sudut bahasa, perkataan Islam berasal daripada bahasa Arab, iaitu ‘salima’  bererti selamat sentosa atau  kedamaian. Ia juga bermaksud menyerah diri, tunduk patuh dan taat. Islam berbeza daripada agama lain yang ada di muka bumi, kerana percatan Islam tidak mempunyai hubung kait sama ada dengan individu tertentu, golongan atau tempat tertentu.

2. Definisi Islam mengikut istilah atau syarak ialah patuh dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Islam juga adalah peraturan hidup, peraturan bersifat integral yang mengatur hidup dan kehidupan manusia dan menjadi dasar akhlak yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W..

3. Definisi Islam dapat difahami ketika Jibril datang bertanya Rasulullah S.A.W. tentang Islam:

Ceritakan padaku (wahai Muhammad) tentang Islam”, Rasulullah S.A.W. menjawab: “Emgkau mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan Allah S.W.T., Muhammad ialah hamba dan pesuruh-Nya, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, puasa bulan Ramadan dan menunaikan haji ke Baitullah jika engkau mampu.”

[HR Bukhari]

4. Berdasarkan hadis tersebut dan juga perjalanan kehidupan Rasulullah  S.A.W., maka dapat disimpulkan beberapa perkara yang menjadi dasar utama bagi ajaran Islam. Dasar utama ajaran Islam meliputi aspek berikut:
    a) Akidah. Iaitu konsep kepercayaan yang akan membentuk iman kepada Allah S.W.T. dan rasul serta beriman kepada para malaikat, kitab-kitab, hari akhirat, qada’ dan qadar.
    b) Syariah yang terbahagi kepada ibadah dan muamalah. Ibadah ialah  peraturan-peraturan untuk melakukan peribadatan dan ketaatan kepada Allah S.W.T. melalui cara kebaikan kepada manusia dan alam. Manakala, muamalah pula ialah peraturan perhubungan sesama manusia yang meliputi aspek akhlak, politik, ekonomi dan kemasyarakatan.
    c) Akhlak, iaitu peraturan-peraturan berhubung nilai baik dan buruk antara manusia sesama manusia serta antara manusia dengan alam dan Tuhan.

Sumber dari buku Pengajian Islam